November 30, 2011

Masuk Kelas Baru.

Assalamualaikum.

Semalam sumpahh busy. wait. sepatutnya sekarang pun tengah busy. kena salin balik segala nota yang lecturer bagi tadi sebab tersalah bawa buku. nota yang berjela jela tu kann. nota kelas sebelumnya pun kena salin dari kawan baru sebab ni baru first class masuk.



whatt?!!
dah minggu kedua ni baru first class?? 
apo ni cik qila uittt.
terok bebebor perangai hang.



aku tukar kelaslah sebab tak nak clash dengan subject yang lain. suka betul kan berfikiran negatif terhadap diri saya yang baik pluss sangat sangat baik nii. -,-

sedih sikit sebab tadi sorang sorang je dalam kelas. tak ada kenal rapat dengan siapa siapa. bila budak budak kelas tu masuk dengan muka terkejut tengok muka aku yang depa tak pernah lihat, aku buat muka tak bersalah jee. muka innocent. pandaikan saya berlakon. :)

okey okey. mahu pergi salin nota. dah habis ngadu dah.

wahai facebook dan blogg. cukup cukuplah goda saya.
sekian terima kasih. :)
Salam.


p/s: status kat facebook kadang2 tidak menggambarkan mood yea. mekaceh. :)



November 28, 2011

Jodoh Saya Yang Hot. :)

Assalamualaikum.

second entry for today. wajib okehh bagi menunjukkan aku bosan bagai nak tidur jee. tapi aku tak suka tidur ketika hari cerah. jadi kesimpulannyaa...apa yek? lupa dah.

tadi baru je lepas makan lunch bungkus dengan roomates. sekarang dah tak main bekas makanan polistren. ada bekas makanan kertas je. Alhamdulillah.. tempat makan kat sini dah ada kesedaran. ececehh..
tengah makan tiba tiba terkeluar cerita pasal jodoh sayee.



jodoh???  




 >.<   *kelip kelip mata masuk habuk* 





everyone have their own jodohkann. jodoh yang dimaksudkan di sini sebenarnya someone that you like. kira macam minad gitu gitu lahh. lepastu bila tiap kali terserempak je time tu lah tiba tiba control cun dan ayu. HAHA :D errr...aku sorang je ke macam tu? =.='

but puhleaseeee...aku tak ada control pun bila terjumpa dia okehh. dah nama pun minad. sekadar minad macam minad artis jehh. dia terlalu HOT untuk didekati. sumpahh dia HOT. sebab selalu nampak dia mesti pakai warna warna hot. warna merah. curlass gitu Jah.
I always telling my friends kalau dapat jadi awek dia tak rugi aku. kenapa tak rugi? sebab dia HOT ke? nope. sebab...


  • tak perlu aku pening beli handbag. pinjam dia punya je.
  • selendang dia pun aku boleh pinjam.
  • tak payah buang duit beli contact lens. dia ada.



pandaikan sayaa? ;P *pandai kepala hangguk*



orang kalau tak dapat apa dia nak jadilah macam aku ni kannn. ngutuk orang. haha ;D
aku tak kutuklah. aku berkata perkara yang betul. :)
aku percaya dia bukan spesies dua alam even though handbag dia lagi banyak dari aku. -,- dia cuma seorang lelaki yang terlebih pandai bergaya. itu je. dan dann yang penting he didn't wearing any make up. tak macam hot model kampus aku, Iris. he's soo beautiful. XD *you know what i mean right?*


muka jodoh saya macam ni lahh!
♥.


ingat lagi neh first time terjumpa dia sem lepas. masa tu malam and he wearing black tshirt dengan jeans lusuh. lepas selidik punya selidik dapat tahu sesuatu. habis member semua gelakkan aku. rupanya dia student part one. =.=' pandai aku pilih.

sekarang dah tua tak mo lah macam duluu macam kat sekolah. kalau kat sekolah direct terus bagitahu,




"aku suka kau." 





sikalangg haa..tak mungkin tiap kali minad kat seorang tiap kali tu nak bagitahukan. tamak haloba sungguh diri mu ituhh. dulu boleh main main, kini kita ciyes ciyess je. sebab usia semakin bertambah iaitu bersamaan dengan semakin tua.


tak nak lah boiprenn muka hensem. mereka perasan.



kita cari hati yang hensem je sudah. ;)







Bila ada juga yang berani kacau tidur aku.

selalu sangat benda yang kita tak suka itu lah benda yang akan terjadi pada kita. macam semalam aku baru update status kat facebook,





pukul dua belass malam dah malas nak online dan dah puas dikalahkan oleh komputer bila main chess titans terus shut down lappy nih then sumbat telinga dengar radio dan cuba tidur. cuba dan cuba dan cubaa.. dah setengah jam lebih duk golek golek atas katil tapi tak mahu even though lagu malam tadi semua lagu belaian jiwa belaka tetap tak boleh tidur. cabut ear phone dan mencuba lagi. tengah baru nak masuk alam mimpi tiba tiba ada orang call. I hate it when people make a noise when I'm trying to sleep so I don't want to do the same thing to my roomates. baik kan aku? >.<
cepat cepat angkat call yang tidak bernama tu. ingatkan penting sangadd lah kan. teka teka siapa. ;D







seseorang yang tengah bosan dan tiada kerja.













