March 19, 2014

Gajah depan mata tak nampak.

Kalau boleh memang nak bangkit semua yang lama tu. tapi tak. cuma nak kata, kita baru sedar siapa sebenarnya. bukan orang lain bukan orang jauh. kita fikir baik baik sebab tu tak pernah sangka musuh yang tiba tiba tu sebenanrnya depan mata.


Depan mata! tapi tak nampak.





my favorite series ;)




Sampai marah dekat orang lain tapi terpalit dekat orang sebelah dia juga.




Padanlah muka.
siapa suruh duduk sebelah.



sedih sebenarnya bila akhirnya perasan sendiri semua tu.
bodoh betul rasa. haha..  :')

March 15, 2014

Berkelah di Pantai Puteri, Melaka | Perasan Superman

Minggu lepas dah berjimba pergi tengok wayang sampai beli benda yang bukan-bukan termasuk beli kura-kura yang tak sangka ligat aktif macam tikus.

Harini nak duduk rumah macam tak mungkin sebab nanti jadi orang tak betul atas alasan kebosanan tahap bo bo bo bo bosan !
dari hari rabu lagi dah fikir nak pergi pantai so anak-anak dara dah ramai macam tak faham ke kan nak masak sendiri. makanan tajaan akak Liyana kita yang tak pernah lokek. Terima kasihhh yana! budi mu tak terbalas rasanya. ;)


spaghetti, tortilla, nugget
simple je sebab takut perut terlebih muatan.


Pantai Puteri, Klebang Melaka.


Muka lapar tak sabar.



sebelum makan dan selepas makan posing sakan bajet model antarabangsa. seronok rasa angin kuat sampai dah malas nak ambil kisah dengan tudung yang serabai kena tiup angin.




















tak nampak muka pun still nak senyum bila org tangkap gambar belakang.





Puas tangkap gambar sampai kena tahan dengan pacik Klebang ajak berbual suruh bukak balik tikar lepas tu baca jampi serapah bagi tikar terbang hantar kami balik Jasin. =.=

Alhamdulillah dapat lagi baucer buku kali ke-dua ! tahniah pada diri. ;) sampai rumah semua pengsan tak terkata sebab penat sangat pusing Melaka.





*       *       *        *       *





Akhir tapi tak berapa nak akhir sekali ini muka beberapa bulan selepas yang krismas tahun lepas saksi kata muka saya pecah. saksi kepada kejadian ketika hujan lebat sebelum traffic light setia alam. tak pecah tapi darah penuh dekat muka macam orang pecah muka. the truth is hidung retak, gigi rosak teruk pluss hodoh T.T , bibir pecah, calar sana dan sini. satu benda je yang ingat waktu tu,

" Ya Allah macam mana nak ambil final exam ni. :"( "


Punca balik hujan lebat tu sebab nak balik rumah sewa nak belajar tapi lepas jumpa doktor bagai amek buku dengan nota dekat rumah sewa terus balik rumah belajar kat rumah je. Lepas tu tak keluar rumah langsung sebab malu.

Alhamdulillah tak lah teruk sangat sampai tak boleh nak ambil exam. Yes I didn't tell to anyone about it sebab tak teruk mana so rasa macam kelakauu je nak kepoh kat orang nak buat orang risau kan kann?  ;P kalau ada yang tahu pun sebab bila nak ambil final exam terpaksa jumpa dengan orang jugak.


biasanya orang akan tahan diri dengan tangan tapi yang saya ni tak tahu lahh kenapa tak tahan. Feeling superman I guess. HAHA ;D




March 14, 2014

Journal Minggu Kedua Jasin.

Baru lepas minggu kedua. baruu jee...
minggu kedua. =.=

Kenapa terasa macam dah sebulan. tapi tak terasa sangat macam sebulan. sebab tak belajar apa sangat pun. haha ;P apa ni kejap lama kejap tak. belajar chapter yang pertama still tak lepas-lepas lagi disebabkan ujian kehidupan. ehemm.. ujian kehidupan kohonohononnss *konon*. lampu tak ada lah. nota tak lengkap lah. buku tak ada. macam macam.


Sepanjang dua minggu ni banyak duduk bilik sebab nak keluar tak rela nak habiskan minyak kereta. duduk dekat shah alam yang naik bas pun rasa tak cukup duit apatah lagi ni kena drive sendiri tak ada passenger boleh tong duit minyak. tak. sendiri. kadang orang tak faham keadaan kita kan. duit minyak ulang alik dah sama macam duit makan.

buat cerita sedih. cukup. tak kesian langsung.



cerita pasal gambar la kan.



