December 27, 2013

Short updates. Tersirat.

You never realize what you had until it gone.
Di sini nya saya duduk di meja belajar. duduk saja. mood nak belajar nye tak tahu tercicir dekat mana padahal exam lagi few days je. My condition makes me wondering how am I going to the exam hall without people noticing me. Orang kata siapa yang nak ambil peperiksaan tu memang darah tengah manis and have to be careful yet I forget about that.



I'm telling to myself that it's okay and things can get more worst and syukur alhamdulillah for everything.



Good luck to all my friends and not forgetting to myself for this upcoming exam. Doakan yang terbaik untuk kami dan insha'Allah untuk kamu juga kami doakan. :)



p/s: now I realize the reason of why people scared with dentist.


December 18, 2013

Post 2setengah pagi.

Rasa tak percaya dari minggu lepas lagi dah mula tidur lambat. minggu lepas sebab test yang berderet. minggu ni project yang tak nak kalah. Dah tiga minggu okay tak balik rumah. macam terkena balik sebab sebelum ni tiap minggu balik. nasib baik tak ada nak rasa homesick bagai ni.


Alhamdulillahh :') so far lepas dah mengadu damba sebab tak dapat jadi macam diri dulu balik sekarang dah okayy. Hewheww.. suka tapi senyap je. Dah memang sekarang tak nak cerita semua benda dekat social network. nak lebihkan kepada komunikasi dengan orang sekeliling.




mula mula pergi event gambar atas ni memang rasa,

"Please nak balik, nak balikk!" 

tapi yang baiknya release sikit tensi bila pergi dan paling utama makan free. orang bahagia memang tak ingat nak diet macam aku ni. harharr please gelak. malas nak timbang berat. timbang ilmu di dada je lah.


tahu tak sekarang dah pukul 2.30 pagi. apa aku buat ni tak tidur lagii?! kalau cerita kenapa tak tidur lagi ni aku confident orang akan turut terbengang tahap speechless dan emotionless. Yang penting sekarang buat yang terbaik bila di beri peluang kedua. Campak tendang yang keruh, ambil yang jernih. Maybe I should take a nap like a few minutes lepas tu sambung bahagian kerja aku.


Sempena cuti yang bakal mendatang harap diri rajin terlebih lebih nak hupdatee blog.
Amin! :)


November 19, 2013

Benci. I just really wish...





Just passed few days aku ada wrote something dekat blog ni tapi macam biasa save je. Duk diam diam dalam draft tu tak payah publish. Bencii. Benci sebab I'm not a good writer like I used to be. Tapi macam bagus sangat apa yang aku tulis sebelum ni sampai melalut bagai tu kan. Hookenggg mimpi sangat.
Lagi satu, I don't even make a time for myself untuk relax and enjoy myself walau untuk a little thing in my life macam buat sarapan sambil layan movies, buat some art-thingy macam conteng kertas a4 sampai tak cukup conteng meja pulak ke, edit gambar, tulis blog. Anything yang buat aku rasa bahagia. :') Hukalohhh..
That's probably one of the reason kenapa aku tak berapa nak suka life aku sekarang.


I'm not happy.




Sedih memanjang. Seriously aku sedih je untuk semester ni. Tambah pulak demam ganti batuk ganti selsema hamekk aku jadi makin depressed makin stress. Nak senyum gelak tunggu balik rumah baru lah puas buat tu semua. Dapat kacau cari gaduh cari pasal dengan adik adik, dengan mak ayah pun boleh jadi kadang. Bila macam tu memang bukan muka orang lain yang balik rumah setiap weekend kalau bukan muka aku. Dah macam tak peduli apa.

I just really wish I can back to myself again.






October 16, 2013

Macam Mana Nak Sewa Rumah?

This would be like the first after ages tulis post dengan something yang bermanfaat untuk orang yang baca. berblog tentang hidup peribadi yang tak berapa nak peribadi sebab update twitter hari hari pun dah jarang. ni nak update blog yang bermanfaat pada orang ramai. mimpi sangatt nak buat macam tu. tapi tadi dah tersebut dekat previous post dan pernah terniat pun. teruskan je lah apa yang nak dibuat.


Menjadi pelajar di Shah Alam toksah letak walau 10% harapan nak dapat kolej semester depannya. WAJIB mencari rumah seawal mungkin sebelum balik kampung halaman. kalau tak cari memang menangis nak cari. lagi lagi yag suka buat kerja last minit. confirm stress.





