August 30, 2014

Tak jadi hentak. Oh fyp!

Currently mood rasa nak hentak laptop sebab buat system asyik error lepastu tak jadi nak hentak bila pikir kalau mati laptop ni nangis la sendiri tak de sapa nak tumpang bahu sebab semua akan kata, "sape suro hentak? Padan muka." ouchh merintih lagi sendiri HAHA


While doing all the final year project stuff I've learnt a few things. Macam how to make your laptop run more fast which as a computer student aku patutnya belajar benda tu yang pertamaaa sekali. ni tak. sibuk belajar untuk test je pastu tak tahu nak praktik sebab all the computer language yang aku belajar is not a same language that were been using now in our IT industries. ecehh alasan. cara nak cas handphone dengan lagi cepat dari kebiasaan bila kita in hurry. penting untuk tahu tu. pokoknye banyak benda belajar termasuk nak buat system aku ni tapi bila dah error banyak kali terus jadi bosan. macam sekarang ni tengah run dreamweaver pastu recordset database and bla bla bla (aku explain bukan ada yang paham pun.) bla blaa tengah on checking the data tetiba stuck. baru je few minutes tadi. pastu apa pun tak sempat save. kena mula balik apa yang dah buat dari tengahari tadi -..- pastu otak pun jadi stuck and stress tapi buang masa je layan. biasa dah.


tak tahu system ni akan siap atau tak. atau tak akan pernah siap which hati ni dah berbisik bisik and just be ready for the consequences. kalau sambung buat dekat melaka confirm double triple stress sebab tak ada hiburan and tak ada orang yang boleh disakat untuk release tension. so..ready je lah untuk anything. okay tu je nak bebel. sambung sambung buat keje! 

harap menyesal menghabiskan masa baca bebelan di atas. :P

August 5, 2014

Syawal Pertama 2014 :)

Assalamualaikum.

Bergilir-gilir setiap tahun tiap kali balik kampung beraya dan tahun ni punya raya paling bestt lepas bertahun tunggu untuk raya macam ni. :D Tahun tahun yang lepas bila balik raya selatan sepupu yang balik raya boleh kira dengan jari je. Semacam kurang meriah, rasa kurang sesuatu jee.

Tiap kali raya mesti nak imbas zaman semua tengah sekolah lagi walaupun masa tu macam aku yang bebudak ni dah tak boleh nak bercampur dengan sepupu sepapat yang dah remaja sebab tak paham dengan diaorang tapi ingat lagi kitaorang main buat bulatan tepuk tangan orang sebelah sambil kira A,B,C sampai Z yang kena tepuk, leka, kena keluar. Kenangan tak seberapa tapi tu kira paling last dapat main ramai-ramai dengan sepupu sepapat.

Alhamdulillah tahun ni ramai yang balik, alhamdulillah banyak benda tolak tepi lepas tu semua macam seronok seriously terharu :') Nak dapat raya macam ni lagi tak tahu bila tahun boleh dapat.
























Beratur nak salam mintak ampun






Kecoh lepas dah lama tak sekecoh ni. :)








 Gadgets memang tak lepas dari tangan tapi tetap seronok. :)










Sepupu ensem cun saya. :)
Atas kiri: Sya'ari, Syazwi, Ujang, Abg Syafi'e, Abg Hijrah, Haziq, Syarazi
Bawah kiri: Aishah, Ain, Kak Nadia, Kak Yanti, Kak Nelly, ME, Kak Piqa, Didi

Yang tak ada dalam gambar. Wani, Kak Fara, Abg Yul, Kak Tasha, Ira, Kak Lenny, Farah Ain. 
Well, more than half yang ada. Nak kumpul semua memang susah tapi yang ni pun dah seronok. >.<


I always have a dream to gather everyone in my family. bukan gather je, nak sangat slogan kosong-kosong tu bukan setakat luah and ucap je. tapi betul betul maksudkannya and everyone will be natural like we used to be. Waktu kita cuma kenal saudara kita sebelum kita kenal dunia. 

Tak pernah bagitau sesapa benda ni sebab rasa diri ni kecik lagi tapi nama pun impian mek. Ada rezeki ada lah yang termakbul. :)