dia cuba nak borak dengan aku kerana dia kebosanan. tak layan pun sebab aku tengah mamai. tak sampai tiga minit macam tu dia kononnye lah faham aku tengah ngantuk so we ended up our conversation yang tak ada apa apa tuh. aku tengok jam.





pukul 1.15!!!!





sakitnya hati memang tak terkata. untuk pengetahuan aku memang ada kes dengan budakk yang tengah bosan tu. orang yang sama aku marah marah sebab dia tak reti nak hormat orang lain. and he still have a gut to call me again??? aku text dia jangan call aku malam malam lagi. he replies, "marah lettew..oraite."
perangai macam haramm.

lepastu aku tak tahu berapa lama masa yang aku ambil untuk tidur balik. seriously macam nak call dia balik then marah gila gila. tapi buang tenaga dengan credit aku je nanti.
siapp kalau aku jumpa kau. aku tenung tenungggg kau dengan mata aku kale pink nih! *menyeramkanlah konon*

November 27, 2011

Facebook Pada Saya.

Assalamualaikum.

Hari ni macam semalam dan semalam. bangun awal awal pagi breakfast depan laptop then bila dah bosan sangat tidur balik. the same thing I will do for tomorrow I guess. ouh yeah. semalam aku deactivated facebook. ingat nak teruskan. lepas tu dapat tahu tentang berita student Quantity Survey accident. terus online and post kat facebook. lepas dah post tu aku macamm...



aaa....









apa nak buat ni....





-,-"






apa sebabkah aku deactivated facebook tuh?

sebab facebook tu untuk connect with our friends. kan kan? but I didn't so what for-lah facebook tu. cuma setakat update kat status a few quotes yang sometimes menggambarkan perahsaan di hatihhhh dan stalk manusia manusia yang best untuk di stalk. itu sahaja. tapi lepas tu kan..



jeng jeng jengg...




even though I'm not in a friend list of this person, I always have interest to stalk that person facebook. so pagi tadi pun type-lah nama dia and search. pelik. facebook dia dah tiada. search nama girlfriend dia yang meletop letop tuhhh. serious awek dia sangat cun. rupanya they have some problem and then break up. senyuman sedikit meleret di bibir ku. :) sedikit je lah. I thought they will get married soon tapi rupanya tidak.. dari sini lah datangnya status aku yang pasal 'got the most beautiful girl but you cheat her' tu.

tak apa. she deserve for the best. abe kita tu memang dari dulu macam tu. tak pelik pun jadi macam tu. terkejut je dia dah dapat awek cun melecun tapi masih curang. amboiii. celupar betol mulut den. >.<

alaa.. dah tibai satu bungkus m&m pun perut berbunyik lagii. =.='

November 26, 2011

Puhh! Buruk Perangai! Aku.

It's quite fun actually when nobody have interested to our blogg. Bila dulu ada pembaca setia dan kini tidak lagi. I don't have to be worry about anyone feeling since I didn't connected with anyone sincee a few months ago except for my classmates-lah.

People would see me as a quiet type of girl tapi sebenarnya aku seseorang yang suka sangatt merungut. Uh! I got some idea. Things that I should type for tonight. jeng jeng jengg!



Perangai Buruk Aqilah Lala!



memang muka tak segan men-list-kan sendri perangai terok. habes nak hentam orang lain tak ada siapa. sekali sekala perasan diri terok why not bukan? at least aku sedorr lah jugaa dari dikatakan seorang yang tidak sedar diri.


  • suka merungut. sediakan telinga mendengar celoteh panjang aku.
  • mudah tersentuh. ouch! aku mudah emosi.
  • cepat marah. kalau mood tak elok tabahkan je lah hati dengan baran aku.
  • pendiam. sediakan list things to talk. kalau tak memanjang bunyi cengkerik.
  • unpredictable. kadang kadang aku suka menguji tanpa sebab.
  • cerewet bila shopping. u won't like to be my shopping partner. trust me.
  • keras kepala. tapi hati saya lembut. aww..
  • muka tak menggambarkan perasaan. sometimes.
  • bila terlebih berani I will said anything I want. in another words, sound-straight-to-the-point.


itu baru sikit. jadi tak best kawan dengan saya nii. Alhamdulillah.. sedar diri pun aku ni. 
seronoklah pula mengutuk diri sendiri. tak apa. dari tiap kali update entry asyik kutuk dan mengata orang sahaja. 

sangat menyentuh hati dengar lagu Adele, Someone Like You. :) 
radio memang memahami jiwa lara pendengarkan. 


Salam.

Pagi Berkabus.

Assalamualaikum.

wuarghh! bangun awal awal pagi tapi tak mo mandi. anak dara jenis apakah ni? kalau kat rumah jangan harap boleh buat macam ni. memang berdesing telinga kejap lagii. ;P

bakal mak mentua jangan risau. menantu mak mentua ni perangai terowkkss kat kampus je. kat rumah rajin haa. bagi je segala kerja, anak menantu akan kerjakan. kalau di-bibik-kan sekali pun tak apa. dah biasa dah diperlakukan begitu. :D


today breakfast.
malas nak jalan pergi uptown.


tentang entry yang lepas, selingan je tuhh. I'm cool babe. kadang kadang tuu biasalah kalau dah tahap bosan gaban mula lah emosi kejapp. It's nothing, just don't worry. *macam ada yang risaulah kan. -,- * 
seriously bosan sangadd. the only thing that I can think now, kumpul baju kotor banyak banyak lepas tu cuci. cuci guna tangan lah yeaa. tiba detik detik macam ni, perlulah kita membazirkan masa dengan tenaga secara lebih membazir. sebab dengan cara tu juga boleh selamatkan dua henggett syiling dari masuk ke dalam mesin bajuu. >.<

hari pun semakin terang. berkabus pula tu. kalau ada member nak ajak jogging pun best nih. XD tapi jangan haraplah kann. semua dah hilang entah ke mana. kalau ada pun kat kampus tak balik rumah mesti tengah mencipta peta baru dekat bantal. 

