November 30, 2012

Akhir kata dua tahun setengah di Sri Iskandar. :)

Tak berapa berani tulis entry tamat bagi kehidupan diri sebagai seorang pelajar diploma sampailah ketika ini bila dah berapa minggu dapat result baru rasa, okay. masanya telah tiba. :P poyo gilerr hah gayanya.

Dalam masa dua tahun setengah tu dah macam macam benda merasa. Merasa ada kawan kawan yang memang bestt gile. Some of them memang protective macam mak mak, some of them jiwa innocence macam budak budak. Ada yang straight to the point but they mean no harm, ada yang blurr blurr but they actually bring the cheers in our life.

benda negative kebanyakannya actually salah faham je lebih and girls kan are full with drama so it's normal kalau kekadang ceritanya kecik tapi dibawanya besar kalah cerita kl gangster. tapi kalau cerita besar kitaorang buat dekk je macam tak de pa pe. ye ke? hahaha ;D
but mostly we are actually face it and try to solve it together. :)






Sri Iskandar yang pada mulanya dimulakan dengan air mata berderai derai, bangga rasanya bila balik bawa lebih beribu kenangan. :') Tak salah keputusan dulu nak tukar kampus dari Machang ke Sri Iskandar. Kalau tak mesti


  • tak kenal 'kanak kanak' riang kat Sri Iskandar tu. :P 
  • Tak de lah dapat kawan yang akan heret aku pergi shopping Ipoh. 
  • Pengalaman drive tersasar sampai ke Kuala Kangsar dengan hujan lebat cuma nak cari sungai pun tak dapett. 
  • Pengalaman overnight. *tak boleh lupa overnight dgn Linda :)*
  • Masak lewat malam nak bukak gerai esoknya.

bermacam macam lagi pengalaman baru yang tak mungkin merasa kalau duduk melangut kat rumah macam sekarang ni. =.='






Pensyarah pun best besttt! Memang suka sangat dengan pensyarah yang mengajar sebab most of them memang treat kitaorang macam anak diaorang. :') Untung walaupun fakulti kecik tapi pensyarah kenal muka muka student dia. Bila jumpa kat luar pun boleh hai bye bye. :D



untuk aku memang banyak benda yang belajar. lebih lebih lagi belajar terima kritikan. kalau kena haritu, malam nangis lah pepuas esoknya rebuild balik senyuman di hati. kalau tak kena haritu bila lagi nak tahu kelemahan diri. belajar cara belajar yang betul, belajar sikap positif yang semakin lama disisihkan, belajar jadi nakal. ;P nakal sesikit lumrah jadi student jauh dari keluarga. -..-






Rindu memang terlalu banyak benda yang boleh dirindui dekat sana. Pasar malam dalam kampus tu selalu rambang mata kalau nak beli makanan dan diakhiri dengan senak perut pada malamnya. Tesco kecik ketonet yang menjadi tumpuan tiap kali bosan duduk terperuk kat kolej. Bilik fakulti yang sejuknya tak payah nak pi bukak then duduk depan peti ais kalau kepanasan. Fuhh! banyak sangat.


Dah lama rasanya tak membebel sepanjang ni. Terharu sayaa. :') 
Hidup belajar ni memang seronok. Sedih jauh dengan keluarga itu memanglah ada tapi itulah orang kata pengorbanan. Kalau bukan sekarang nak belajar berdikari bila lagi kan. duduk bawah tiak mak jer lahh kalau macam tu. 


November 26, 2012

One day trip. FH.

Nyenyak tidur sampailah terdengar Puan Mama kejut ajak pergi sarapan. Lepas sarapan dalam kepala dah fikir apa nak kena buat sampai rumah nanti tapi tup tupp Mama with her last minute idea ajak pergi..


FRASER HILL!



after a long time tak jejak ke sana. kali terakhir pergi sana Cicot dengan Didot pun tak lahir lagi.





Bersebelahan dengan budak-kecik-punya-go-kart track. ;P



Jam yang menjadi tumpuan untuk bergambar pun dah bertukar. :)


Environment kat sana pun feeling macam pergi overseas. XD

Bukak tingkap letak dagu atas pintu dan rasa angin sejuk. :D



See. Aku tak tinggi mana pun. -.-'



Pergi sana dalam satu hari je saja nak merasa kesejukan Fraser Hill bila kebetulan kebelakangan ni pun ada hujan sikit sikit. Kat sana tak banyak attraction sebab tu lenggang gila jalan tak macam Cameron Highland.

Masa kecik kecik adik beradik tak ramai seronok sikit dapat tidur sana lepas tu naik kuda. betol punye kuda bukan yang macam kat tempat yang ada buaian, gelongsor dengan jongkang jongket tu yea. tapi sekarang kalau nak merasa lagi kenalah carik inisiatif sendiri yer.


PD with full of joy.

