December 31, 2012

Pagi bebuta post.

Setiap kali tengok phone mesti dapat missed call. Maaf tak dapat angkat sebab like I've told you and you and you and youuuu before this (mak aihhh, ramai bebenor ke yang call nyer tu?) handphone tempatnya memang di bilik jee.

Seriously penat gila bila sampai rumah. Tak campur lagi tension yang dapat dengan pedih perut tak tentu pasal masa drive balik puncak pukul 1, 2 pagi. Apa mampu? Hati kering je lah kan..

Anyway dalam penat penat tuu memang ada seronoknya dan dah memang menjadi tanggungjawab. Alhamdulillah everything was fine except untuk a few incident yang tak disengajakan. 

Apa jadi? mungkin lepas beberapa hari ni dah free dari tugas yang perlu dipikul baru kita cerita pepanjang lagi naa.. la ni saja try hadiah budak 8A. Untunglah kakaknya menumpang merasa sekali sekala. Hihihiii.. ;D zaman nak dapat A saya dah berlalu untuk claim hadiah hebat hebat. Nak dean dalam satu semester pulak macam mimpi terbang ke langit. Ada rezeki masa depan nanti beli then balut dengan gift wrapper sendiri je lah. Haha :D Sedih betul. 


Okaylah. Till next post. 
Toddles and assalamualaikum. :)


December 25, 2012

Percaya. Tak percaya.

Tak tahu apa masalah anda tapi you seems like you didn't trust that person like how the person trust you. Nampak macam warning pun ada. You shouldn't lah doing something yang menampakkan kegelisahan di hati hanya kerana.. dot dot dottt...


That person have done many manyyy thing for you and supposed you appreciate lah semua tu. Bukan kind of memberi warning. Niat tak membatalkan cara. HAHA :D


Should I care? I shouldn't tapi masih nak buat. :P








Kenduri Kahwin Sedara Jauh & Genting H. lagi. :DD

Sabtu yang lepas puas betul dapat window shopping, cuba berbelas belas baju dan beli hanya beberapa helai baju baru. hahaha :D normal normalll..

Mama again dapat voucher Aeon. Kami adik beradik pun bedal memacam baju. Jumlah yang peruntukkan sorang bawah 80rm je dan kebetulan kat situ sale gila gilaa. Bila bayar sebab excited sangat shopping kalah shopping baju raya sekali kena tambah duit lagi sebab terlabih belanja. hehehe :P


Ahad pula sedara jauh ada buat kenduri kahwin. Seronok nak pergi sebab muka semua memang kenal kenal belaka.


Style sekarang pelamin simple. Sukaaa sangat!

Sebagai VIP kitaorang ada khemah sendiri kat luar. Acecehhh...
sedih sebenaqnyaa.. orang ramai sampai tak do tompat.
Bedal makanan pengantin yoo..
Pinggan yang ada ikan maisn ni tak tahu lah siapa punya.
Dah konyang balik yopp.

Ingatkan dapat bowak sakan dengan sepupu tercayang perkarang hati but she didn't managed to come to the kenduri sebab tak sihat. Cian diaaa.. Gambar kat atas ni semua saya upload untuk awak tatapi tau. Nah nahhh... Hahahaha :D

Dalam kereta semua senyap lepas tu den tanya Encik Abah.

Nak pergi mana lepas ni?
Balik rumah lah.
Eh, tadi kenapa suruh bawak sweater?
Takut hujan. =.="

Abah den memaen jee.. Dia bawak pi Genting Highland sekali lagi. Hoahhh! Best best! Merasa lagi kesejukan yang cuma boleh dirasai di dalam peti ais sejuk beku. :DD




Secara tak sedar telah tangkap gambar yang lebih kurang sama macam post Genting H. yang lepas.


Puan Mama bersama Encik Abah. <3 td="td">






Stay kat situ je dah dekat 2 jam lebih. Kejap keluar tangkap tangkap gambar, kejap masuk dalam kereta balik sebab angin sejuk tak boleh tahan dan begitu lah seterusnya.

Encik Abah dengan Puan Mama? Ini aktiviti mereka..



-.-'

Resipi Daging Masak Merah & Resipi Bonus. :D

Assalamualaikum. :)

Disebabkan dah terlalu ramai pun yang meletakkan bermacam recipe dalam internat ni sebab tu den pun makin lama makin malas nak mem-publish sebarang recipe dan lebih kepada personal life.
Tapi sejak cuti ni banyak pulak try masak makanan makanan yang menggamit perut untuk makan maka dengan ini diri ini pun terasa nak mem-publish recipe yang dah beberapa kali di cuba ini.

mempersembahkannnn...... *drum roll*

tak payah nak berdebar sangat lah. tajuk atas tu dah sebut pun.  -.-'



Daging Masak Merah.





