January 30, 2013

Kahwin Muda Part 2.

Assalamualaikum. :)


Sebelum ni ada mengarang dengan amat panjang lebar tentang kahwin muda dan sekarang to make it more balance supaya tak adalah cuma memikirkan only the pro of getting married at a young age and forgetting the cons of it.

Sebelum ni aku terasa yang teramat excited after knowing pasal kahwin di usia muda ni. Terasa wahhhh tomey dan tweetnyewwrr.. *oh. sila muntah hijau dengan penggunaan huruf yang agak gedik pada perkataan yang tidak-bersalah tu.


Habis baca ni orang akan ingat aku tak de bf sebab tu dengki dengan orang kahwin muda ni. HAHA :'D sadis. Tak ada bf tu memang benar, dengki tu separa benar. HAHA lagi. -.-'



Sumber The Clicker Facebook.



My mum once ask me,


"Takutnya budak sekolah menengah dah kahwin. Nak makan apa dah beranak pinak nanti? Pasir?"


Bukanlah exactly macam tu she asking me when she saw the video of budak primary school kahwin tu. Aku saja tokok tambah sikit. ;P Mulanya memang tak boleh terimalah persoalan yang ditimbulkan tu sebabbb..



“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, 
dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. 
Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka
 dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya),
 lagi Maha mengetahui.” 
(An-Nur : 32)



Pernah letak ayat kat atas ni dalam entry tentang kahwin muda sebab tu macam menentanglah things that my mum ask me pasal, nak bagi makan apa? pasir??

Bila dah membesar bukan dari segi ketinggian tapi dari segi umur dan mungkin pemikiran *uwekk* dan duduk di rumah kadang tengah sidai kain ke, masak ke, lipat kain ke terfikir all the things pasal kahwin muda tu baru macam terasa betul apa yang dipersoalkan tu.


Marriage is not something yang boleh dibuat hanya dalam 5 steps.
  1. Falling in love
  2. Kahwin
  3. Bercintan habis
  4. Dapat anak
  5. Happily ever after


not simply like that dude. If it so then why there are so many of married couple berpusu pusu naik turun mahkamah syariah untuk cerai? This is a fact okay.





Jealous aku pada orang yang kahwin muda ni tahap debush debush nak babap kat mereka rasa mereka amat untung sesangat. Dan sekarang hilang sikit demi sedikit pada kahwin muda ni dan aku pun mula tertanya jugak, pasir sedap ke? ;P



Malu rasanya kan kalau nak kahwin cepat tapi parents yang sponsor everything masa kahwin termasuk pakai baju, makan minum anak bini nanti. Ni cerita untuk si laki dan si perempuan yang dua dua masih belajar menuntut ilmu dan duit dalam bank cukup untuk beli makanan masuk dalam perut sendiri je.


Insha Allah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki pada setiap mereka yang berniat untuk mendirikan masjid kerana Allah. Bagi lelaki terutamanya, bila dah dapat kerja, merasa duit gaji sendiri, boleh berdikari lepastu teruslah meminang kekasih gelap tu.

Memang kita tak sepatutnya susahkan perkara yang boleh dimudahkan. Kahwin ni bukan tentang nak pikir pelamin warna apa je tau atau nak pikir nama anak apa. Semuanya tentang tanggungjawab yang bakal dipikul selepas mendirikan rumahtangga.




Sumber The Clicker Facebook.


I didn't said kahwin muda salah bahkan memuji bagi mereka yang berkahwin muda demi mengelakkan setan gelak berdekah dan menangis bila anak muda kita bernikah. Acecehh.. anak muda tuu gelaran aku bagi kat geng geng yang lebih kurang umur aku. ;P Tak salah apa punn. Cuma selagi boleh di elakkan perkara perkara yang dilarang tu elakkan lah dan tunggu waktu yang betul betul sesuai untuk membina keluarga sendiri. Insha Allah kesabaran disamping kematangan dapat ditanam dalam diri.



January 26, 2013

Babak berpindah sekolah.

Assalamualaikum. :)

Baru haritu post pasal Ain nak balik bercuti lepas pindah sekolah teknik tapi tak ada apa apa update pun tentang pergi sana. Sooooo... dengan harapan hati akan berkobar kobar sikit untuk update blog,  makanya marilah memulakannya dengan bismillahh..


