January 22, 2016

Jadi Baik.

What happened with my life recently? Let see... Banyak. Banyak sangatt. The result of it is this Aqilah jadi lone ranger balik. And just in a blink of your eyes, my eyes, abu will become lone ranger too. In coming. Sabar sabar.. -_- I’m being sarcastic here.

Aku juga mendapati aku ada bakat menjadi pelakon. HAAAAHAAAA ignore this.

Dan apa yang jadi this recenlty ada kena mengena dengan jadi baik.

Jadi baik adalah goal aku dari dulu dan goal sekarang nak kekalkan. Sebab percaya orang berbuat baik akan dibalas baik. Kecuali atas jalan raya kalau ada yang pandu kereta macam tak pass lesen L, terpaksa aku gagahkan tangan menekan hon. I just kenot. Belajar dari Hana. Tapi kalau aku kena hon, aku lah tu salah. Nampak tak tu. Faham memahami.

So baik. Kalau orang baik, aku baik. Kalau orang pura-pura baik aku pun pura-pura baik. Awak ingat awak sorang je ke boleh pura-pura lepastu pijak kepala orang baik. No way.

Aku mengalami peristiwa orang berpura-pura baik tapi senyap-senyap aku kena tikam. Dah kantoi pun boleh pura-pura lagi lepastu buat muka tak bersalah. Salah aku ke percaya dan ber-husnudzon ni? Tak kan? *TAKKKK* hahaha 

Pengalaman hidup. Mahal pengalaman ni.

Sekarang aku masih terpaksa berdepan dan melemparkan senyum nak tak nak kat orang tu demi masa depan aku, cuba menjadi professional dan sebab aku tak reti nak marah dengan orang yang berpegang teguh dengan kepercayan, aku-je-yang-betul-orang-lain-salah-aku-god. Kalau lah aku boleh kenalkan dia ni kat semuaorang, people might not believe me. Ramai yang kenal dia tanya apa masalah sebenarnya, so cerita la sikit-sikit. Reaksi sama je, “ehh..nampak baik je.”, aku reply “kann kann kannnnnnnn”

So manusia kita tak boleh ukur dari luaran dia. Seriously hakak nasihatkan ni. Kita selalu dengar orang cakap macam tu. kekdang ingat. kekadang tak. bila jumpa orang NAMPAK baik, kita pun okay. Bila dah terkena kat batang hidung sendiri. Extra beringat.


And now, I can’t wait to go home! In shaa Allah ada lagi aku post. Kot. HAHA



Terima kasih sudi baca keluh resah hati ini. Ecehh serious ni. Terima kasih J toddles!

January 12, 2016

Post pertama tahun 2016

Masuk 2016 dah rasa macam tak adil kalau tak mencoret sebab dah lah berzaman tak update.

Banyak nak cerita ni. Rasa tamak pun ada. Lepas tu ending-nya kita simpan je semua cerita tu sebab biarlah rahasia. HAHA kedekut.
Nak tahu boleh tanya sendiri what.
Sambil kita duduk melepak, mengopi, kita cerita sok sek sok sek. Menjemah sikittt. Cerita serious lepastu gelak sakan.
Ah! Lama tak macam tu. Anak dara pemalas nak keluar rumah, malas nak melepak memang macam ni kan.

Lepas ni dah tak dapat nikmat duduk sendiri.Sebenarnya duduk membujang pun malas ya ampun nak keluar rumah. Rela duduk bilik marathon cerita korea, Retun of Superman, takpun marathon movie mat sallehhh.
Bila cuti sabtu ahad, buat keje dan tugasan sebagai anak sulung iaitu melipat kain 2, 3 bakul sambil  tukar-tukar channel. Bila tv tu kena kacau rasa nak ngamuk. Merajuk naik atas tinggalkan kain tak lipat bergunung depan tv. Tapi bila dapat sambil tengok tv, sambil lipat kain gaya macam mamak menebar roti canai. Miahahahahh melampau betul gambaran tu.

Kat kepala ni. Banyak simpan harapan. Cita-cita ada la jugak banyak. Tak tahu nak langsai bila. Itulah sadisnya jadi orang pengecut nak mengorak langkah ke cita-cita sendiri. Takut nak cabar diri sendiri. Tapi in shaa Allah akan ada something that will trigger myself to be brave and pursue my dream. Cewah cewahh

Ni post pertama 2016 so harapan untuk tahun 2016 ni semoga muka kekal babyface  dengan itu berjayalah mengelak diri daripada soalan “bila nak kahwin?” 

Ada jodoh ada lah kita kan bae.



Seru jodoh sampai menutup mata.



HAHAHA nak gelak pegang perut sebab aku sendiri tak kenal siapa bae aku tu. HAHAHA


perasan.