Maka dengan itu, bagaimana caranya kah untuk memulakan pencarian perumahan sewaan?

  1. Bertanya dengan kawan kawan atau senior.
  2. Melalui internet. mudah.com atau facebook page rumah sewa shah alam. Sebagai contoh: Rumah Sewa untuk Student ada banyak lagi page sila jangan malas. lagi meluas sampai tak terbaca semua kalau cari dekat google.com dan search. 

Itu bila nak mula mencari. Bila dah nampak calon calon rumah sewa ni apakah lagi yang perlu dilakukan?

   1. Senaraikan rumah sewa dan tulis sekali sewa dan kemudahan seperti 
      - fully furnished/half furished
      - 10 minit dari fakulti
      - parking motor/kereta yang banyak
       tapi jangan kemudahan ingat tapi kelemahan dilupakan. ni bukan nak cari kawan kena terima semua       
       dengan seadanya. hehehh tulis sekali kelemahan;
      - tiada dapur
      - tiada dobi yang berdekatan
   2. Dapatkan nombor contact tuan empunya rumah dan tulis sekali dekat list rumah sewa.
   3. Bagi yang guna prepaid sila beli topup sekaranggg juga. contact tuan rumah untuk bertanya ada 
       kekosongan atau tidak. Bagaimana dengan deposit berapa ringgit? 
   4. Bila dah dapat short list untuk lebih kesahihan dan lebih yakin rumah yang perlu di sewa buat satu
       lawatan kerumah rumah tu. Nak pergi jangan pakai redah. Buat janji dengan owner rumah.
   5. Bila dah buat lawatan mesti banyak rumah dapat tanda 'X'. Ada baiknya tengok rumah masa 
       penyewa masih ada lagi di rumah so boleh tanya sendiri apa lebih apa kurang dengan rumah yang 
       mereka duduk. 
       Lebih penting tanya tentang owner rumah jenis ambil kisah atau cuma tahu duit sewa bayar cukup bulan.





   6. Dah pasti dan yakin dan suka dengan rumah tu terus bertanya tentang agreement rumah supaya tak tertipu dengan bayaran deposit dan sewa.


Dekat shah alam nak dapat rumah murah memang payah sikit kadang. Kalau boleh elakkan rumah kedai sebab agak bahaya. macam macam kes tentang rumah kena pecah sampai ada penyewa yang kena ikat. Tapi kalau dah terdesak dan tiada pilihan kena sentiasa berjaga jaga bila tinggal dekat rumah kedai. 

Itu je kot step and a few tips yang boleh diberi. mungkin boleh fikir sendiri semua ni tapi untuk elak cuai dan perkataan 'kalaulah...' di masa hadapan baik prepare dari awal. 



Berkelah Sakan di Tasik Kura Kura. #throwback

Sempena cuti bertemankan orang dekat rumah ni berdengkur siap bersambut sambut aku nak tulis sesuatu dekat skrin ni. Lama benauu nye tak aktif. Dapat pulak smart phone dah memang aku tak ingat dekat laptop ni. Ingat cuma bila nak tengok movie baru dengan buat assignment. Masa tu baru beria ria nak menghadap laptop.

Tajuk post pun throwback. memang betul betul nak throw back segala macam yang dah jadi selama berminggu minggu mula belajar dan duduk dekat rumah sewa. probably I will create some post for student yang mencari rumah sewa. It's a tips. sebab aku dah ada pengalaman walau baru sekali ni haruslah juga dikongsi. jangan kedekut.


28 september 2013
Tarikh paling seronok sekali dan tak menyabar sebab nak berkelah dengan kura kura dan itik di tasik. hahaha menyabar je lah dengan diri sendiri yang boleh seronok dengan benda macam tu je. masa tu tak merempit lagi maka beramai ramai kami naik public transport. tak payah risau jalan, tak payah risau minyak. bayar bape sen je dah sampai. tapi bila sampai tasik sempat beli air. makanan masak, bawak. tapi air nak beli jugak. berat. malas nak bawak. :P


Kepedasannya sama pedas macam kepekatan warna merahnya. T.T





Cadang nak makan bersebelahan dengan itik tak jadi sebab tak bawak tikar.
Kenapa tak bawak?
malas. -..-







Sebagai penutup bersarapan di tasik antara karaoke dengan bowling.
bowling jadi pemenang!