The very first time bila dia tahu dia dapat sekolah teknik seremban dia tak berapa nak gembira sebab kawan yang dia berjanji nak sekolah sesama tak dapat pun sekolah tu. Dia kata hati berbelah bertolah bertambah ber-square root ber-lambda berbahagi nak pergi ke tak. hah kau. ada pulak macam tu pepandai menokok tambah. ;P but then sebab dia dah pun pindah sekolah sana of course lah the final decision dia pergi jugak teknik.

Menjadi orang pertama dalam adik beradik yang pergi sekolah teknik so the preparation yang kena buat tu memang agak tension, lagi lagi aku yang diarah orang utusan, Bos Mama kena pergi sekolah lama dia settle kan fail fail segala. Jumpa pengetua tak ada, nak penolong kanan pun tak ada yang ada penolong kiri. eh?

skip skip skip semua tu akhirnya tibalah hari menghantar adik aku yang tinggi lampai dan baik budi pekertinya itu pergi sekolah baru dia. :D dan faham fahamlah dengan perangai aku yang semacam budak kecik sibuk nak mengikut ke sana dan ke mari. :P



So say hello to Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar!










Nampak tak dewan besar kat atas ni. Parents semua kena stay kat dewan tu je while anak anak murid baru semua kena daftar diri sendiri instead of berdiri kat belakang mak bapak mengintai mak bapak buat semuanya untuk diaorang. Bagus kan idea sekolah ni. hohoo :)  tapi kalau dah kat dewan ni faham fahamlah apa yang kitaorang kena tempuhi while budak budak tu daftar sekolah.



Taraa! Inilah dia. Ucapan oleh pengetua yang penuh dengan semangat membara bara. :P


Student baru SMTTJ tengah melalui proses daftar diri.





















Laa ni muka happy kah kan. muehehee


Kawasan luar dorm puteri.


Ni dorm cik Ain kita yang diberi almari besau sorang satu.
Jealous terasa disitu. Untunglahh..







Baldi baldi senior. Tetiba rindu kolej.  ;)










Lepas dah make sure semua benda dah settle dari semua benda termasuklah meng-usha toilet, bilik gosok baju, bilik bagasi dan sebagainya dan tahu semua lengkap akhirnya ditinggalkan juga Ain di situ dan dia pula melambai dengan hati penuh sayu.





Hati sedih kena duduk jauh dengan keluarga buat kali pertama tu memang normal sesangatlah sebab tak payah cakaplah kan siapa yang dah melalui tu semua. hehee.. bila tanya kenapa nangis masa tepon haritu? dia kata,



"bukan nangislah! homesick!"



expression kitaorang pulak macam aaaaa.... nangislah tu maksudnya kan. -..-'

January 24, 2013

Minggu saya minggu penat campur gembira.

Assalamualaikum. :)

Harini seriously penat nak pengsan tapi happy gilee sebab finally after berzaman terasa tak deco bilik anak dara yang kian berserak macam sarang tikus dah nampak, harini buat jugak lepas dah excited beberapa hari sebelum ni. Excited tak sabar sampai dah start alihkan almari baju sorang sorang. Untung almari lagi satu ni besar kalau tak dah siap kemas memalm buta yang lepas. Haha aku macam salah course. Patutnya amek interior designer kot. Hehhe


Ada hikmah ni aku tak dapat apa apa jawapan dari tempat yang aku apply untuk kerja. Niat nak kerja jadi cikgu sandaran pun terhenti lepas ain masuk teknik. Mama pun suruh apply tapi aku pulak yang tak nak. Sebelum ni kalau ain ada atleast dia boleh tolong apa apa yang patut. Bila dah macam ni tak ada rugi apa pun aku tak kerja. Bukan aku duduk rumah berlenggang goyang kaki macam sesetengah orang yang duduk rumah jee bosan. Haha harap terasa. :P nanti dah tak dapat berlagak jadi wanita melayu terakhir duduk rumah memanjang nanti kata rindu kan. Hahahhh poyos ronos.
Tension kekadang tu adatlah bila timing tak mengena.




Esok ain balik. Baru pergi tak sampai 5 hari dah homesick. Aku dulu relax jee..wekk..hahha padahal aku lagi teruk dulu homesicknya. Muahhaha harap dirahsiakan. :}

Esok misi bermain air.
Demam selsema pun nak main air jugak. Terok terokkk..

January 22, 2013

Bila tiba masanya.