Insyallah I'll do anything that can give me some benefit untuk masa terluang ni. :) 
Selamat bercuti dan berseronok. Salam.

November 25, 2011

Stop Deny It!

I can't stop thinking about it or stop remembering about it. Everyone live their lives with soo happily knowing they have someone to depends of. Someone to cry with and someone to laugh with. I won't be this such a miserable if I never feels that feeling. Blaming to myself just make me feels like to run away and leave everything behind. Blaming to that people won't settle anything.
I once crying so hard when knowing that I'll probably losing him forever and pray to Allah if this is the best thing to happened then I can't do anything. Tawakkal and redha. Two years after that it happened again after he promised it won't happened again.




How easy people change. 




Congratulation. You are the only one that light my day everyday and after that covered the light in just one day.


Have a diary that full with his name. Don't know what to do with it.

Dik, Kain Terselak. Seksiii.

* semalam punya hanginn baru nak post. ;D *

uh!!! sakit mata!
download dosaa. 

tengah makan makan kat food court nampak cik adik serba merah dari atas ke bawah berbaju kebaya. comel comel. kecil kecil je orangnyaa. lepas tu pegang tisu control cun borak borak dengan kawan dia. kalau kena saman jangan nak sumpah seranah yea Mak Ngah. sebab tu pak guard tak bagi pelajar pakai kain terbelah belah. bila duduk terselak habis.

kalau tegur menegur pasal seksi seksi ni ada 2 reaksi je selalunya..

  • cepat cepat betulkan kain lepas tu jeling orang yang menegur.
  • buat tak reti lepas tu kutuk macam orang yang tegur tu bajet baguss.



nak memberi nasihat tak semestinya kena orang yang betul betul baguss.
kalau dah terlebih bagus kata bajet bagus pulak.
kalau kurang bagus kata poyo bagai hapee dah.

pemikiran memang mesti macam tu ke?


mak ngah pergi kelas pakai mini skirt je lah lain kali. dah alang alang nak bagi nampak kaki yang mulus dan licin tu kan. tapi tak bolehlah kan.. terlupa pula kampus kita nehh kolej laki perempuan dah lain lain. tempat makan pun asing asing laki perempuan. ni pulak nak pakai mini skirt. pakai lengan pendek nak pergi makan pun tak boleh kann. lupa pula yekk. tukar kampus je lah ngah.


.....................................................................................................................



aku jeles? mana tahu aku jeles ni dengan mak ngah tuu? takut lelaki pandang mak ngah je?
kantoi habis bersepah air muka aku.

ceth. tak ada nak jealous langsung pun lah. kalau lelaki nak pandang dia pun sikitt tak hairan. lelaki pandang orang kata rezeki masa kali pertama tu. ada yang menoleh dua tiga kali dah lain ceritanya tuu. ada yang memang pandang sekali tenung lama lama. ada gak yang pandang lepas tu habis kau mak ngah famous dalam blogg! lelaki pun ramai yang tulis pasal pemakaian perempuan sekarang. kau hengatt lelaki sekarang macam dolu dolu.

tak nak banyak pun. pakai sopan cukupp.
kita sama spesies. kau nak ke kena tegur dengan spesies yang lain then terlerai keayuan, menyerlah kemarahan? jatuh saham.

okey. sekian terima kasih.

*mak ngah di atas bukan untuk seorang je. siapa siapa yang patut lah.*

Journal: Cuti Yang Menyedihkan.

Assalamualaikum.


seperti yang lain lain mesti sangat berbahagia bila tak ada kelass. :D ber plus plus bahagianyaa bila hari isnin pun tak ada kelas. cuti! woot! woott!

tapi aku tak seperti yang lain lain. *kedengaran background music yang memilukan*
aku yang paling menyedihkan lahh. sobs sobss.. kawan yang seorang balik rumah. yang seorang busy dengan silat dia. lagi seorang plan nak pergi date tak jadi tapi ada debate kat shah alam. room mates seorang dah balik rumah, last minute semalam. yang seorang probably ada site visit. =.='

bayangkanlah duduk bilik sorang sorang..



baru seminggu kat kampus nii!



nak balik tapi next week pun memang kena balik sebab ada hal. kalau balik minggu ni pun then next week pun balik memang tak ada hal. tapi tiket bas pun dah habes. nak balik apabendanya. terperuk lah dalam bilik selama empat hari ni yeaa cik Qila.


tu lah nasib dapat kawan masing masing duduk area Perak. semua balik rumah.  :'(  tak cool lah korangg.


kalau duduk kat rumah banyak lah jugak benda yang boleh dibuat. duduk kat kampus ni apa je benda yang boleh.


I miss NERO!

salam.