Bagini hahhh nya salah satu cara nak menyeronokkan hati dari teringat rumah. padahal mama suruh balik rumah waktu ni sebab ada kenduri. tapi janji dengan kawan 2 minggu sebelum tu. tak kan nak batal macam tu je. janji harus ditepati. *konon*


Ceritanya panggil tasik tu kura kura sebab masa pergi dulu excited tengok kura kura melambak lepas tu bagi makan bebanyak dengan harapan kura kura gemuk menggantikan kami. boleh tak macam tu?


Lepas ni nak sangat lagi buat macam ni. nak kekalkan semua muka yang dalam gambar dan tambah semua kawan kawan sri iskandar. lagi ramai lagi meriah. lagi seronok lagi banyak kerenah. lagi banyak kenangan lagi banyak senyuman. Ewahhhh  :D




September 26, 2013

Tak sikit. Tak banyak. Ada lah juga sesuatu untuk diberitahu.

Bersyukur tiba tiba sampai cahaya hidayah nak update. Sekejap hilang sekejap ada. Kadang rasa selesa tak update sebab tahu ada punyee orang yang skodeng. Kadang rasa rindu rasa sayang dengan blog ni yang macam macam benda ada. Entah bila nak sedar diri ni tak sebesar kuman pun dalam dunia ni.



Seronoklah sebab saya dah semester ke-4! :D Empat tau. EMPAT.
Alhamdulillah syukur tak terkira. :')

Menangis nangis lepas jawab soalan sebab tak boleh buat elok elok semester lepas. Haha gila rasa mengada ya amatt. dah jawab paper tu senyap je lah kan. nak nangis nangis. cengeng. tekad kalau fail nak benti duduk rumah tunggu orang masuk minang. ini lagi burok macam kain burok punya perangai. okay gurau. jangan rasa aku serius sangat sekarang ni. kalau dah lepas waktu tidur aku memang suka merepek meraban.


Untuk semester baru sebab dah title budak degree jangan nak mengada sangat lah kan berharap dapat kolej. tapi jauh di sudut hati memang mengharapkan sesuatu yang ajaib begitu berlaku. tapi malangnya walaupun aku tak dapat duduk kolej masih tetap rasa sungguh hoorayyy! Alhamdulillah.. Horay dan bersyukur sebab dapat satu rumah dengan kawan baik yang awesome. *kelip kelip mata* XD

Gilaa tak suka dapat duduk dengan orang yang dah bersama tika gelak merajuk nangis naik angin masa diploma kat Perak. pengalaman yang tak boleh beli kat mana mana.

seriously I know and I realize I won't be me now if it's not because of them. this people. a bunch of crazy macik nenek akaks adiks yang menjadi reason for who I am. this is how a good good friend say thank you to their friends.


Selongkaq dapuq pepagi bute,
Terima kasih laaa kawan kawan ku yang cun cun belake.
Cari makanan tersorok tersimpan,
Kenangan dan pengalaman takkan ku lupakan,

Sekian.


Apa ke fail sangat pantun. dah lah tak sedap. tergantung pulak tu. memalukan diri. please nak sorok muka sekarang ni. tapi pantun ikhlas macam ni tak boleh dapat mana mana okayy. Ahakss.
Banyak bendaa nak cerita tapi dah lapuk nak cerita. jadi tak best dah. harap post yang tak best kali ni tak merosakkan mood sesapa. kalau rosak habaq kat ceq. orang kata berkongsi cerita boleh meringakan beban. hehehe

Assalamualaikum..


July 20, 2013

Cuti Wesak Jauh Melangkah. :) Pahang, Terengganu, Kelantan. Part 2

Sebelum memori mula membeku, elok sangatlah mula ingat balik cuti cuti pergi Utara last holiday yang dah banyak kali tangguh nak update. Update! update!!

Secara jujurnya Kelantan memang ada pantai yang cantik tapi kalau bab shopping dinasihatkan at least tahu slang Kelantan bila nak bertanya harga or else akan rasa hampa dengan harga barang yang bila ditanya dengan bahasa Melayu tanpa ada slang. Bukan kali pertama terkena. Masa pergi Kelantan rombongan meminang sepupu tu pun kena macam tu.
Luckily kak Wani bakal isteri sepupu yang dipinang tu was there and suddenly the price for the same thing at the same gerai when she asked with Kelantan slang bertukar ke harga yang sangat rendahhhh!
Songih je lah yang mampu.

