May 8, 2015

Serius tak sedar.

Marah. Yea cik Aqilah ni dengan perkataan ‘MARAH’ memang tak boleh dipisahkan. Nak cerita…

Waktu sekolah menengah dekat rumah jenis baran cepat naik angin satu badan. Marah bukan marah biasa. Marah mengamuk. Adik jadi mangsa. Dah tahu kakak diaorang ni macam harimau kelaparan, lagi suka buat masalah. Budak-budak kan. Adik siapa kann. -_-

Pernah dekat kampung diaorang boleh test pakai contact lens cik peah ni punya. Bedebomm, mengamuk satu Batu Pahat dengar. Padan muka. HAHA  

Biasa sangat dengan tabiat ni sampai tak sedar pun aku ni cepat naik angin dengan kawan terbawa-bawa kat sekolah. Serius cakap, aku tak sedar. 
Macam penyakit, lama-lama makan diri.

Alhamdulillah diri ni dikurniakan kawan yang satu-satunya berani tapi takut-takut nak tegur perangai tak senonoh tu. Berani tapi takut-takut? Dia bagi surat. HAHA soo sweet muwit peewiittt lah. Bila baca memang terkejut. Nampak sangat tak sedar diri. Rasa nak ketuk kepala sendiri.


Nasihat yang seeloknya, nasihat tanpa memalukan. 
Berkesan dari nasihat bersulam perlian dan terang-terangan.


Lepas tu selalu beringat. Rasa nak marah je, diam. Tak suka sesuatu je diam. Tu lah yang jadi pulak penyakit lain. Penyakit suka berahsia. Sebab kita dah tahu, siapa suka orang yang tak habis nak marah.

Selalu beringat dan beringat. Marah tu syaitan suka. Lama-lama dekat rumah pun jadi kurang marah. Sampailah masuk zaman diploma terus kurangg. Masa degree langsung tak marah sampai classmates pernah request nak tengok aku marah. Peh! Memintak pulak. Memang tak mampulah nak bagi.

Pernah marah sekali waktu diploma sebab tak tahan kena bahan. Panas naik sampai kepala. Berasap je telinga. Bahan sesikit, bergurau-gurau tu faham. Bila tak henti kena cubit-cubit hati ni terus meletus terobek. Maaf nenek Day. Kau bahan pada waktu yang tak sepatutnya. HAHAHA  okay serius nak minta maaf.

Kepada kawan yang bagi surat tu terima kasihh sangat! Tak pernah rasanya ucap. Bersyukur ada kau sebagai kawan. Kawan yang banyak hikmah. 
Sekarang marah jenis mengamuk boleh kira setahun tu dengan sebelah tangan je. Tak suka pun sebenarnya. 


Sikap kita ni kena jaga. Sedar diri. 
Tanpa sedar, boleh mempengaruhi yang memerhati.


Nah sajak tentang marah.

Marah sumpah seranah, 
tanda hati mati. 
Sekian. 

Yea pendek je. 
Nak lebih, panjangkan langkah. 
Mari bersua. 
Kbye.

Tak banyak marah dah sebab dah tua. 
Sebenarnya. 
Bye lagi.


April 10, 2015

Sungai Chillin | Cerita Budak Intern

Genap sebulan jadi budak intern kat Cyberjaya. Tidaklah diri ini menyangka dah sebulan, sebab baru sebulan setengah yang lepas terbayang sekarang aku tengah duduk kat rumah tunggu satu semester habis sambil mencarik tempat intern. Or maybe tengah kerja scan barang kat kaunter 7e. KAH!

Okay. Tengah dengar radio pastu tertarik earphone. Bising satu opis menggelabah cucuk balik.

Tak nak cerita dah pasal intern. Nak cerita pasal pergi mandi sungai dekatt Sungai Chilin 8 minggu lepas. Haha teruk cerita dah basi bercendawan berkulat baru nak cerita. Rindu okay nak berblog tapi takdak masa sejak jadi orang putrajaya. Ecceehhh taknak. My hometown in my heart forever. Ok dah. Panjang intro.


