April 26, 2014

Sweet sangatt!

Aku tak pandai nak ber-sweet sweet ni dekat social network. dulu ada lah jugak sweet tahap sampai naik bulu roma dengan bulu hidung sekali bila orang baca. tapi bila tak jadi tu yang termalu sendiri wa cakap sama lu. Haha Pengalaman mengajar babe. Banyak mengajar.

curiosity menguasai diri? boleh korek entry lama. nak tips? 2011. okay tu je. yea saya tahu. entry 2011 ada 149. tu belum masuk yang dah di-private-kan. Haha tak boleh bagi lebih lebih nanti habis keluar cerita lama.



Cakap pasal cerita lama. Mama once told me, "cerita lama kita kalau orang tak pernah tanya tak perlu kita cerita." so lama-lama termakan jugak kata tu. kadang je terlepas cakap. hehe :P bersebab tuu bila Mama pesan macam tu dan bersebab jugak kenapa tiba-tiba boleh tercakap pasal cerita lama. lepas tu banyak pesan Mama lagi-lagi bila waktu budak mentah dulu bagitahu kat Mama, "Ada boyfriend."
budak mentah tu umur dia 18 masa tu. Nampak tak mentah dia jenis yang raw punya. rawrr? -.-

panjang email Mama bagi kat aku. Aku yang malu. bukan email ceramah tapii..adalah email pasal..adalah kan. rahsia ibu dan anak. ;P * cari balik email tu tak jumpa. :''| *





apa nak cerita sebenarnya? sungguh diri ni pun tak tahu.


Sweet? yes pasal sweet.
yea orang yang baca dari perkataan pertama sampai perkataan akhir entry ni sangat sweet sebab walaupun karangan aku tak ada flow macam report chapter 2 final year project aku tapi sanggup baca sampai habis. Sweet sangatttt! Nah tangkap flying carbonara *ganti flying kiss* saya belanja. HAHA tak habis habiss dengan carbonara aku.



Mesti curiosity menguasai diri lagi.
Ni dengan adik okay. Adik. 

April 17, 2014

Dua dunia extra cantik, extra simple.

I was trying to stop myself from writing something yang tak nak pun aku tulis. Stop! stop! banyak kali dah tulis entry sampai 2, 3 perenggan lepastu padam padammm!



Oh semalam terjumpa dengan Minah (bukan nama sebenar. kohonohononss). Aku terkedu sebenarnya honestly. Both of us macam awkward tak tahu nak kata apa bila terjumpa. Awkwardly tanya, "siapa tu?" I thought it was her bf sebab baju dah la sama color. Sama-sama smart cantik. "oh, kawan kawan ni. hihi" Oh aku tak perasan ada lagi sorang perempuan kat situ which is her friend. Macam laa ada buat salah. Aku rasa dia ada tanya something tapi aku tak rasa aku jawab. Haha! kelakar. aku gelak sendiri sebab tak ada siapa yang akan faham kenapa.


Talking about her.
Selalu kalau keluar masa kat Melaka dia paling simple pakai t-shirt and jeans dengan tudung bawal dia. dah siap. Orang cantik pakai apa pun main belasah pakai tetap cantik. Aku yang tak cantik ni kena berusaha sikit la nak bagi nampak cantik. Ehem! But then bila jumpa semalam dia extra cantik, aku yang extra simple. Rasa nak nyanyi rap lagu dato' siti dengan too phat, Dua Dunia walaupun macam tak ada kena mengena lyrics with situation. Cuma nak amek tajuk lagu je. Dua Dunia.



Kenapa ni macam nak update hari-hari dah ni. First sebab sekarang tengah cuti. Second sebab ada orang tanya kenapa tak hupdatee dah lama dahh? Haha

To be truth semalam punya hari je pun banyak idea datang nak tulis kat sini. Aku sendiri dah lama tak explore diri sendiri tapi ada orang nak tolong explore-kan. So kalau agak agak ada yang tak kena ke or macam wondering ke tanya la. Tolong lah tanya. Or maybe nak tegur? tegur lah even tho aku jenis paling susah nak menerima but slowly insha Allah kalau masuk dek akal minda tetap terima jugak.