November 22, 2011

Temankan Saya Okey? :)

Assalamualaikum.

reading others blogg is in my list of favourite things to do selain dari 
  • merepek dalam blog sendiri, 
  • online fesbuk, 
  • reading almost every news feed dekat fesbuk tuh. but I will skip the part yang suka mencarut orang tuh. 
  • bangun awal rasa udara pagi, 
  • perhati orangg..

tu some of the list-lah.
kadang kadang bila dah terlalu bosan mula pilih any one of my friends blog then baca yang oldest entry sambil sambil menolong membersihkan dan meniupkan sikit habuk dalam blog diaorang tuh. -,-  dari sini dah boleh nampak dahh betapa tak ada kerja cik Qila ni.

obviously yang selalu rajin menghupdateee blog  tu aku lah kan. this is one of my way to keep my memory. I'm not good in remembering. sebab tu agak penting untuk aku update blog supaya boleh dibaca kembali bila tangan semakin berkedut dan berketar.  :) dan juga gelak dengan gigi palsu membaca entry yang sangat tak matang dan suka perli orang. =.='

harap masa tu ada yang disayangi di sisi menemankan aku untuk baca semua entry.  :')

terlalu sweet?
yang ni apa macam??



okeyyy, tu je. pendeknyee entry kali ini. :)
salam.



Semua Tidur Lena Kerana Skuad HM. :)

Assalamualaikum.

apa ni kau? tiba tiba post pasal bola. peminadd bola ke??? ;P

semalam confirm confirm semua tidur dengan nyenyak dan lena bila Malaysia menang. Alhamdulillah.  :) termasuklah aku tuu sampai pagi tadi pun rasa tak nak bangun dari katil sebab kelas start pukul 10pagi. seronoknya alahai!


gol pertama. ;D

mula mula memang macam tak ada harapan. biarpun semangat agak pudar, tapi seronok tengok Khairul Fahmi Che Mat, Apek yang asal dari Kelantan tu tangkap bola. seriously tabikk dengan dia bila almost every time Indon nak jaringkan dia dapat tangkap. tak kurang hebat pemain yang lain lain. :)


nampak tak betapa semangadd nya aku sampai duduk barisan depan.
(^^,)v


ada yang kata Reff makan rasuah. ada yang kata Reff okeyy.
kadang kadang bila tengok, macam main jampi pun ada. HAHA :D
mentang mentang dah menang boleh gelak lah kan. cuba kalau kalah. mahu tak dihambur dengan kata kata kesatt. memang kena halau semua Indon.
tapi ni sukan. perlawanan. pertandingan. tak elok lah nak amek hatii. ;P

ouh yeah. mungkin anda berminat untuk baca entry Solihin Zubir when he copied and pasted about what fans of Garuda said when they defeated by our squad and what others comment on that status.
-->  Apa Makan Harimau Muda? What The Fakri?

teruja semacam je kann? aku pun tak sangka aku boleh join orang tengok bola sebenarnya. =.='
but it's fun. terlalu seronok sampai tak ada suara.

last but not least, *even though dah tak ada BEL perlu kita apply yeaa.*





TAHNIAH HARIMAU MALAYA!




again, seriously. aku post pasal bola? o.O
salam.

November 19, 2011

Sampai Kampus Dah! :'(

Assalamualaikum. :)

Akhirnya hari yang tak mahu dan tak teringin pun untuk tunggu telah tiba. hari pulang ke kampus. :'( dan currently ada kat kampus pun sekarang. rasa nak patah balik jee. agak agak boleh tak? mama bagi tak agaknya? soalan yang tak perlu ditanya pun sebenarnya. soalan yang nak mintak tenungan tajam dari mama.


kali ni post tak dapat nak upload gambar sebab guna laptop abah. memang ada gambarlah kann. penuh dengan microsoft office dengan excel jee. =.='

anyway, sangat bersyukur sekarang sebab lepas je post yang luahan hati yang jiwang berkarat tuuu.. aishh. macam mana nak ngadap muka kawan kawan pasni lepas post luahan getaran jiwa tuu. alahh. bukan diaorang baca pun. okey okeyy. macam tu lah caranya nak tenangkan hati. -,- sambung balik. lepas post tuu je terus rasa macam okey.  :) Alhamdulillah..

semester baru kali ni macam sem yang lepas lepas. tak nak berharap apa apa pun. aku memang penakut untuk mengharap sesuatu. penakut yang takut nak meghadapi risiko tidak dapat apa yang diharapkan. tapi kita percaya semua tu ada baiknya. Insyallah..

dah lah. banyak sangat bebelan. esok duduk bilik sorang sorang boleh bebel lagi banyak berserta dengan gambar. jaga diri masing masing okey. peringatan untuk aku juga. :)

salam.

November 18, 2011

Moist Cake with Hot Chocolate. :)

Assalamualaikum. :)

sebelum balik kampus esok, habis satu rumah dah dibersih dan digilap. eh. tak lah satu rumah. dapur jee. XD
dan sebelum balik kampus, takut nanti terindu rindu nak bake cake so buatlah cake sendiri punya resepi. yang peliknya, bila ikot resepi bulat bulat. tak pernah nak menjadinya. kalau reka sendiri punya resepi menjadi pula. =.='


Chocolate Chip with Peanut Cake Lala. 
haha! nama cake nak ada nama sendiri je kann. padahal orang dah berzaman dah buat cake macam ni. sekali sekala perasan pencipta resepi apa salahnya. XD
resepi memang gila simple. guna basic dan tambah ikot suka hati.

Chocolate Chip with Peanut Cake.