Kelantan tunggu dulu.
Ada beberapa gambar yang tak letak haritu sebab terlampau banyak so kali ni letak sekali. :)




Gambar pemandangan dekat Pahang.






Keropok lekor dengan air kelapa dekat Terengganu memang nampak menggoda tekak untuk rasa.
Kalau pandai pilih gerai memang sedap kot but so far keropok lekor gerai tepi pantai tu tak berapa nak sedap di tahap sepatutnya. I mean, makan keropok lekor dekat Terengganu so the expectation for the taste of course high kan? Banyak ikan, kurang tepung and the sauce shouldn't taste like cuka semata mata.







Dan bersediaa untuk Kelantan!

Mama did booking earlier dekat pagoda.com kalau tak silap untuk dekat Kelantan ni and she choosed Ridel Hotel. Berhadapan dengan tasik, ada scenery yang cantik. Dekat situ tengah bandar yang dikelilingi tempat tempat menarik utnuk dikunjungi macam Muzium Islam, Muzium Tentera and so on. 

Nama muzium tu semua main taram tapi basically itulah yang ditunjukkan dalam Muzium muzium yang ada kat situ and we only managed to go only to two Muzium sebab langit yang semakin gelap dan Master bersama Madam duduk dalam kereta yang agak jauh dari keberadaan muzium tu. -.-













Tukar kedudukan katil sebab nak dapat pemandangan macam ni.
Hehe :P
Ada sebab pilih hotel tengah bandar. 
Tak perlu menempuh traffic light yang banyak untuk pergi tempat tempat menarik yang cuma dalam jarak 2km je dari bandar. Seriously. 

Pemandangan depan hotel pada waktu senja.
















Tempat shopping kalau nak banyak pilihan semestinya tempat dibawah ni.








Maka dengan itu tamatlah percutian di Utara.
Nak pergi bercuti dekat 3 negeri ni memang plan kena baik punyaa. Terima kasih dekat Madam yang buat plan dengan baik walau kami tersasar banyak kali sampai terkeluar dari jadual asal.

12.15 malam dan mata dah mengantuk. Tak sepatutnya update waktu ni tapi nak tunggu bila lagi kalau bukan sekarang. So, goodnight buddies and have a nice dream.
Assalamualaikum. :)


Untuk entry yang pertama, Part 1









July 3, 2013

Sinopsis Sependeknya Tahun Pertama Degree di SA.

Terjebak sekejap dengan penulisan blog. Kata nak buat second part untuk ekspedisi menjelajah negeri utara (ekspedisi lah sangat!) tapi tak menyempat lagi. Di butai dengan benda lain bila ada masa free. Maaf untuk itu.. *nanges*

Okay dah jangan berdrama sangat. Sekarang tengah minggu exam untuk budak budak degree termasuklah orang yang tengah study ni nak bayar bil tapi tersangkut di pertengahan jalan sebab online banking traffic dan terus gatal nak berbelog kejap.


Saya melalui minggu minggu yang sukar pada permulaan masuk ke degree. (sopan sesangat guna saya untuk ganti diri. :P) Permulaan melangkah ke dunia pembelajaran yang berbeza di tempat yang berbeza agak sukar yee, tapi dalam bahasa mat salleh orang kata, 'All the beginning is difficult'. Kesimpulannya memang normal lah kalau susah sebab nak kena adapt diri dengan suasana baru.

Masuk pertengahan semester jadi sukar jugak sebab problems with love and stuff. Apparently I can't separate my emotion dan boleh rasa perbezaan pada diri dan kesian dekat kawan jadi mangsa. Haha Sorry babe. I just can't hold it. Terima kasih sesangat pada dia yang tetap di sisi walau emosi ku bercampur baur dan dia jadi mangsa. Ehemm.. Dia di sini adalah kawan saya. Yang si dia lagi satu telah ku lepaskan bebas di belakang.



Dann sampailah sekarang tup tup tengah final exam for my first year in degree. :)
For now memang tak ada rasa berdebar. Tapi tunggulah bila exam untuk final semester. Confirm berdebar debar sampai nak terkeluar jantung bila nak amek exam.



Banyak sangat dah mencoret dalam blog yang kian tidak dikunjung ini. Sebab exam pun tak habis lagi dan maaf lah kalau terlambat, dekat bawah ni ada doa untuk orang yang nak ambil peperiksaan.
Insha Allah bila terasa lagi nak update, next post tentang cuti cuti Malaysia tu na.
Till then. Assalamualaikum. :)



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.