*    *    *    *    *



Suka gilee tengok hello kitty ni!
Tiba tiba ada gambar HK ni. Saja nak promote, buat iklan tak berbayar. Ramai yang cari barang-barang HK tapi tak tahu nak cari kat mana so boleh follow ig ni, http://instagram.com/kedaikitty . Barang dia semua adorable pluss gorgeous. :)
Dari patung, pixelbead, laptop cover, cermin, bekas air, dulang semua ada. In future most probably dia akan launch satu kedai dekat shah alam. Didn't know for sure about that tapi kalau dah ada nanti confirm serbu!










April 15, 2014

Keyakinan terletak pada gigi.

Tak boleh bangga lagi rasanya bila dapat gigi baru. HAHA dah berbulan gigi tak ada ni baru nak letak yang baru. Alhamdulillah.. malu tapi malas nak pergi klinik apa cerita? -.- tak payah tanya dah lah kan kenapa sebelum ni jarang nak berbual dengan orang? kenapa duduk jauh jauh je? kenapa? kenapa? so betul lah keyakinan diri tu amat penting sampai rasa tak nak keluar rumah dengan rupa sebelum ni yang langsung tak meyakinkan diri.

*I was thinking to put my pictures with my 'braces'. Tapi hodoh sangat so I changed my mind. :P *

besi tu buat rasa feeling feeling macam pakai braces. hahakks! braces lah sangat. orang pun ada yang tanya aku pakai braces ke? nak nangis rasanya masa jawab. doktor kata jangan makan benda keras tapi aku jenis pakai belasah. sampai kena tunggu dekat sebulan lebih nak bukak 'braces' tu. luka kat muka, bibir pecah semua kejap je baik. tang gigi tu yang perlukan kesabaran yang tinggi.



Dah ada gigi dah yeah! Boleh makan burger dah yeahh! tak ada rasa jeles dah bila tengok orang makan guna gigi depan. XD



*   *   *   *   *



Mungkin aku benar dah lupa
atau mungkin aku pura-pura lupa.
Mungkin aku gembira itu yang buat aku lupa
atau aku berlakon gembira supaya aku lupa

Kalau benar lupa kenapa masih ada rasa
rindu yang tak kenal erti luput terselit rapi di celah jiwa
Bezanya dulu rasanya benci dan sengsara
Kini hilang segalanya, yang tinggal hanyalah suka



April 2, 2014

Cuti cuti di Pulau Pangkor. | 44

Assalamualaikum. 
Perkara pertama dan paling seawal awalnyee nak bagitahu. Bersedia untuk menerima gambar yang sangattt banyak termasuk gambar selfie. kahkahkahh tak sabar nak bercerita dah ni.


Dari Melaka turun ke Shah Alam singgah lunch dengan macik Hidayah Idrus teruss balik rumah rehat and the next second day which is hari Ahad packing barang pang pung pangg sumbat beg dalam kereta terus pergi jetty Lumut. Tak sampai sejam pun kebetulan ferry memang nak bertolak pun terus dumm! *bunyik pinggang dilabuhkan kat kerusi ferry* haha tanda penat sangat tapi sempat selfie lepastu tangkap gambar keliling sebab teruja ferry kosong weyy. Orang lain esoknya kerja tak pun ada kelas kot. Ponteng. =3



muka kekonon pelik. jari besar. =.=





Dalam 20minit jugak tangkap gambar lepas tu test semua kerusi dalam ferry tu nak tahu mana sedap duduk sampai orang lain naik rimas tengok kemudian baru laa sampai.