Gembira menanam lemak tepu di dalam badan bila dapat cuti. Lepas dah buboh baja, siram air terus tak tahu bila nak memulakan memetik hasil lemak tepu sebab bergantang gantang dah lemak tepu yang tengah duduk dalam badan neh. Plan dah banyak kali plan. Nak buat tu yang tak tercukup lagi keazaman di dada. :P



Second trip kembong perot makan angin.

Dah rancang sebelum nak pergi Pantai Merdeka lagi dah siap siap tempah bilik kondo secara online ( ibilik.my ) dekat Port Dickson dan alhamdulillah debaran di hati menunggu jawapan either saudara sepupu sepapat dapat join ke tak berjawab dengan jawapan YA. yeshhhh!!! XD dah macam debaran apa jee.

Permulaan perjalanan *pembuka ayat kena baku sikit* mulalah fikiran menerawang balik teringat cerita dolu dolu pergi bercuti dengan sedara. mulut berdarah eksaited nak tengok laut dekat balkoni sampai terlanggar sliding door lah, mandi laut ramai ramai kekonon belajar berenang last last sampai sekarangnya tak reti, tengok anak ketam, perdajal lubang anak ketam. macam macam! ;D

So, selepas menunggu saatnya finally we got our chance to enjoy our holiday together gether with full of laughter. :)






Bilik kondo yang kitaorang rent tu memang ada a few advantages yang memang dapat menutup disadvantages yang ada kat situ. Pantai memang a few meters je dari resort tapi kitaorang tak boleh seberang ikut jalan short cut so we have to jalan kaki ikut long cut. -..-' Naik kereta pun boleh kejap je tapi nak balik jalan kaki jugak sebab badan basah. Kalau malas we ended up dengan main air kat pool yang sedalam 155cm I guess paras atas telinga guwe which it's not cool lah bagi kami yang pendek belaka dan tak gheti berenang ni.

We love the beach bila air tak surut sebab bila surut banyak batu yang ada dan kaki luka pun aku boleh tak perasan.






Adib Naufal kena tanam kesian dia. >.<











We spend the rest of our time yang ada bila tak mandi laut or pool dengan melawat sambil belajar. feeling macam sekolah dulu. ;)







I can't imagine if I get a bf yang setinggi ni. Susah susahh -.-'





Malam enjoy makan durian. Yang sedihnya tak ada satu pun durian yang sedap kat situ. tak puas punya pasal beli lagi semalam dan saya sangat berpuas hati dengan durian tersebut. isi kuning, rasa manis. fuhh 
















November 13, 2012

DATING with my DEAR. :)

Ini olang tolak campur darab tambah langsung tak dapat jumpa entah berapa bulan entah. Nak contact borak gossip pun payah. Kita exam dia cuti, kita cuti dia exam. Kita free dia study, kita study dia free. Lastly without any planning yang terlalu awal takut tak menjadi buat kali yang berpuluh kali finally we got our chance to meet and have a date! >.<






Orangnya tampan lagi gagah. Ewahh ewahhh.. Pandai pandai buh tampan dengan gagah. Perbetulkan ayat takut disalah erti.



Orangnya disenangi dan comel sekali!
Dialah Yasmin Mohamed Razali siapa lagi. :)



My intan, my payung.
My permata, my berlian. 


Berbekalkan lesen P yang masih jauh untuk tamat and since we're 'anak mak' makanya kitaorang di haramkan drive melebihi Shah Alam for our safety. Mula mula memang nak benor pergi tempat yang selalu kitaorang pergi tapi sebab tempatnya dah melebihi kawasan yang dihalalkan so Setia City Mall menjadi pilihan hati untuk cuci mata dan bersuka hati. :)



The first thing that we do apa lagi kalau bukan cucok duit yang makin mengering. Sebab hati dah niat sangat sangat nak keluar dengan buah hati pekarang jantung kawan yang sangat disayangi ni so memang dah prepare duit awal awallll dah dalam bank. Kemain lagi hahh semangatnya nak berjalan dengan kawan. :P Hehee..







Hantu cerita memang aku lah orangnya. Kalau keluar, tengok movie salah satu benda yang mesti nak kena buat. Tadi tengok Silent Hill dan komen untuk cerita tu, the movie was da bomb. :D Tapi kalau cermin mata 3D aku tak kabur mesti cerita tu lagi kebaboom boommm! Dah lah cerita ngeri ngeri ni memang favorite eden. Dapat pulak cermin mata macam tu. Buat kacau konsentrasi jerr.









Walaupun besar besar SCM tu still kitaorang macam tak tahu nak ke mana dan banyak keluar masuk kedai lepas tu komen macam macam dekat baju yang dipegang seolah macam nak beli jee, we do have a great time. Dapat borak macam macam. Sowronok! >.<









Lagi meriah kalau lagi ramai tapi sebab masing masing ada benda nak kena buat sebab tu kitaorang decide nak pergi berdua je. Yasmin sacrifice one of the day that she supposed to study sebab dia cuti bukan cuti untuk hooray hooray tapi sebab study week dan saya amat berterima kasih untuk itu. :')












Lepas ni kalau dapat peluang lagi kita bertukar tukar cerita lagi yeah awak. :D