January 19, 2014

Final exam habis. #Throwback reunion geng SriIskandar.

Baru habis exam.


Jyeaahhuuuuuuu! 




well not really jyeahhuu, since I'm pretty sure my grade number will be go down down downnn. Sebelum exam confident level tinggi seteng, lepas exam jatuh paras buku lali. Style degree memang macam tu. Benda dah lalu, dah jadi. Usaha sudah buat, musibah datang tapi cool watlek watpeace. Hikmah nak tunggu duapuluh9 januari nanti ada appointment dengan dentist. Kita tengok apa jadi. Hahaha serious tak sabar but I will miss this 'spin' on my tooth.


Apa 'spin'? Apa dentist? Apa? Apa?
Next time insha Allah with the final result I'll post on my blog.
Here.


Reunion!

3belas januari 2ribu4belas tarikh yang aku tak tunggu langsung. hahaha pengakuan. memang tak ada niat nak join gathering reunion kawan kawan diploma sri iskandar. Bila dapat tahu geng tapah turun ada tergerak nak join tapi sebab tengah pertengahan exam, malas setebal lemak dalam badan. Yea aku gemuk tak pernah kurus. Tapi mengalah pergi jugak. Tak menyesal! :D Walaupun banyak mendengar orang berbual daripada aku yang bercakap sebab segan dengan gigi sendiri. :P

Mula mula sekerat dua je yang datang. Lama lama dah macam gather apa dah. Kedai akan tu pun tak book sebab tak pasti siapa yang datang. Datang je terus cakap nak book untuk 10 orang. Sekali hamekk nak dekat 30 orang.



credit to farra

credit to nad







Gembira. Sekali 3 tahun. Nak buat lagi kita invite seramai yang boleh. Walaupun tak di invite doesn't mean you are not allowed to join. Kita ramai kadang terlepas pandang.

Okay. Post berhenti sampai sini. Insha Allah jumpa lagi !


Sorry cerita dah basi. :)
Assalamualaikum..



January 12, 2014

Alhamdulillah..

Hujan yang lebat berganti renyai,
masa yang tidak menunggu seolah terhenti,
telinga terasa seperti tuli.

Mata dibuka, nafas dihembus.
Lega.
Alhamdulillah..
Masih diberi peluang untuk bernafas.
Masih diberi waktu untuk berbakti.
Alhamdulillah.


Posted via Blogaway

January 7, 2014

Awak datang lagi.

Beli internet dua ringgit sekadar untuk melayan hati mula menulis diari awam yang tidak lekang dan langsung tak pernah bosan menyebut dia. Oh. Bukan blog ni. Blog lagi satu, harap maklung.


Malam tadi mimpi dan dia datang menyinggah. 
Sudah terlalu lama tapi masih di ingati.
Harapan hati mata jangan di buka,
dan alarm tolong jangan berbunyi. 
Dari awal sudah di sebut mimpi. 
Kalau mimpi dia kekal mimpi.
Fantasi jangan di layan terlalu lama. 
Realiti menunggu diri. 
Exam paper setia di meja. 
Tinggalkan dia yang terkebil dalam mimpi,
sahut alarm dengan wait,
meraba kiri bantal yang penuh nota xml
dan cuba lupakan apa yang jadi. 
Fokus fokus!

Okay bye. Nak bagitahu tu je.


Nota kaki: Aku jeles dengan orang yang boleh makan burger tanpa cubit dan kunyah. Jeles!