Sampai je Pulau Pangkor tu dah takjub sangat dengan sekeliling dia yang cantek subhanallah. Ini kali ketiga sampai sini tapi kali ni betul betul menikmati kawasan situ. Baru satu dua langkah jejak kat situ dah puji memacam. Belum berpuluh langkah. *pengsan tersenyum*






Pernah tengok cerita Marsha Milan Londoh dengan siapa ntah pelakon endon sorang tu dalam cerita Pelangi I Love You. Kebetulan resort yang kitaorang buat reservation tu is the same resort yang deme shooting. but for sure lah dah tak ada orang shoot kat situ kan. Haha :D

Tengok cerita tu rasa macam ni bukan shooting kat Malaysia niii. Cantik sangat tempat dia but then ketuk kepala sendiri. Ada lagi okay tempat cantik macam tu kat Malaysia. :)

Meh promote sikit, Teluk Dalam Resort.






Pemandangan depan bilik

Paling best sekali bila dapat bilik yang berhadapan dengan jalan yang kalau pandang atas sikit nampak bukit. Pehh cantik cantikk!

Pantai dia pun cantikk sangat, swimming pool terbaik, makanan buffet dekat situ memang first class. Sampai sekarang orang yang tak minat daging kambing ni boleh suka gulai kambing dia.

Sampai bilik letak barang terus pergi pantai. tak sabar nak hitamkan kulit. bila dah hitam nanges. -.-













Puas pusing kat pantai terus tukar baju nak mandi laut dengan swimming pool. Alkisahnya tak reti pun berenang tapi gedik gedik nak jugak mandi so orang lain berenang menyelam dalam air, kitaorang berjalan dalam air. >.<









Senja


The very next day mama ajak pusing pekan menggantikan aktiviti snorkeling yang kitaorang cancel sebab kalah undi.









Nak pusing pulau ni kitaorang naik van sewa yang peramah gilee pakcik driver tu. Tapi paling konfius sekali bila nampak driver yang exactly the same muka dengan pacik driver kitaorang ni. Kulit gelap, beruban, kaca mata. Sejibik sejebon.

Dinasihatkan kalau nak shoppping kat sini jangan sakan sangat sebab dekat Lumut barang yang sama boleh dapat lagi murah termasuk satay ikan dengan baju. Tapi kalau dah suka sangat dengan satu barang tu better beli je takut tak jumpa lak dekat Lumut. Hihi :)











Balik shopping pergi lagi pantai. Bosan duduk dekat bilik lama lama. Dah datang pulau kena lah puaskan mata dengan hati tengok dan menikmati pantai pulau ni kan. Sampai dah balik tu pun tak puas lagi sebenarnya. Rasa nak duduk je situ.










Hari terakhir walau rasa berat hati kena jugak siap siap kan beg. Kemas. Pakai baju yang memang dah ready untuk hari terakhir. Menyempat gak pusing resort tu sambil selfie dengan family. Boleh tahan layan jugak satu family nak ber-selfie. -..-























Gambar bawah ni gambar yang tangkap masa dalam van.





















Dia kata 'JUMPA LAGI'. Nakkkk jumap lagi! for sure nak datang lagi. hehe insha Allah kalau ada rezeki di lain kali.

Balik Melaka dah ponteng kelas 2 hari rasa nak ponteng lagi sehari sebab badan rasa penat bila sampai rumah esok pagi pagi terus drive balik Melaka sorang sorang. Bosan okay. Mengantuk lepas tu terus nyanyi kuat-kuat nak hilangkan ngantuk. Sorang kan dalam kereta. Kalau ada orang lain memang tidak. tidak yea.

Pergi kelas dah ponteng kelas fyp dua kali terus blurr. Kerja terus dapat selonggok. Sabtu Ahad tu kekonon tekun buat kerja. Penat buat research. Terus rasa nak balik Pangkor lagi sekaliii! haha or at least balik rumah jumpa adik adik buli mereka. :')


Lepas ni tak tahu sempat update lagi tak. Ni pun tidur lambat sebab tak boleh tunggu dah nak cerita dekat blog ni. hihi jumpah gambar? 44 kalau tak silap. tahniah anda tak muntah dengan gambar selfie kami!


Semester 5 ni harap membuahkan sesuatu dan mudahkan lah tujuan dan niat dalam hati ni datang ke sini untuk belajar demi Dia. Untuk Dia. Aminn..