Bahan A.
  • Tepung 200gram
  • Telur 3 biji
  • Gula 150gram (tak suka manis boleh kurangkan.)
  • Butter 150gram
  • Baking Powder 1 tea spoon
  • Cooking Chocolate ikut suka rasa.

Bahan B.
  • Chocolate Chip
  • Crushed Peanuts (ikut suka nak hancur macam mana.)

cara caranya ialah, ecehh. berlagak chef wan. boleh masuk Masterchef macam ni. *berangan*
  1. lepas dah measure bahan bahan, asingkan putih telur. Cooking Chocolate tu potong halus halus macam serpihan. 
  2. putarkan putih telur dahulu sampai putih segebu gebunya macam krim.
  3. adunkan semua barang A termasuk kuning telur yang dah diasingkan kecuali coklat. make sure putar atau kacau betul betul sampai sebati. 
  4. dah sebati semua baru adunkan coklat.
  5. sapukan dalam loyang dengan mentega. tak nak sapu pun boleh. cuma bila sapu, kek senang nak dikeluarkan. 
  6. masukkan separuh dari adunan ke dalam loyang. taburkan bahan B kemudian masukkan lebihan adunan tadi.
  7. kemudian bakar. siappp! :D
soalan yang bakal ditanya.

Kenapa tiada essence vanilla?
since adik ku yang alergic dengan vanilla, sebab tu tak ada essence vanilla which untuk kurangkan rasa telur. dan sebab itu jugalah cuma guna 3 biji telur jee.  :) 

Kenapa kena putar putih telur sampai jadi macam krim?
mengikut dongeng, haha.. :D mengikut kata orang ramai, bila putar putih telur sampai jadi macam krim, kek akan naik dan lembut. 

sekarang pun baru lepas hujan. sejuk je rasa. makan dengan hot chocolate pun sedapp. :)
selamat mencuba! 

salam. :)


Si Sombong Tak Sedar Diri. | Packing.

mula mula sebab dah lama tak update kita tayang dulu muka Mak Jenah yang mulai malas nak update blog. kemalasan dia ini menyerlahkan lagi sifat kesombongan dia sebab dah lah kat fesbuk tak pernah tegur orang. blog dibiarkan berlalang.

ni lah Mak Jenah pemilik blog WOTS tuu.

*buat buat tak kenal diri sendiri lak kan. tak sedar diri betul.*
bila tersedar cuti lagi seminggu jeee, terus tak mo pandang blog pon. sombong betolkan.. adik adik yang lain pun baru habis final exam dan mula merajinkan diri untuk memonteng sekolah. ponteng sekolah??? even though dah habis periksa akhir kena pergi sekolah juga! tapi cuba lihat dari sudut positifnya. I got my chance to spend my time with my siblings. :)

minggu ni barulah rajin mencelikkan mata lebih awal dari selalunya semata untuk jogging dan main badminton dengan adik adik. sumpahh sakit satu badan. nampak sangat tak pernah nak bersukan sebelum ni. -,-
semalam baru kemas baju. barang barang yang nak bawa pun dah beli. sedih pula rasaa. :'(


Daia! Lupakan Yang Lain. XD

setiap kali nak mula semester baru mesti rasa macam semester pertama dulu. sedih bagai nak rak. belajar pula subjek yang tak pernah tahu apa benda. nak tahu subjek apa?


Computer Science


apa tu? menatang apakah tu? komputer dan sains? komputer ada proses photosynthesis kah? okey. melebih lebih. mula mula memang nangis almost everyday. ;P cengeng. nak cover diri punya pasal takut nanti result final terok. mengadulah kat mama dengan abah. kalau tak buat macam tu nanti diaorang ingat kita ni okeyy je kan. taktik tuh. taktikkk. Alhamdulillah result semester pertama lulus. :) lepas lepas tu kiokk. *kiok = teruk = kantoi*   =.=' taklah terok. tapi menurunlah.

ouh. lepas kemas barang semalam terjumpa sesuatu. tiket wayang. yang setiap satunya ada kenangan dia tersendiri. :) kenangan tau. kenangannn. kenangan cuma tinggal kenangan. ingat tuhhh. ;P

hobi mengumpul tiket wayang. XD

lepas tu selongkar dompet. penoh dengan resit. patotlah dompet tebal. padahal duit nipis.


menunjukkan suka berbelanja banyak.
belanja barang dapurlahh.

CARS.
simpan dari tingkatan satu lagii masa pergi petrosains dengan besties. :')

my first Appointment Card. XD
okey. sampah dalam dompet pun boleh ditayangkan. kemudian batak pula menunjuk appointment card. memang blogger terunggulkannn. :D next appoinment lagi dua minggu. yeayy!! boleh balik.