Pupu tidur bajet ala Superwoman. Mimpi tengah terbang lah tu.
Kodi yang selalu dibuli dipanjat disepak dengan Pupu.

Ini tikus sayaa! HAHA kura-kura okay dik. bukan tikus.

Memang dah lama angan-angan nak bela binatang yang senang nak jaga buat jadi kawan, jadi penghilang stress. terima kasih Pupu yang aktif macam tikus suka buat tuan hang geram dengan hang sebab aktifnya tak menggambarkan macam kura-kura dalam cerita kura dan arnab.

Pupu suka bila orang sua tangan kat dia sebab dia tahu orang nak angkat dia keluar dari balang.







Ini bukan sebab diet ni makanan macam ni tapi sebab nak makan sayur. bila masak untuk diri sendiri tak seronok nak buat sup sayur, sayur tumis cuma untuk sendiri makan. salah satu alternatif nak makan sayur buat sarapan or makan tengah hari. semua rebus. senang gilos tak payah nak tumbuk potong bawang nak tumis tumis.







Siti Hidayah Idrus kata saya macam mak datin. HAHA serious rindu day. rinduu rinduuuu!

pakai shades ni bukan nak berlagak mak datin pun. memang satu keperluan sebab Jasin yang panas nokharomm nya cuma yang duduk kat sini je tahu. Letak kereta seminit kat luar bila masuk balik kereta dah panas dah dalam tu. -..-


buat masa ni ini je yang mampu nak cerita. baru teringat kena tidur awal sebab ada aktiviti nak buat esok. till then, assalamualaikum. :)


March 7, 2014

DuaDua | Di tengah kelapa sawit.

Akhirnya! akhirnya! baru dapat online dekat laptop yang dah berjasa dari diploma lagi ni.

Satu haribulan tiga yang lepas dah jadi dua puluh dua tahun dah. kalau tengok orang lain yang umur 22 ni at least nampak lah muka orang 22. gaya pun macam orang umur 22. aku? mimpi mimpii. sampai sekarang tak caya dah 22. macam mana entah nak terima kenyataan dah tua. tahun ni langsung tak ada meraikan apa-apa. macam tahun lepas juga. tapi hadiah best. peti ais. hahaha! tak ponah rasanya orang dapat hadiah hari lahir peti ais. ni pun alang-alang pindah rumah sewa dekat tengah kelapa sawit ni kannn..



itu muka orang umur 22 bajet ayu.
*muntah hijauu*
happy belated birthday to meee!


oh yea. dah pindah pun kat tengah kelapa sawit. walaupun tak lengkap kampus kat sini tetap pelajar kena datang sini. lecturer tak pindah lagi tak apa. yang penting student tu kena pindah dulu. belajar dengan dinding pun tak pe. pelajar fakulti sains komputer yeaa. makmal ada tapi tak ada komputer pun tak apa, wifi ada tapi kelajuan tahap siput pun tak apaa. gile memerli aku ni. bukan memerli, menyatakanya sahaja. ;P


kiri kanan hijau.
selama 15 minit kalau pecut, jalan macam ni lah yang dilalui ke kampus.





kononnya nak terima seadanya kampus kat sini tapi kirim salammm bila dah fikir pasal fyp yang kena mula dari semester ni. T.T broadband pun dah tak pakai sebab nak bajet guna duit untuk minyak kereta sebab tak ada kemudahan kenderaan awam kat sini dan jalan pun bahaya. *nangis sekali lagi* T_T


begitu dan begini lah perasaan berpindah kampus baru di buka di negeri yang tak hujan dari bulan 11 tahun lepas ni. " Ya Allah, kau turunkan lah hujan rahmat di negeri Melaka, Jasin ini dan kau permudahkanlah urusan pembelajaran kami di sini. Aminn.. " Jangan skip hokayy. kita doa sama-sama. >.<


Untuk diri, tolong dan tolongg sesangat-sangat buat yang terbaik dan termampu. Jangan malas dan kurangkan perkataan bosan. sejak menetap kat Jasin ni entah berapa puluh kali sebut perkataan tu. Jadi lebih bersemangat nak menapak ke kampus yang jauh setiap hari, kurangkan sikit rasa malu tu, ingat pesan mama dengan abah dan lebih berhati-hati duduk kat sini.  :)