Girl always synonym with pretty things and stuff and as a girl if some of you didn't know that I'm a girl *whatt the * I do love pretty and gorgeous thing. Siapa tak sukakan? even man pun love with pretty girl. Lelaki. NORMAL SANGATT. 

Sukalah semua benda cantik cantikk ni. Tapi hidup ni, our life journey, tak selalunya cantik and smooth to walk by. Semakin kedepan semakin mencabar, semakin banyak ditempuhi, semakin banyak dilupakan, semakin jauh meninggalkan.



Tadi kemas barang barang and I found so many things yang brought me to all the memories, to the old me. 

The notes, the letter, diary, pictures, present. 






Banyak sangat. terasa terlalu berharga sampai tak tersampai hati ini nak buang. Masa lalu yang tak mungkin akan kembali walau dibayar dengan segantang emas. But I make a promise to myself untuk buang semua bila tiba satu masanya.






Diri ouhh diri. Tolonglah sihat kembali. 

January 18, 2013

Terima Kasih atas Nasihat itu. :')

Assalamualaikum. :)



Sejujur dan setulus dari hati ni lah sebenar benarnyaa. Wahh.. susah neh nak mengaku kelemahan diri. Yea aku tahu korang senang tapi bukan aku lah. Heheh.. belum apa apa dah buat confession. =.=

So siap sediaa semua! *drum roll




Aku paling SUSAH nak terima NASIHAT orang. 




Betul punya gossip ni. Dari sumber sumber yang boleh dipercayai. Hahahh funny qila.

Ego kadang tu kalahkan lelaki. But at the same time I realize that I took it with slowly if I found its good for me dan tak rugi apa pada diri kalau buat.



Itu lah nyeee hah. Masa dalam perut Mama, Abah thought yang aku anak lelaki. Masa kecik kecik tu boleh tahanlah gaya berlagak macam budak lelaki sampai dah besar pun konon masih lagi berlagak tough. Sakit demam or selsema susah gilaa nak dapat. Berlagak gangster gigit anak orang. :P Tough habis ni sampai jatuh motor lutut darah darah pun sorok dari Mama. Tapi tu bukan tough, tu takut sebenarnya. -.-' sehinggalah sekarang yang aku realize how easy my life bila jadi berlagak tough dulu and now bila dah terlajak remaja ni emotional mengambil alih then I forgot to be 'tough'.



Tersesat pulak sampai ke karangan tentang, T O U G H. Mood dah okay mulalah kan.
Undurrrr sikit, and back to the track.


Nasihat its not only when some people advice to you. It can be happen dengan cuma dari pemerhatian sendiri. Mencontohi dalam erti kata lain. Bila kita jadi budak yang baik kita tahu pada siapa kita contohi dan aku nak berterima kasihhhhhhhh yang tak terhingga kat kawan aku yang baik baik belaka sangat ni. Terutama geng Sri Iskandar.  :) I just now them for two years but I learn so much thing from them and I'm glad that Allah kurniakan korang to be my friend. :')








When I decide to change, orang paling gembira salah seorangnya yang katanya gembira tak terhingga senyum sampai ke telinga tuu HAHA :D siapa lagi kalau bukan diaorang kan.



Nasihat yang secara langsung dan secara tak langsung dari semua kawan kawan memang aku amek walaupun sombong diri sekejap konon tolak tolak tak mo terima. ;P Tapi aku amek, sombong kejap jee. -.-'




Orang yang sayang kita akan menunjuk jalan yang betul pada kita.





And I hope to have more friends macam mereka mereka tu. :) And I would like to say thanks kepada semua semua yang pernah menasihati diri inii.. jasa anda tak terbalas rasanya. >.<




Teringat bila Day confess when the first time I join their group, her first impression is


"Boleh ke minah KL ni join kita?"


LOL. Ceritanya aku bukan budak KL pun. Budak pedalaman Puncak Alam je. :)



January 17, 2013

Nampak je, cepat cepat tutup dengan tapak tangan.


Tak nak tengok.



Gara gara ni jugak lah demam sehari.
Sebelum ni jarang gilee tidur siang tapi sebab sedih sangat tiba tiba hari tu tertidur.







January 14, 2013

SHORT circuit. Kesian.

I have wrote like banyak gilee post yang cuma setengah perenggan je yang tak sempat salam dan tata, terus close the page dan berputus asa nak meneruskan post tu. Whats wrong lah hoi macik?!



