February 24, 2013

Tak seberapa tapi inilah dia. :)

Assalamualaikummm. :D


Dah lama gilee tak bake something sebab kononnya nak kurangkan makan. Walaupun pening dan penat ke hulu ke hilir sorang sorang nak settlekan benda yang sebelum ni di settle-kan dengan Mama tapi sebab beriya sangat maka singgah jugak kedai beli bahan untuk kek dengan bahan Murtabak Crackers sebab ada special event 22 Feb hari tu. Excited betul nak cuba dua resepi tu. :D



Tengah nak buat tu sedih. :(

Sebelum ni ada Ain bolehlah jugak suruh dia take over untuk cake tapi sebab dia kat SMTTJ maka belajarlah bersusah payah sikit haritu buat semuanya sorang sorang.




Masa kecik kecik dulu sukaa sangat buat kad hari jadi. Macam comel je kan kann? Ye saya tahu tu! :D

Habis buat kad terus tenung kad tu gosok gosok mata. Terasa seperti kanak kanak balik.
Kad tuuuu.. macam budak 10 tahun buat. Tak de kreativiti langsung. Saya malu! *paling muka larilari sambil menangis*


Ini akibat dari menunjukkan muka terlampau best tidur
depan orang yang ngantuk tau! :P
 
Encik Abah balik kerja semua buat tak tahu jee tak ada wish apa apa. Sampai lah malam semua still senyap lagi seronok tengok Running Man. Finally dalam pukul 8 lebih macam tu Mama suruh tutup lampu area bawah. Aku pulak kena diri kaku siap sedia kat bilik belakang pegang kek yang dah ada lilin then bila semua dah ready panggil panggil Abah anddd surprise!


Tolong don't judge the cake by its look okay. :P



Habis potong kek tiba sesi bagi hadiah dengan kad. Sebab tak tahu nak beli hadiah apa tu lah aku beriya benorr nak buat cake instead of beli yang dah siap. Walaupun benda tu bila dah ngap terus hilang macam silap mata tapi itu lah yang termampu buat masa ni.


Abah terharu dan kami happy. :D Abah dah 49 this year but his smile make he looks more younger than he is. Maka betullah petua senyum sentiasa untuk kelihatan muda itu. *iklan jap*

Selamat Hari Lahir Abah.


I love you Abah. 
My only Abah.
:)




February 19, 2013

MUET Speaking Test babe. T.T

"I believe that with RM20 000 it will be an enjoyable thing to do if we open a mobile phone shop." 

Basically that is the second sentence yang aku habaq mai untuk aku punya MUET Speaking Test and I believe that the two examiners won't understand sepatah haram benda yang aku speaking. =.=


Last two years speaking test for my BEL final examination was more easy to elaborate the idea since it have related with entertainment which for someone in the age like me at that time yang masih muda remaja yang tercangat cukerr dengan entertainment mesti laju je ada idea mencurah.

 
Boleh nampak masa speaking tadi pun ada candidate yang tangan menggigil gigil. Aku pulak memang tak fokus langsung bila turn diaorang untuk cakap. Sibuk memerah otak sekering yang boleh bagi banyak idea tapi sodihnyaa hati. kerana nila setitik rosak baju mahal yang baru aku beli. *tetiba*

Kali ni memang rasa terukk gila speaking aku tapi exception for the time where we were doing our second task which is task B, group discussion. Kelakar gilaa bila the two of us agree with the idea of candidate B which is opening a pet shop while the candidate B stay with my idea which is mobile phone shop. Untung tak gaduh bertumbuk je lah kan tadi. .



*Gambar selingan*

Finally dapat buat semua tu in one day. :') *nangis* perlu ke?
Tinggal satu benda jee. Medical check up!



Nervous tadi memang tak payah cakap lah. boleh pulak nervous tu bertangguh kejap sebab lama sangat menunggu giliran. Lepas ni untuk MUET test yang lain memang kena buat betul betul andd study. tapi risau pulak sebab masa tu dah masuk belajar dah. 


By the way masa datang tadi nasib baik ada yang aku kenal. Mihlyle dengan Rabiatul Adawiyah. ada Mihlyle at least tak ada lah aku duduk termenung 2 jam setengah tu. T.T ada Rabiatul satu group dengan aku jadi seronoklah sikit nak speaking. Hihihii..


