February 15, 2014

Rumah Sewa Jasin 2 | Belajar

Alhamdulillah perkara yang buat kusut balik dah selesai !  izinkan beta tersenyum sepuas hati. :D dah sejak bila jadi raja tak tahu siap nak ber-beta beta bagai. -..-


pengalaman kali kedua dannn bakal jadi ketua rumah ni sesungguhnya mencabar jiwa dan raga. kalau boleh lepas ni tak nak jadi ketua rumah. serious cakap. sebab keadaan yang tersepit kat tengah-tengah buat orang pikir aku nak amek kesempatan walhal yang duk kenakan aku agent rumah sewa. *terasa nak kembangkan hidung seluas benua.*


aku; newbie dan tak arif dalam kenal mengenal orang yang betul baik atau tak dalam perbualan tak sampai setengah jam.
parents risau so as precaution, apa urusan sekalipun dengan agent rumah sewa settle directly dengan parents.
aku; tukang menyampai pluss berbincang with the other housemates tentang rumah sewa.


belajar kan. kita tengok dan belajar.




permulaan everything went smoothly sampailah parents mintak surat agreement nak elak harga sewa naik. Tiba-tiba     jeng    jeng     jenggg...     agent cakap owner mintak sewa rumah dinaikkan. Belum apa-apa lagi dah macam ni. sewa naik almost 300 ringgit. terkejut beruk. bila sampaikan dekat housemate lain semua terkejut and confirmly ada yang dah curiga pada diri yang tak bersalah ini. T.T

cari alternatif lain untuk maintain harga sewa satu kepala macam tambah housemate lagi tapi silap diri sendiri tak tangkap gambar rumah tu. ada yang tak setuju selagi tak tengok gambar rumah. sampailah ada yang jadi wakil untuk pergi tengok rumah.

cuba contact agent langsung tak dapat. hilang. and suddenly dia message kata sewa turun harga 50 ringgit. tak mintak tapi tiba-tiba je turun harga. curiga.

orang kata orang yang di aniaya ni doa makbul.

finally parents dapat nombor telefon owner rumah. lepas siasat rupanya owner memang ada naikkan harga tapi tak melampau sampai macam tu. kalau rezeki agent tu memang tak kisah kalau dia nak ambil sikit sebagai komisen tapi akhirnya owner buat keputusan tak nak guna agent tu and we're finally will directly deal with the owner of the house. hip hip hoorayy !




pheww ! macam macam benda jadi. tapi pengalaman tu, dapat belajar nak handle benda macam ni. lega dan biarlah benda yang sama tidak berulang.



February 8, 2014

Di teduh awan Perlis, di jamu sunset Melaka. *tajuk tak nak kalah*

Assalamualaikum.


Mula mula genggam genggam tangan lepas tu patah patahkan sendi, buat senaman tangan sikit dannnnnnn baru mula menaip dengan kelajuan yang tak berapa nak F1.



Tahu tak weekend dua minggu lepas balik kampung diri ni dapat merasa jadi anak tunggal untuk beberapa hari ? *excited* bagi yang follow ig takpun tweeter mesti dah lemau baca aku update banyak kali. hahaha XD nak jugak bagitau lagi. Balik utara nun sana saja-saja nak melawat orang utara. Berjalan pergi Padang Besar huntong besar mintak je apa terus dapat. Bahagia rasa macam nak pergi lompat bungee jumping ! :D *wishlist


Langit Perlis





Minggu lepas pulaks pergi Melaka nak tengok rumah sewa untuk semester depan kat kampus baru. First batch kot dekat kampus tu. ehem ehemm.. bangga tak berapa nak bangga sangatlah sebab kalau dah nama kampus baru dekat celah ladang kelapa sawit apa la yang ada sangat. Tapi sukaa! insha Allah suka. aman sikit dari duduk di celah kesibukan bandar. eceh. sedapkan hati.



Melaka



Owner rumah sewa serious ramah mesra ya amat amat sampai terlepas cakap harga sebenar sewa rumah tu. disebabkan parents deal dengan agent bukan dengan owner so mahal sewa nak dekat 2 kali ganda. Tak boleh nak tolak sebab itu offer yang terbaikk sekali dapat. Itu cerita Melaka. Pergi sana balik hari and the next day pergi balik Selatan sebab orang kampung buat kenduri doa selamat. nasib diri kena jadi driver balik sana.


sedih.



kena drive.



penat.



tak nak renew lesen dah.



haha ! tipu je pasal renew lesen. nak tak nak akan ada jugak orang yang akan renew lesen tu. T.T


Balik Selatan walau kena buat itu dan ini tapi tak pernah tak suka balik sana. :) sebab banyak kenangan tak kira kenangan baik buruk dekat kampung tu yang buat suka sangat yang amat amat. tak ramai yang balik tapi yang balik sepupu yang dulu bertepuk bertampar berkejar cari pasal dan sekarang dah kahwin ada anak. :O aku yang tak ada anak haruslah rajin melayan anak buah. dia macam training sebagai persediaan. :P




Hobi dah sekarang ni semenjak dua menjak ni.



sebab 'spin' dekat gigi tak bukak lagi so tak boleh nak cerita lagi pasal insiden lepas yang penuh dengan hikmah. next time insha Allah. :)


February 2, 2014

Rumah Sewa Jasin

Assalamualaikum. 
Bakal pelajar first batch Jasin yang masih mencari rumah sewa. Perempuan sahaja, 2 kekosongan. 

Rumah : Taman Maju, partially furnished, rumah teres 3 bilik. 

Sewa sebulan Rm87.50 seorang tak termasuk api + air. Inbox atau email saya untuk tahu lebih lanjut.

email : ilalovemcr@gmail.com
facebook : https://www.facebook.com/aqilah.lala

NOT AVAILABLE