November 13, 2011

One Fine Day.




it's hard to hate someone that you actually miss. 




boys afraid to close with me because of this kind of sentence. ke sebab aku jual mahal? ceth. perasan.
tak salah orang di luar pun bila aku pilih nak jadi kawan instead of couple. i'm not ready for all that.
bila sedia? the time will come one day for all the boys out there. maybe now or tomorrow or next week or next month. uh. berlagak artis. -,-
maaflah. terlalu takut nak menghadapi perkara yang sama lagi.
berkongsi hati bukan macam kongsi straw okey. dulu main main boleh. sekarang dah nampak dan dah tahu padahnya kalau buat kongsi hati tu macam kongsi straw. merana bak sungai ketandusan air. macam Hang Tuah tak dapat Puteri Gunung Ledang. seperti nasi ayam tanpa ayam. heh??? seperti happy tree friends without the scary and tragic scene.

aku follow banyak blogg and half of them mesti ada update about their broken heart after break up with their bucuk. *konon. manjalah tu kan.* tapi aku cool. mana ada sedih bila break up. kahkahkah.. :DD sebab tu tiada yang mahu. =.=" dont you ever ever ever cry because of love. cewah cewahhh. kejap lagi kita tengok siapa yang meraung nanti. lepas tu tengok bulan dengan mata bengkak. ;P nangis sebab family tak apa. or kawan.  :')


entry ni untuk apa sebenarnya? entah. jual minyak kott. -,-



yes! malam ni hujan. tidur nyenyak lah nampaknya. :)

Girls' Day Out.

Debarannya semakin terasa. semakin lama semakin cepat masa. pejam celik dah nak habis cuti semester. untunglah pejam celik. dari orang yang pejam tak celik celik teross. dari orang pejam celik tapi hati duk terpejam pejam jee. melampau sangat metafora aku nii. -,-

kita simpan cerita tu untuk next entry. harini nak cerita semalam punya cerita. :D



semalam ada Anugerah Industri Muzik. :)




dah bagitahu haritu kannnn...









dan teka teka. XD




seronok nii!









excited ni!!







sebenarnya...



........








aku tak tengok pun AIM tu. tengok Harry Potter kat HBO. walaupun dah tengok tapi tak tahu kenapa tak nak tukar pun channel tv tu tengok AIM. ;P
*konon nak kasi gabra macam aku pergi AIM tu. sikit tak heran. *

dan semalam juga hari tanpa lelaki! :DD yeayyy!!! abah dengan adik yang laki keluar satu malam dua hari pergi memancing. so we ollss yang perempuan perempuan pun bercadang untuk keluar jalan jalan. tak adalah berjalan ke mana pun. jalan dekat dekat jeee sebab tengah bulan manalah nak tebal poket kan. =.='

makan tengahari selalu susah nak decide makan apa kalau makan kat luar. makan pizza? tak ada bajet dan selalu tak puas nanti tak kenyang. makan ala ala nyonya macam tak masuk dengan selera. makan subway? sandwich sosej tu? memang tak mahu laa. pergi food court harap mahal tapi makanan macam kat kedai tepi jalan. kalau setakat McD baik tak payah pergi jalan jauh turun puncak. last choice. kfc. kahkahkah.. balik balik benda yang sama.

meet my younger sistahh. Ain.
:)


Didi muka kekenyangan.
Ain muka tension sebab aku cakap benda tu tak sedap lepas dia dah order.
hohoho :P
waktu lapang yang selalu di isi dengan main game di galaxy nya.
macam saja nak buat aku jeless. huh.
sebelum balik adik yang taklah kecil mana dan semakin gebu macam kakaknya nampak Dunkin Donut dan mulalah menyebut nyebut tanda meminta. taktik basi. -,-

muka bahagia dapat DD.
suka lagi Big Apple. ;D
gila camera.
tak tahu adik siapa.

okey. mari balik! :D
kalau perasan..ke aku je yang perasan. nampak selekeh je kan. ingat nak pergi beli barang untuk masak je. t-shirt elmo, cardigan, tudung bawal, jeans hitam. terus keluar. sekali merantau keluar dari puncak. selekeh selekeh. =.='

November 11, 2011

Stop Waiting Okay? :)

okey. penad dah menunggu. bukan menunggu seseorang. menunggu sesuatu berlaku. bukan disengajakan untuk menunggu. tapi dah mind set. tiba tiba rasa penadd menunggu. mula terasa bila beberapa hari lepas termimpi sesuatu. since selama ni pun every time bila aku mimpi about something it will turn to the other side. sebab tu lah bangun dari mimpi, baru tersedar,




                                I have to stop waiting.


                                              stop waiting and give way to something else.




itu yang terbaik.:D *gembira kerana akhirnya sedar.
sebenarnyaa..... tak tahulah ni kali ke berapa nak sedar. macam baru bangun dari pengsan lepas kena ketokk berkali kali dengan batang penyapu. =.='



:')


tak semua yang kita inginkan akan dapat. tapi Insyallah kita akan dapat lebih baik dari yang kita fikirkan. bila dapat yang buruk tuu jangan mudah melatah. terima dengan ikhlas dan ada hikmah semua tu.
aisehh..tak tahulah ni kali ke berapa bermonolog menasihati diri sendiri. -,- bila nak habis pun tahu. kalau monolog siap dengan gaya memang time time tu jugak dengar bunyik van ambulan HSJ.



HSJ = Hati Senang Je = Hospital Sakit Jiwa



datang menjemput dengan karpet biru. ouh yeah, AIM esok tauu. tengok lah adik saya buat show nanti. Greyson Chance. :) *cukup perasannn kan.


Greyson Chance


okey lah. nak dengar lagu lagu dari new boys band yang baru je figured out tadi, One Direction. semua muda muda setahun dari ceq. bertambah hah adik adik ceq. ganteng ganteng gituu. HAHA XD
adik kat rumah tak terjaga, ada hati nak adik baru. okey lah. how about boiprennn baru? ;P




okeyy. tak payah terkejut sangad laa. =.="
anyway, thanks for reading :) and let me show to you. ONE DIRECTION.