Bahan-bahan:


  • 1/2 kilo daging - dipotong nipis. direbus dengan pewarna merah. den guna sirap je. muehehehee
  • Air rebusan daging tadi
  • 2 sudu besar cili kering kisar 
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat 
  • 3 biji bawang putih - diketuk 
  • 10 biji cili api - diketuk (lagi banyak lagi pedas. ikut citarasa lidah memasing) 
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu besar sos tomato 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • Daun limau purut - dikoyakkan 
  • 2 batang serai - dititik 
  • Kacang panjang - dipotong memanjang (terpulang nak letak ke tak) 
  • Garam secukup rasa 
  • Ajinomoto secukup rasa 
  • Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah 


Cara membuatnya:

Panaskan minyak. Goreng daging sebentar dan ketepikan.
Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili kering kisar.dan masak sehingga terbit minyak.
Masukkan segala sos yang ada. Sos cili, sos tomato, dan sos tiram dan sedikit air rebusan daging diikuti dengan daun limau purut, serai dan cili padi. Yang ni tak wajib tapi untuk bagi kick sikit kat rasa dia letak sikit asam jawa extra Adabi. Kacau rata. Kemudian masukkan garam, gula, dan ajinomoto.
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau.
Kacau sebentar, dan cuba rasa. Kalau ada apa apa yang kurang boleh lah tambah sebelum letak daging, Kemudian masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama kacang panjang dan bawang besar.
Akhir sekali boleh diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih.



Sos Lada Hitam untuk Chicken Chop!


Sebab ada yang membaca recipe saya ni dan saya rasa teramat terharu maka saya ingin memberi resipi bonus. :D Air rebusan daging yang banyak tadi boleh lagi digunakan untuk membuat sos lada hitam. Senang gila kot. Giniii...

Bahan bahan:

  • 2-3 sudu Margerin
  • Air rebusan daging
  • 4-5 biji bawang putih - dicincang
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • Lada hitam 
  • Garam
  • Air bancuhan tepung jagung
Cara membuatnya:

Panaskan margerin. Tumis bawang putih dan bawang besar. Letak lada hitam dalam 1 sudu besar penuh. Lepas bawang dah keemasan atau coklat letak air rebusan daging tadi dan biar mendidih sampai 10-20 minit. 
Letak air bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit dan lihat kepekatannya. Kalau kurang tambah lagi air bancuhan tepung jagung. 
Akhir sekali letak garam secukup rasa dan walaaahhhh! Siap! 

Beli daging lembu atau ayam dengan tepung kentucky. Kacau telur 2-3 biji. Daging tadi golek golek dekat telur, lepas tu golek dekat tepung kentucky tadi dan goreng. Siap goreng tuang kuah tadi atas ayam. Jadilah chicken chop! Huhuu ;D

December 24, 2012

Pissed off.



Marah dengan orang yang buat janji tapi tak boleh nak tunaikan ni. Lupa awak tu manusia jugak. Sebaik mana pun, se-perfect mana pun dilihat tetap ada kelemahan. Good. It makes you a human at least.


But still..





December 22, 2012

Sungguh tamak. Zoo Negara & Genting H.

Assalamualaikum..

Sambung balik berjalan dengan keluarga hari sabtu yang lepas. Kitaorang adik beradik memang kalau dah dapat berjalan kalau boleh pergi pagi balik tu mesti nak gelap baru balik rumah. :P \

We have some trouble when we want to decide tempat yang nak pergi. Nak seronok tapi tak mo keluarkan duit lebih lebih. Hadoo macam tu ke kan? Lepas dah di tanya Encik Abah banyak kali mana nak pergi lagi then we said we want to go to Zaoo Negara. Mama macam main tarik tarik tali dengan kitaorang. Dia tak nak sebab tempat tu busuk. Hahaha :D but finally we won dan Mama beralah.


Gambar ni ambil masa balik.
Monyet ni memang ada gaya tengah bertafakur.
The same walrus masa the last time pergi zoo masa tadika. :D















Gajah ni menangis while looking at us. Sedih betul tengok dia.. :'(



Excited betul tengok binatang kat situ. Ada burung unta tapi tak berani nak pergi dekat takut kena ketuk. hahaha :D btw kat zoo ni ada flying fox kot. tapi tak tahu lah berfungsi ke tak sebab malas nak masuk tengok. kalau betul ada memang perghh.. aku dah terlepas dua aktiviti flying fox hanya disebabkan untuk menjadi ayu memakai skirt harini. termenyesal. -.-'

Abah tanya either kitaorang nak balik ke tak dan jawapannnya..


TAK NAK


hahahha ;D towrok betul macam orang tak pernah pergi berjalan. abah pun ajaklah pergi Genitng Highland sekadar untuk naik dan jalan jalan kat situ.








