November 18, 2011

Moist Cake with Hot Chocolate. :)

Assalamualaikum. :)

sebelum balik kampus esok, habis satu rumah dah dibersih dan digilap. eh. tak lah satu rumah. dapur jee. XD
dan sebelum balik kampus, takut nanti terindu rindu nak bake cake so buatlah cake sendiri punya resepi. yang peliknya, bila ikot resepi bulat bulat. tak pernah nak menjadinya. kalau reka sendiri punya resepi menjadi pula. =.='


Chocolate Chip with Peanut Cake Lala. 
haha! nama cake nak ada nama sendiri je kann. padahal orang dah berzaman dah buat cake macam ni. sekali sekala perasan pencipta resepi apa salahnya. XD
resepi memang gila simple. guna basic dan tambah ikot suka hati.

Chocolate Chip with Peanut Cake.

Bahan A.
  • Tepung 200gram
  • Telur 3 biji
  • Gula 150gram (tak suka manis boleh kurangkan.)
  • Butter 150gram
  • Baking Powder 1 tea spoon
  • Cooking Chocolate ikut suka rasa.

Bahan B.
  • Chocolate Chip
  • Crushed Peanuts (ikut suka nak hancur macam mana.)

cara caranya ialah, ecehh. berlagak chef wan. boleh masuk Masterchef macam ni. *berangan*
  1. lepas dah measure bahan bahan, asingkan putih telur. Cooking Chocolate tu potong halus halus macam serpihan. 
  2. putarkan putih telur dahulu sampai putih segebu gebunya macam krim.
  3. adunkan semua barang A termasuk kuning telur yang dah diasingkan kecuali coklat. make sure putar atau kacau betul betul sampai sebati. 
  4. dah sebati semua baru adunkan coklat.
  5. sapukan dalam loyang dengan mentega. tak nak sapu pun boleh. cuma bila sapu, kek senang nak dikeluarkan. 
  6. masukkan separuh dari adunan ke dalam loyang. taburkan bahan B kemudian masukkan lebihan adunan tadi.
  7. kemudian bakar. siappp! :D
soalan yang bakal ditanya.

Kenapa tiada essence vanilla?
since adik ku yang alergic dengan vanilla, sebab tu tak ada essence vanilla which untuk kurangkan rasa telur. dan sebab itu jugalah cuma guna 3 biji telur jee.  :) 

Kenapa kena putar putih telur sampai jadi macam krim?
mengikut dongeng, haha.. :D mengikut kata orang ramai, bila putar putih telur sampai jadi macam krim, kek akan naik dan lembut. 

sekarang pun baru lepas hujan. sejuk je rasa. makan dengan hot chocolate pun sedapp. :)
selamat mencuba! 

salam. :)


2 comments:

Eien Mohmad said...

dapnyeeeeeee ): nak jugak!!!

Aqilah Lala said...

meh meh datang sini. i buat baru spesel untuk eien. ;D