Setelah menganalisa diri sendiri dan memikirkan sedikit demi sedikit I believe this has to do with myself yang dalam dilemma yang seumpamanya luah mati mak, telan mati bapak. I wish I was in college right now and make myself busy with study. acecehh.. konon nak sibukkan diri dengan belajar. loya diri sendiri mendengarnya. baldi! baldi! uwekk ;P




Shopping always make me feel happy. :D





January 10, 2013

Konvokesyen dia dia dia!

Assalamualaikum and hye hye! :D

Ini cerita dah lapuk pun sebenarnya. Dah seminggu lebih membuat janji janji palsu pada diri tapi lain benda yang di-publish nya.

It's about yang den menghilang kejap and after that den update status tulis penat sangat tuuu..
Nak tulis panjang panjang macam essay SPM tapi memikirkan betapa penat dan lelahnya orang yang akan membaca so I'll show you all the pictures of the event first and I'll let u'ollsss guess what's happening here.



Okay, gambar macik ni.


Bilik yang pelik sebab laluan nya yang pelik.


Singapura di seberang.
Room view yang sangat cantek!

















Mula mula tepek muka sendiri berposing tangan sebelah di pinggang-yang-macam-ada-tak-ada tu, sebelah lagi pegang camera di depan cermin kat bilik hotel. Okay. Probability tekaan orang mungkin ini, macik ni pergi bercuti kot.
Seronoknya pergi bercuti dik oii. Drive from Puncak Alam to Batu Pahat, tidur sehari kat kampung and continue our journey to JB the next morning.
Tiba tiba ada pentas konvo neh. Dah konvo ker macik ni?



A p a k a h ?   A p a k a h ?



Sebenarnya konvokesyen sepupu yang baru habis diploma for the second time kat MAHSA.



Pandanglah lihatlah.. sepupu ku yang tomey.


Nenek sangat glamour dengan tudung dan jubah blink blink itu. >.<


Makanya itulah ceritanya yang banyak pada gambar. Tak tahulah kenapa kebelakangan ni macam ketandusan idea untuk menulis ayat merepek bagai. i'ollsss rasa soo sad. mungkin tak cukup treasure lagi kebahagiaan yang ada kat dunia ni. janji tak alpha okay.


dah dah. ni bukan merepek, ini merapek.




January 8, 2013

Ellina Idayu Wedding. :D

Assalamualaikum.




Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)





Mula mula dapat tahu that she will get marry soon terasa gembiranya sekali. I even get up early on the day of her wedding. excited hah nak tengok kawan satu sekolah kahwin kannn.
Makin teruja bila diri ini yang tidak begitu rapat dengan pengantin dijemput datang ke majlis. wahh! suka sukaaa! XD


Pagi tu sebenarnya dah sikit hampa sebab peratusan untuk pergi macam sikit sangat je sebab kena drive keluar Puncak Alam hantar sedara. But then Puan Mama yang seolah mengerti lara di hati suruh balik terus lepas dah hantar, lepas tu dia yang akan jemput sedara balik. jyeahhh! kalah gembira menang loteri ni. :P



Sampai rumah terus siap siap then jemput Yasmin dengan Wan Azrai, jumpa Bob dan zuppp! terus pergi kenduri.









Bob with Wan. Muka kenyang bedal nasi minyak. heee~




 



Adore dengan pelamin yang cantik simple tu. >.<
Ellina pun nampak tantek tangatt!



Dapatlah jugak tengok muka budak SMKPA yang dah besar belaka niii.. hehehe







 



Bila ntah aku gelak ni. -.-'



Muka serious Wan macam tak puas hati dengan teh tarik tu. hahaha :D



Yasmin comel kan? >.<



Amy with her younger sis. :)



sedih tak dapat datang pada waktu sanding so semua nak stay sampai dapat tangkap gambar dengan pengantin. malu terasa tapi dah tepek bedak seinci so dapatlah cover sikit rasa malu tu. :P
















Sampai rumah baru teringat langsung tak ada gambar pengantin berdua. makanya tite tuwik tekat peshbuk pengantin. hehehe harap maaf yerr. ;D








Anyway, to  Ellina Idayu yang gorgeous.


Moga bahagia disamping suami tercinta dan semoga bersama kekal sampai ke akhir hayat. 
Aminnn.. :)