April 25, 2013

Weekend bila free dari assignment and attitude. :)

Aku rasa macam dah berzaman tak tulis blog. Bila nak mula sesuatu tu memang susah tapi bila dah start jadi susah pulak nak benti. Normal kah itu?

Aku nak cerita ala ala Harith Iskandar bila dia lakonkan macam mana perempuan bila ditanya, "Hows your day?"
Benda nak cerita pendek je tapi berjela jelaa. So be ready. :P

You can jump to 4th paragraph kalau malas nak baca. 



Last two weeks kalau tak silap aku dengan kawan yang lain keluar dari terperuk dalam bilik tengok runningman dengan family outing gelak sorang sorang dalam bilik sambil roommate pandang pelik dengar ketawa yang nak tak nak keluar tu. T.T
kitaorang decide nak makan kat Seksyen 7 bila tak ada selera tengok makanan kat DC, Dataran Cendekia yang langsung tak ada aura nak buat orang rasa kebulur bila tengok lauk pauk yang ada. Tapi rasanya memang setiap hujung minggu kitaorang akan makan kat keluar berlagak orang kaya bila tiba tang makan. kihkihkihh ;P



Alang alang keluar naik bas rapid kena bayar sehinggit tu so pergilah Giant sekali. Dulu Mini Tesco sekarang Mini Giant okayy. Motip letak 'Mini' tuuu?

Perempuan kalau pilih barang tahu je lah macam mana. Nak pilih sabun yang sama jenama lain bau je pun dah setengah jam kat situ kan. So we did buy some girl thingy. Dah bayar singgah kayapsi a.k.a. kfc beli Crush..oih. baru sebut dah terbayang terus telan ayaq liuq.

Sampai bus stop I was suddenly being macam mengada bergurau kejap. Meh aku tekan kan yeh. Mengada BERGURAU. Perangai yang selalu aku buat dengan adik adik aku sahaja and at that time aku ter-apply that perangai tu dekat dua orang kawan aku yang one of them kuat membahan orang. Silap besar gua cakap. Start dari situ asyik kena bahan about exactly the same thing. Aku sensitip dan mudah sesentap tapi mungkin masa tu tengah happy mood kott so aku turut gelak, senyum, sengih. HAHA


Hah, Itu lah dia actually nak cerita. Gilee berjela sebelum tiba perhentian yang sebetulnya. Some people won't know you like your family know you kan since you have different attitude when you with your family and with your friends. Mungkin orang lain tak macam tu tapi aku macam tu. Tapi bukanlah totally different punya attitude. You don't expect I will treat you like my younger sister kan? Thats what I mean. Or probably I'm a surface girl yang not easily let people know me more deep. Maybe.








April 12, 2013

Lama sangat mengelamun ke apaaaa neh?

Yo and assalamualaikum! :)
*trying to be cool lah kekononnyer temah?*

It's already been 6 weeks dekat sini dan langsung tak perasan kot. Bila dapat tahu terus gelak berdekah.


6 minggu dah?!! HAHAHAAaaarrrr  T.T


bila hujung minggu balik rumah tak pun berjalan macam tu lah jadinya. ada je masa free memang susah nak melekat kat bilik. exception untuk masa masa yang digunakan untuk buat assignment. terus tetiba rasa macam tak de masa free langsung bila sebut assingment. tak buat last minute pun mesti amek masa  seminggu to finish it. sedih. -_-


ada orang pernah cakap that I have to change the way I study. jangan terikut sikap masa diploma. cuba untuk ubah. cubaa.. tapi, tak boleh nak jadi more tekun sebab ada je benda kena buat. and sometimes terleka doing something yang should not be taken that long pun. alasan. ada je kan? haha :P



adapt sudah. terlebih adapt jadi terlebih selesa. terlebih selesa, kilang jadi makin maju.



kilang apa?




kilang lemak. -..-




The picture of us kat SCM! ;)
Macam janji je nak tema pink & turqoise. 



Next week penuh dengan test and quizzes.
Lepas tu mid sem break. Yeeehaaaaaaa! duduk rumah jadi bibik for a week. Hahahaa -..-'



April 2, 2013

Assalamualaikum. :)


Tak sepatutnya jari ni menari nari atas keyboard menaip dalam blog bila diri tengah dalam kehimpitan waktu tidur dan waktu assingment. Tapi rinduuu nak update. Hewheww :D


Sabtu lepas pergi kenduri kahwin Abang Halim. Dia dah macam family sampai dia bahasakan diri dia 'tunang' aku. Aaaaa... Pon boleyy kan. Dia kenal aku dari aku umur 10 tahun lebih kurang and he's the only malay office mate yang rapat dengan Mama. Sebab tu we're like a family sebab kitaorang almost every year mesti keluar sesama mandi sungai ke, makan makan ke and yang paling pentinggg.. everything about kitaorang adik beradik semua Abang Halim tahu. Gossip Girl habis mereta tuu. -.-"





Dah lama tak jumpa Abg Halim and bila jumpa dia nampak susut gilee. Ye lah kann. Nak kahwin, dah ada yang tersayang of course lah nak hidup sesama sampai bila bilaa. maka kesihatan perlu di utamakan. iklan kejap. :P

Pengantin perempuan asal Sarawak. Fuh! Dengar cerita bila hati dah berkenan sampai beli tiket flight nak mengenal hati budi lebih dekat. Wah wah wahhhh! I'm impress!
Apa apa pun, moga moga berkekalan sehingga ke akhirnya dan jadi pasangan yang sweet dan comey comeyy yea! >.<






Aku ada jawab 50 soalan under counseling program berkaitan perahsaan hati. sumpaa soalan dia buat aku terkelu lidah lepas tu nak gelak terbahak bahak. tapi ignore lah yang tu . yang nak di highlight kan adalah ini:-  mengikut kesimpulan atas jawapan yang aku beri, didapati aku dijangka menjadi...







ANDARTU. 






cisss. Mama! Carik kan boipren pleaseeee!
Agagaga~