Seriously masa ni semua menggigil gigil sebab kesejukan.
Mama comel je pakai kain pelikat Abah. hahaha ;D
Cantikkan bila waktu malam. ^.^

Basically itu lah benda yang kitaorang buat the whole day and that is why aku sukaa sangat berjalan dengan family even pergi econsave je pun. Econsave tak habis habis kannn..
Rasa macam membalas dendam yang tak dapat berjalan dengan keluarga selama dua tahun lepas. hahaha ;DD

We have our own family so gunakan lah masa yang ada sebaiknya. Masa dengan kawan bila bila boleh lepak sesama. Masa dengan bf, gf tunggu je lah dah kahwin nanti have a date lah sepuasnya haaa.. Tapi dengan keluarga jangan lah bawa main main. Keluarga will be there for us anytime we need them so kenapa pula kita tak boleh luangkan masa dengan keluarga even bila cuma duduk rumah je while our parents ada kat rumah tengah cuti. Kan kan kannn...  :)


Tekan SINI untuk post yang pertama pergi berjalan pada hari yang sama.


December 19, 2012

Result PMR dah keluar! :)

Assalamualaikum :)

Lepas subuh terus panggil bebudak bulat semua siap siap pergi jogging. Hari ni awan nampak tenang je, matahari pun macam keluar lambat apa lagi terus torture diaorang jogging jejauh sikit. muahahahahh :P *gelak jahat* tetapi.. kajang pak malau kajang berlipat. eh? ada kaitan ke? :P last last dah nak sampai kawasan rumah kasut sukan tercabot tapak. hoiiiihhh pak malau, pak malauu. -.-' memang malang tidak berbau.

tak lama lepas tu dapat text dari kawan Ain, adikku yang mak aihh tinggi tuuu. tanya pukul berapa nak ambil result PMR. baru leee den teringat harini result keluar. sampai rumah cepat cepat siapkan apa yang patut. around 10.30am terus keluar rumah pergi sekolah terchinta ku. fuhh.. rindu nyeee kat sekolah.

sampai je sekolah ramai dah yang sampai tapi masing masing tengah duduk. rupanya kena tunggu sampai semua budak straight A dipanggil nama atas pentas ambil result baru yang lain boleh ambil. aiseyyy man. lama gila nak tunggu. zaman den tak ada pun cenggini. tadi pun tunggu pengacaranya pukul 11.10 baru nak mula. dalam hati satu je haa.. tolonglah percepatkan sikit. panas dah ni berdiri kat dataran perhimpunan.

nama di sebut, di sebut dan di sebut. sampai nama yang ke 40 kot, diri dah tak senang dah ni. sekali terdengar macam nama yang dikenali,

"Norain Nadhirah Bt Zulhisham, 8A."

"hah? Zulhisham? nama Abah. Ain, Ain! Mana Ain??!"




Alhamdulillah... :') Dia sendiri bila ditanya banyak kali katanya macam tak ada harapan sebab tu aku pun macam relaks jee. berkat dia study betul betul lah tu dapat ganjaran yang sendiri dia tak sangka. :)





tiba tiba dalam perjalanan nak pergi dekat kereta Didot berbisik, kalahlah qila.. -..- kalah 3A je pungg. hahahha :DD



December 17, 2012

Wordless Night?









Entah trip ke berapa cuti ni. Pusat Sains Negara :)

Sabtu lepas is quite fun dapat lagi keluar dengan famili. :D Dua tahun lepas bila cuti sekolah je mesti semester baru nak bermula dan aku ketinggalan banyakkk sangat masa dengan keluarga. Sekarang bila dah dapat alhamdulillah we do really enjoy the excitement together. suka suka sukaa! XD

Keluar rumah tu memang tak decide lagi nak pergi mana then Mama ajak pergi Pusat Sains Negara which the last time aku pergi 6 to 7 years ago. Pergi pun sebab join SEED colaborative workshop. ohmai ohmaiiii.. rindu gila waktu tu. spend 7 days kat KL buat macam macam aktiviti berkaitan dengan climate change and energy siap kena bentang hasil kerja in english u'olls. nasib baik i'olls kena bentang sikit je. lepastu masa tu form 1 so fikirnya nak main jee lah kan. -..-


back to the track. tak tahu pun masuk Pusat Sains Negara tu kena bayar. tapi selamatlah kebetulan ada hari terbuka dapat lah masuk free. fiuhhh.. dapat jumpa Nadia AF yang memang suka gila dengan suara rock dia sejak dia masuk AF. muka dia cantek kot. dapat goodie bag lagi tu sebab jawab soalan betul. clue cuma gambar mulut seorang artis, Dafi. memang sangat sangat bernasib baiklah. :) alhamdulillah..

ada orang kata Pusat Sains Negara untuk bebudak je. Heh. -.- pedulik hapaa kan. tak salah bukan nak mengimbas balik semua yang dah belajar masa sekolah menengah dulu. :P lagi pun kat situ ada flying fox dengan paintball. silap lah pakai kain haritu. kekonon nak feminin sikit. silap silapp...

















      











Itulah gambar yang dapat tangkap dan sedih sikit tak dapat pose dengan Nadia AF sebab tak terfikir. ngahahha ;P ada lagi gambar pergi Zoo Negara dengan Genting Highland tapi lain kali lah kot. Jangan tamak naa.. HAHA :D insha Allah update dalam masa yang terdekat. :)