November 9, 2011

Konon Hot Stuff.

Assalamualaikum

Kadang kadang kawan aku cerita tentang masalah kisah cintun dia. Most of them yang bercerita tu of course perempuan. bila lelaki yang tanya aku tentang perempuan aku jadi macam sukar sikit nak jawab sebab perempuan unpredictable. eh. macam kutuk diri sendiri. hewheww... -,-


ada satu kisah ni Nur (bukan nama sebenar) baru break up dengan Lan (juga bukan nama sebenar). mereka buat keputusan untuk berkawan je lah. selang berapa minggu Lan luahkan masalah dia tentang seorang gadis yang dia nak tunang tapi tak jadi. tak lama kemudian dia jumpa lagi calon baru, tapi dihalang orang yang dia tak jadi nak tunang tuu.

kisah kedua Siti (bukan nama betol) yang mempunyai tumblr selalu stalk tumblr ex boyfriend dia. ex dia *sebut 'u' sambil muncung mulut* selaluuuu tulis pasal perempuan keliling dia. mula mula cerita pasal Tijah yang nak kapel tapi dia tolak. tak lama tu Limah yang merajuk dengan dia so dia tulis laa special entry untuk Limah untuk memujuk. yang pelik tiada siapa yang beri feed back tentang dia memujuk Limah tu. Limah ponn tak komen apa apa.

teka teka apa yang aku nampak.
nampak permainan dia di situu. sebab ni ex orang so tak mahu aku nampak jahad sangat, konon sebut satu persatu laa..

dia tuuuu



macammm


nak tunjukkkk




diaaaaa....




*sebut bisik bisik*
hooo  otttt...  see  taa  ufffff... jeee.


tak faham?


*sebut laju laju*
dia tu macam nak tunjuk dia tu HOT STUFF je.



kebiasaanya orang yang meluahkan tu setuju je dengan aku. kalau tak, tak adalah mereka tu putus kan? harharharrr.... :D nak tunjuk lah even though dah putus dengan orang lain, ada lagi yang masih nak dengan diaorang. orang kata apa,



seorang pergi. 
sapulohh yang marii.



ayat tu kalau nak menaikkan semangat orang yang putus cinta boleh lah. tapi bila semua tu dibuat buat, rasa macam nak pergi kat telinga orang tu then jerit,


pathetic lah kau mamat!!


tapi tak adalah buat begitu pun. zaman kekejaman iaitu bersamaan dengan zaman remaja muda sudah berlalu. anyone who ever done that big clap for you. :) one day you will smile and laugh because you have done it. ;D
kepada yang sedang melaluinya sekarang, I have no tips to give. tapi selalunya kalau aku yang kena, kalaulah kann. tak tahulah pernah kena ke tak. senyum dan perhati je. dalam hati gelak guling guling. XD

Aidiladha Saya. | Sibuk Menyibuk, Marah Angkat Kening.

reading others blogg sometimes make me feel a bit sad because I'm realize that I was just like them and have a similar experiences like them.

Assalamualaikum to readers and selamat sejahtera. I bet korang mesti baca je salam aku tapi tak jawab pun kan. jawab jawabb. dosa tau. ;D (ada ke yang membaca masalahnye. =.=' )

nak update pasal Hari Raya Korban. dah ramai yang tulis, aku ni pun agak ketinggalan kalau nak tulis sekarang. ringkas kan je lah yeaa.. Raya Aidiladha tahun ni memang


awesome!


sebab mama dengan aboh adakan bahagian lembu untuk aku. :') oleh itu perlu lah aku nengok lembu tuu. pertama kali tengok lembu kena sembelih. macam sedih pulak dengar lembu berdengus dengus. tengok Saw tak ada perasaan sedih pulak en. yang tak best bila bawa sup daging balik kena cuci pinggan mangkuk melekat dgn lemak. dah susah payah bersihkan dua tiga kali baru tahu cuma kena jirus air panas. sesenang dan semudah begitu sahaja. =.='

kebelakangan ni agak sibuk sedikit sebab tolong mama dengan online business dia. ada jam, owl necklace dengan beg. rasa tak nak jual jee barang tu semua sebab most of it barang yang aku sukee. semua nak pakai sendiri sebab comel comel dan cantekks. (macam promote jee) kalau buat macam tu memang bankrap serupa tak buat bisnes lahh. ini lah jadinya kalau beli barang ikot mata sendiri.

handbag!
coming soon poduct.
only RM 22.00
if you are interested u can come to this blogg --> http://aio-aini.blogspot.com/
we still new, sangat sangat freshh lagi dalam bisnes nii so barang tak banyak. ni baru first stock dan semuanya ready stock. (masih mem-promote lagii.)

lagi seminggu je cuti. sangat sedihh bila memikirkan tak payah masak pagi pagi lagii :D *sedih ke tu?
tak perlu kutip cawan semua orang yang pemalas nak cuci cawan. ;D *nampak sangat pura sedih.
tak ada lagi angkat angkat kening marah adik adik. :D *masih berpura
tak payah lipat kain dan gulung stokin lagii. XDD *okey dah.

untuk makluman, entry ni ditulis while i was in store room. geram sebab asyik kena pindah tempat duduk je. nak mogok sat. tapi tak ada siapa perasan punn. -,-

terima kasih atas kesudian saudara saudari membaca blogg yang kian tenggelam ini. salam. :)

November 6, 2011

Baguslah Buat Aku Macam Tu.