Anyway, kepada yang bakal bakal mengambil MUET lepas ni Good Luck!!! Jangan jadi nervous macam aku. Tewrokk habaq hang!


Okay dah. Assalamualaikum penutup bicara. :)




February 14, 2013

Busy body!

Assalamualaikum :)

Hari hari saya busy.
Busy body.
Yeaa!
Saya busy body dengan diri sendiri.


Kadang tak busy pun buat buat busy. kalau tak mem-busy-kan diri keluar lah status aku bo bo bo booosannnnn! macam lagu Stacy tu. Pernah dengar? Pi korek kat you tube pi.

Alhamdulillah dalam masa berbulan bulan bercuti ni pernah sekali je terasa bosan. Itu pun sebab Mama suruh pilih nak pergi jalan jalan kat mana. Genting Highland? Pantai Jeram? Either two and I choosed none. tapi bila Mama ajak pi shopping cepat cepat masuk bilik zap zup zapp tukar baju. READY! XD hahahaa cepat je tenaga membara semangat berkobar kobar.



Tak sampai dua minggu je lagii nak masuk degree. bercampur baur perasaan yang datang. tak sabar, takut, kecut, seronok, risau.
Tak sabar sebab tak sabar nak tengok benda yang bakal dipelajari.
Takut sebab suasana belajar bakal menjadi tersangat berbeza.
Kecut sebab mungkin tak boleh bawa nanti. Degree kot.
Seronok sebab nak belajar! yeayyy.....?
Risau sebab banyak lagii benda tak settle!


Masalah yang menimpa

  • status pinjaman waktu diploma masih dalam pembiayaan while we're already finished our study. Tapi terima kasih kepada kawan kawan yang banyak membantu sebab bagi info macam mana nak selesaikan masalah ni.
  • Surat pengesahan tamat belajar kena ambil masa 3 hari untuk siap. Tak kan nak ulang alik pergi Perak mintak surat ni and then 3 hari kemudian datang lagi untuk amek surat. pentingg sangat surat ni untuk buat pinjaman baru. Insha Allah will be settle on next week.
  • Medical check up masih tak buat lagi. T.T
  • Slip gaji selalu susah nak mintak sebab terlalu private and confidential. -..-
  • Borang untuk pinjaman dengan kemasukan degree tak lengkap lagi!
  • Gambar passport tak tangkap lagiiiiii. -.-'
and a few things yang remeh temeh terlihat tetapi penting untuk dilengkapkan. 
Budak Seremban yang balik bercuti ni pun aku kena layan untuk cari barang keperluan dia. 



Gambar paling latest.
I'm getting chubbier and I'm worried about it.
T.T


Aku jadi susah sangat nak online berjam jam sekarang sebab memang aku saja biasakan diri aku macam tu. Ramai gak yang tanyaa mana hilang? mana hilang? -..- malas betul nak menjawab.

So, wahai masa depan permudahkanlah jalan ku yang berliku nanti. 

February 8, 2013

Suara persis Awie. :D

Assalamualaikum. :)


Dua minggu lepas dapat suara ROCK ala ala suara Awie. Seronok hah main main dengan suara tu dengan tak henti sebut,




"INI SEMUA POYO! POYO! POYO YO YOOOOO!"




Hahaha :D Keterujaan aku memang sentiasa tidak bertempat.
Lepas tu sedih sebab tak dapat minum air favorite aku. Air Sejuk. :'( Sedihh cam kerinduan katil yang empuk. Bila makan kat luar pun order air teh o limau panas. hwaaaaa D': tak ponah ponah keluar makan order air panas. heh.

Itu cerita dua minggu lepas. Seminggu bersuara jantan lepas tu dah elok dahh. cukup cukup seminggu lepas tu demam tetiba. sakit tekak. malam sejuk teramat sampai badan macam kebas. T.T Tuhan saja yang tahu rasa dia macam mana.






Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Cuma satu benda je yang menjadi gangguan. Bila masak tak tahu masin masam manis tu cukup ke tak sebab tekak ni so soo je boleh rasa. Nasib lah adik adik aku dengan parents aku makan masakan aku tu. Heheheee XD Sepupu yang baru datang pun perasan perubahan suara aku yang baru terjadi a few hours ago.