Ceritanya bukan nak pergi Sungai Chillin. Pergi Sungai mana ntah. Maaf ingatan dah mereput. Tapi sebab bila pergi ada yang kata sungai tak best, cetek and tengok pun orang tak ramai, tempat tak meriah, suram je..dah confirm lah kesahihannya. Terus bukak gps carik sungai yang lain. Dapatlah Sungai Chillin ni yang memang Chillin sejuk membeku. Mana taknya, sungai mengalir dari Fraser's Hill.

Pergi sungai dekat situ memang ramai tak ingat, malas nak hengatt. Kereta beratur panjang. Nak sangattt yang meriah kan. Tapi be relax, be happy. Chill. My superhero berjaya mencari kawasan yang tak ramai orang. Boleh lah bentang tikar, susun makanan dan makan. 





Opss hero tengah mandi. XD

Apa tadi? Makan penting.






Main air puas-puas.



Dan makan lagiii







Okay nak bagi review. Sebab tak masuk pintu gerbang Sungai Chillin ni so tak tahu wujud ke tak sebenarnya tempat tukar baju. Tukar je baju dalam kereta dengan tutup satu kereta guna tikar. Hehe Kawasan not bad. Ada tempat cantik tapi kena turun tempat curam sikittt and sebab bawak bebudak kecik yang mengada takut jatuh lah bagai. Kecik lah sangat. Dah sama besar macam kakak diaorang ni, so tak pergi pun tempat cantik tu. Air sungai kat sana sejuk membeku. So far okay lah.


Nak cerita tu je. Tengah free sikit sekarang ni. Dua hari beturut datang kerja pukul 7pagi. Project kali ni susah sangat, tempoh yang dia bagi pun berapa hari je so mintak big bos pas kat senior programmer sebab diri ini yang kurang berpengalaman nak handle semua tu daripada dah tahu tak boleh buat pastu senyap jee kan. Padahal tinggal sikit je lagi, which the hardest part of the project. Isnin next week dah start event for the website and nak launch dah. Tak tahu senior yang tak dikenali tu dapat settle-kan tak. Risau gak. Tapi dah nama pun senior takkan tak boleh. Kan kann 


Ok dah. Bye. :)

Assalamualaikum.

February 8, 2015

Kawen anak raja

Yeayy handphone tertinggal kat rumah dan kembalilah dahku kepada laptop yang dari diploma menemani diri. Lama tak meng-update so rasanya memang tiba masanya dan sesuai sangat sekarang ni untuk update sementara tangan terlepas dari handphone.



So, supposedly sekarang tengah cuti-cuti Malaysia memperluaskan kebun lemak dalam badan ni tapi tapii buat sedikit pengorbanan dengan meng-join-kan diri satu program kat Shah Alam. Program yang bermula dua hari selepas final year project presentation dan berakhir sehari sebelum praktikal. Pengorbanan yang terwujud sikit rasa penyesalan. HAHA

its okay. In shaa Allah ada gunyanya semua ni in future. *pujuk diri*

Bukan nak kata program ni useless ke apa. Program ni memang baguss for those yang betul-betul berminat nak cari keje dalam bidang program ni. Apa yang menyesal sangat ni cuma baru terfikir lepas praktikal nanti memang dah tak ada waktu untuk honeymoon. unless aku dapat kawen anak raja memang seumur hidup honeymoon. Boleh dah ni start cari pohon beringin rasanya kalau dah kemaruk sangat. kah! hambar sangat terasa. takpe lah gelak sendiri je.






Oh, btw aku tengah cari rumah untuk stay masa praktikal nanti. Puas mencari kat ibilik dengan mudah dan masih mencari lagi. Manalah tahu ada yang sudi membantu kan. Rumah area putrajaya sebab dekat dengan cyberjaya. Mula praktikal first march, bajet bawah RM300. Kalau ada kenal sesiapa tolonglah membantu diri ini. Hehehe


Okay dah. Cukup takat ni je. Lain kali tulis bebanyak lagi. :)