Aku percaya kat kau wehh. tapi senang senang kau cerita kat orang lain pasal benda tu kan. kau tak reti kan nak hormat orang lain? kau fikir pasal diri kau je. nak perhatian orang lain kau heboh benda tu. nak ada bahan untuk ngumpat, kau amek tajuk pasal diri aku. kau ingat aku ni apa. batu kau nak buat macam tu?? kalau dah sempit sangat ruang untuk aku luahkan dekat kau, apesal kau tak cakap je dari awal awal??? bila dah sempit sangat then kau memperluaskan balik ruang tu dengan cerita kat orang lain. bagus betul perangai kau. memang tu cara kau berkawan dengan menggelakkan aku belakang kawan kau yang lain kan KAWAN. maaflah aku tak ada kawan perangai macam kau. and please, behave yourself.

sekadar gambar hiasan.
credit to Yasmin. :)
okeyy. jangan gabra mahupun gubra. segala words di atas sekadar rekaan semata mata. pernah lah aku nak cakap macam ni kepada kawan ku yang molek sikapnya itu. tapi aku tak buat pun. ;P inilah yang dirasai oleh orang orang yang kepercayaan dia yang senang senang kena koyak. tapi rasanya ayat diaorang lebih terbakar, out of control dan banyak F word yang digunakan. haha :D normal bila seseorang itu tengah marah betul.

a few months ago I feels like being betrayed by my friend. of course lah kawan kan. siapa lagi yang akan khianat selalunya kalau bukan kawan. marah teramat sangat sampai tak boleh nak fikir. otak jadi blank bagai apa dahh.


ramai yang bila terlalu marah diaorang suka update status kat fesbuk ba alif ba ya lah, F words, segala ayat yang teruk teruk. aku pakai gak kalau dah marah tahap mendidih. tapi tak adalah sampai update kat status. sebut terus je kat orang tu. tak suka update kat status macam tu sebab bila aku tengok orang buat benda tu. tulis perkataan yang gilee harsh tu, aku rasa macam.. 



"perlu ke maki kat sini?" *sambil angkat kening macam Ziana Zain. 



okey fine. aku tak perlu baca kalau tak suke status tu. tapi tak ada nak fikir ke apa orang anggap bila kita tulis tu semua? okey okeyy. kau tak pernah nak pikir apa anggapan orang, suka hati kau. tapi pikir la orang yang kenal parents kau then apa orang akan kata tentang parents kau.

sebab tu aku suka berbasi basi bila karang ayat nak marah orang or kenakan orang or perli orang secara tersurat dan tersirat. jangan sia sia kan pelajaran Bahasa Melayu yang dipelajari selama 11 tahun. :)

dan dengan status yang aku update yang bukan bukan tu kalau tak suka nengok, delete je aku. 


November 3, 2011

Renew IC Sebelum Expired!

drive pergi Shah Alam pagi pagi memang menggeramkan sebab kesesakan lalu lintas dan traffic light nya yang banyakkk. tapi tak apa. aku tetap bersabar demi untuk


AKUNAKMAKI


eh. salah laa. i will mentioned that name everytime i forgot the real name of food. hehe ;P sebenarnya nama dia Okonomiyaki, Japan's Pizza. gurau jee. :)
sebelum ni pernah cerita pasal pizza ni and tiap kali balik cuti semester mesti perut ni craving for that food dan terutama sekali takoyaki. :D   today, starving and craving for tako oko

Okonomiyaki
Tour Guide yang tak menyabar nak makan.
pergi Plaza Masalam ni bukan semata mata untuk makanan tu. sebenarnya nak renew kad pengenalan yang lama yang muka skema masa darjah enam tuu kan. yang gambarnya walamakk. kelihatan nur di wajah kuu.. =.='
di nasihatkan kepada yang tak renew sila lah renew sebelum expired. sekarang kena bayar sepuloh ringgit jee. kalau dah expired umur dah exceed dua puloh empatt, amek ha kena bayar empat puloh hengget.

masa tangkap gambar untuk ic baru tu, urusan sedikit terhenti lepas akak kaunter terkejut tengok muka aku. terkejut melihat mata hantu pink aku. kihkih.. ;D nak buat macam mana. since aku kena drive, so lagi selesa pakai contact lens. dah cakap dengan akak kalau nak tanggalkan boleh tapi akak tu kata tak apa. jadinya nanti ic aku, lain dari yang lain sikit dengan ic orang lain nanti. haha :D apa ntah agaknya rupa nanti. -,-

muka bahagia, muncong mahal disertakan dengan peace. =.='
lagi satu nasihat, nak renew ic pergi awal pagii tepat pejabat bukak, nak tolong bukak kan pun bolee so tak perlu tunggu giliran terlalu lama. XD

bukti pergi awal awal pagii. hehe.. :)
renew ic tu one the things that i have to do sebelum balik kolej nanti. perkara kedua kena tolong sediakan tempat adik adik study. dah settle harini juga.

potong dan cat rak buku yang lama. :)
sekarang tinggal satu. perkara yang wajib tiap kali balik cuti. jumpa kawan kawan. :) kawan yang nak juumpa aku lah. yang tak nak tak kan nak menyibok ajakkan. ;P okey. habis dah celoteh hari ini. salam. :)

muka merenong maso dopan. XP