Selamat datang 'awie'. -..-




Selalu sangat terasa berbelah bahagi nak buat confession. 
Lama lama simpan perap kalau jadi jeruk sedap jugak. 
Ni tak. Jadi basi.



Selamat bercuti kepada yang dapat bercutiiii! ;D


February 5, 2013

Get up.

The curse and the damn.
They throw it as it a grenade.
The pull and the glance.
No one can't endure with it.

They smile and they laugh.
They arise and they clap.
They praise for their glory.
They proud for making we fall.

Hide the sadness, my dear.
Wipe the tears, don't show them.

Just smile and calm.
Be strong and be tough.

We wouldn't appreciate the happiness before we met with sadness.
Get up and put your faith in your heart.
Believe that everything happens for a reason.
And trust that Allah always be there for us.











February 1, 2013

Dapat dah result kemasukan untuk Degree!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



Selepas menunggu buat beberapa bulan akhirnya pagi tadi dengan muka sembap, mata pun tak terang lagi, gigi tak gosok *euww* dengan rambut kusut masai terus pergi dekat bilik Haziq switch on the laptop dan terus duduk kat kerusi dengan rasa berdebar debar nak semak keputusan untuk masuk Degree.
Tapi tapiii...sebab baru bangun tidur tak adalah terasa berdebar mana pun. Rasa nak golek kat atas katil lebih kuat daripada rasa berdebar nak check result. HAHA :P


Lepas semak alhamdulillah senyuman terukir di muka yang tak mandi ni. :)






Ada dua perkara yang menggembirakan hati.

Pertama, sebelum isi borang secara online untuk masuk ipta aku dah semak dulu kekuatan aku lebih kepada apa? Math? Programming? IT yang lebih kepada membaca? 3 pilihan jawapan and my first ranking lepas menilai result final exam every semester is Programming. Sebab tu masa isi aku letak Degree in Computer Science as my first choice to further my study and luckily tak macam masa Diploma dulu, they choose my first choice which is really really good and the only thing that I can say for now is alhamdulillah and I'm hoping that my decision is right. :)

Kedua, sepanjang menunggu jawapan dah fikir dah situation that I'll face bila kampus dekat dengan rumah. Bila fikir fikir, secara terus terangnya aku tak berapa suka. Takut nanti bila dah dekat tiap tiap hari nak balik rumah. So buat kali keduanya terasa sangat bersyukur sebab kampus tak dekat dengan rumah. :D



but as you can see dekat atas tu, kampus transit dekat Shah Alam. Most probably aku akan belajar kat Shah Alam for now sebab kampus dekat Jasin tu still tak siap lagi. Teruja nak jadi first batch student masuk campus tu! ;DD tapiii tak tahu lah berapa lama nak kena tunggu kampus tu siap. :(


Belum apa apa dah siap usha Daerah Jasin tu apa je yang ada. Alang alang tu usha sekali tapak kampus Jasin. Sekali tengok construction completion date untuk kampus tu 18 July 2013. okayy. semester ketiga pun belum tentu lagi dapat jejak situ.

Terima kasih atas kerjasama Pakcik Google yang bolehlah dikatakan membantu sedikit.









Mama kata lagi sejam setengah dari Jasin dah boleh sampai Batu Pahat. Kalau macam tu next year aku duk je lah kat kampus tunggu orang amek balik raya. Sedih. Hahaha :D


Buat masa sekarang ni tengah mem-busy-body-kan diri belajar english untuk MUET Speaking test 19 Feb ni.
Mak aiihhh.. takut takut!
dah lama tak buat speaking test tu. rugi tak buat masa awal awal belajar BEL dulu. kalau tak, tak adalah sampai lupa cara nak menyelit bila orang buat explanation masa buat discussion. English pun dah berterabur. Kalau jadi manusia lah kan English tu mahu kena tampor je sebab banyak buat careless yang simple simple.



Okay dah habis satu esei mengarang harini.



"Ya Allah, berikanlah jalan yang terbaik untuk Nor'Aqilah Bt Zulhisham."



Doakan yang terbaik untuk aku yea! insha Allah will do the same for you. :D

toddles and assalamualaikum. :)