June 8, 2013

Cuti Wesak Jauh Melangkah. :) Pahang, Terengganu, Kelantan. Part 1

Assalamualaikum :)

Balik dari cuti wesak bukan main lagi sibuk memanjang. Sekarang baru sempat tulis sikit mana yang mampu. Hehe ;D

Be ready sebab post ini akan ada gambar yang sangatt banyak dan tak sempat nak curi masa untuk combine gambar gambar tu.


Kuantan, Pahang

Kuantan become the first place kitaorang pergi. It's really fun sebab dapat mandi manda dekat laut. Tapi mandi laut kejap jee sebab panas. Lepas tu pindah pergi kolam. Hihi mengelat. pergi pantai tapi mandi dekat swimming pool. :P






Nak recommend tempat untuk pergi tapi kitaorang tak ke mana sangat pun and duduk situ pun satu malam je and the only thing kanak kanank riang macam kami buat ni cuma mandi manda jee.

Sampai kena bising dengan Puan Mama sebab actually the second day we're supposed heading to Terengganu tapi boleh pulak kitaorang mandi laut, main main dengan anak ketam. Rasa nak bela. Bila dah besar tinggal buat masak lemak cili api je. :')


Terengganu

Tempat kedua pergi Batu Buruk, Terngganu dan rasa sedih kat sana. :"(
Sampai sana dengan harapan dapat lagi mandi mandi tapi laut situ bukan untuk mandi. Curam. Swimming pool pulak buat gua rasa berapi. Homestay depan kitaorang punya lah besar pool. Kitaorang punya tak de. Mati kutu duduk situ.



Puan Mama ajak pergi pasar dekat situ and we ended up jumpa taman rekreasi yang sangat interesting. Benda benda ni ada je dekat UiTM tapi jauh sangat so tak pernah pergi. Masa ni lah memasing tunjukkan kekuatan memasing. Exercise feeling dalam gym. Tak lama tu penat. Tak sedar lepas tu balik kena jalan kaki jauh. =.='

Hari kedua baru sampai, hari ketiga dah kena gerak pergi Kelantan. Tapii.. tak tinggalkan Tengganu macam tu je. Singgah sekejap dekat Taman Tamadun Islam yang sangat cantik tempatnya.



Nak masuk kena bayar dulu untuk dapatkan passport. Eceh.. dah macam nak naik flight kena dapatkan passport bagai.

Sebab aku ni gilee sikit bila nampak Masjid mesti nak tangkap gambar so masuk dalam tu macam tak betul sikit. Gile kat sini bermaksud excited lah. Jadi tamak. Semua replika masjid kat situ nak tengok.

Masjid masjid yang ada tu semua dari serata negara. Nigeria, Perancis, Acheh, Singapura, banyaklah. Nak namakan satu satu tak dapat sebab passport yang ada information of all the mosque ada kat rumah.

So, dapat tengok tengok je lah yea. :)



Tiap kali tengok replika we did mark at the side of the picture of mosque so tak ada lah tertinggal mana mana replika.





Even the view looks beautiful.












Dekat sini ada a few option kalau tak nak penat jalan kaki. One of it as you can see dekat gambar bawah ni. Tapi of course kena bayar. Nothing is free in our country yer.














Kalau ibu ibu bapak bapak nak bawak anak anak kecik berseronok, kat sini pun ada mini fun fair. Tapi tak tahu lah dia functional ke tak sebab hari kitaorang pergi tu tak bergerak pulak benda benda tu.


Dan ini! siapa yang tak tahu kan. Masjid Kristal. Cantik sangattt. :')





Dah pergi Terengganu jangan lupa merasa keropok lekor sana. Dengar cerita nak sedap sedap cari dekat Terengganu je. Dalam perjalanan nak balik terjumpa gerai keropok lekor ni dan rasa dia sedap! Rasa ikan fresh, sambal cicah dia pun sedapp. Tak rasa sangat cuka macam sambal keropok lekor yang lain.



500 lebih gambar dekat dalam  Taman Tamadun Islam saja. Terserlah bukan kegilaan saya.
Dan sekarang tenang tenang. Post ini akan bersambung. insha Allah.. takut tak ada masa. till next post!

Untuk post yang kedua! Part 2