June 8, 2013

Cuti Wesak Jauh Melangkah. :) Pahang, Terengganu, Kelantan. Part 1

Assalamualaikum :)

Balik dari cuti wesak bukan main lagi sibuk memanjang. Sekarang baru sempat tulis sikit mana yang mampu. Hehe ;D

Be ready sebab post ini akan ada gambar yang sangatt banyak dan tak sempat nak curi masa untuk combine gambar gambar tu.


Kuantan, Pahang

Kuantan become the first place kitaorang pergi. It's really fun sebab dapat mandi manda dekat laut. Tapi mandi laut kejap jee sebab panas. Lepas tu pindah pergi kolam. Hihi mengelat. pergi pantai tapi mandi dekat swimming pool. :P






Nak recommend tempat untuk pergi tapi kitaorang tak ke mana sangat pun and duduk situ pun satu malam je and the only thing kanak kanank riang macam kami buat ni cuma mandi manda jee.

Sampai kena bising dengan Puan Mama sebab actually the second day we're supposed heading to Terengganu tapi boleh pulak kitaorang mandi laut, main main dengan anak ketam. Rasa nak bela. Bila dah besar tinggal buat masak lemak cili api je. :')


Terengganu

Tempat kedua pergi Batu Buruk, Terngganu dan rasa sedih kat sana. :"(
Sampai sana dengan harapan dapat lagi mandi mandi tapi laut situ bukan untuk mandi. Curam. Swimming pool pulak buat gua rasa berapi. Homestay depan kitaorang punya lah besar pool. Kitaorang punya tak de. Mati kutu duduk situ.



Puan Mama ajak pergi pasar dekat situ and we ended up jumpa taman rekreasi yang sangat interesting. Benda benda ni ada je dekat UiTM tapi jauh sangat so tak pernah pergi. Masa ni lah memasing tunjukkan kekuatan memasing. Exercise feeling dalam gym. Tak lama tu penat. Tak sedar lepas tu balik kena jalan kaki jauh. =.='

Hari kedua baru sampai, hari ketiga dah kena gerak pergi Kelantan. Tapii.. tak tinggalkan Tengganu macam tu je. Singgah sekejap dekat Taman Tamadun Islam yang sangat cantik tempatnya.



Nak masuk kena bayar dulu untuk dapatkan passport. Eceh.. dah macam nak naik flight kena dapatkan passport bagai.

Sebab aku ni gilee sikit bila nampak Masjid mesti nak tangkap gambar so masuk dalam tu macam tak betul sikit. Gile kat sini bermaksud excited lah. Jadi tamak. Semua replika masjid kat situ nak tengok.

Masjid masjid yang ada tu semua dari serata negara. Nigeria, Perancis, Acheh, Singapura, banyaklah. Nak namakan satu satu tak dapat sebab passport yang ada information of all the mosque ada kat rumah.

So, dapat tengok tengok je lah yea. :)



Tiap kali tengok replika we did mark at the side of the picture of mosque so tak ada lah tertinggal mana mana replika.





Even the view looks beautiful.












Dekat sini ada a few option kalau tak nak penat jalan kaki. One of it as you can see dekat gambar bawah ni. Tapi of course kena bayar. Nothing is free in our country yer.














Kalau ibu ibu bapak bapak nak bawak anak anak kecik berseronok, kat sini pun ada mini fun fair. Tapi tak tahu lah dia functional ke tak sebab hari kitaorang pergi tu tak bergerak pulak benda benda tu.


Dan ini! siapa yang tak tahu kan. Masjid Kristal. Cantik sangattt. :')





Dah pergi Terengganu jangan lupa merasa keropok lekor sana. Dengar cerita nak sedap sedap cari dekat Terengganu je. Dalam perjalanan nak balik terjumpa gerai keropok lekor ni dan rasa dia sedap! Rasa ikan fresh, sambal cicah dia pun sedapp. Tak rasa sangat cuka macam sambal keropok lekor yang lain.



500 lebih gambar dekat dalam  Taman Tamadun Islam saja. Terserlah bukan kegilaan saya.
Dan sekarang tenang tenang. Post ini akan bersambung. insha Allah.. takut tak ada masa. till next post!

Untuk post yang kedua! Part 2