April 29, 2011

today, starving and craving tako oko!

Morning sedawrihh dan sedawrahh ! *perosak bahasa betoi

Awal betul aku bangun pagi neyy. huhuee.. well, kena la bangun awal since I already promised to my roomates that we will go to our college office to fill up clearance form this morning, satisfy our stomach with some breakfast kat uptown together gether sebab malam semalam we're starving macam gile, then maybe have a minute date with mah sayang. sedang ku menikmati pagi yang cerah, menunggu roomates yang sendiri ngaku susa bangun pagi tu aku pun buka lappy baby ku ini then suddenly, sedih nya ouh sedih...

HUJAN la LEBAT!


macam ner na balek kalu ta isi form, perot ku pun suda lapaaq! hwaaa...  :'(

but still i feel syukur Alhamdulillah.. sebab hujan itu merupakan rahmat. behari hari, beminggu dan berbulan budak budak kena tempuh panas terik lepas je matahari memunculkan dirinya. harini cuaca menyejukkan kami pula..

Takoyaki
talking about starving, i'm craving for takoyaki and okonomiyaki right now. im soo craving for it till i can finish all of it by myself. lalala...  ;)






Takoyaki is one of my favourite food. There are shrimp, squid, crab and sausage flavour. It's a japanese food and you can buy it at Dani Dana Takoyaki.


Okonomiyaki
I'll choose this than pizza. :)
I always mentioned about takoyaki and I never mentioned this okonomiyaki. so, listen here..

Okonomiyaki looks like a pizza but it's totally not. it so delicious and creamy i can say. u can eat it with another one or two people. but for me, i can finish it byself. itu pun kalau seharian ta makan la. kalu ta, ta larat edenn..

if you never taste it before and you love to try a new thing, i prefer you this food. the food is waalaahhh!

April 28, 2011

Algebra kari ayam.

habes paper tadi saket kepalanye bukan maen lagi uii.. so balek je teros lelap kejap. tapi lelap kejap pon still saket. then ingat maybe sebab perot ta berisi. na beli rasa malas+pening pastu teringat lah...

haritu balek rumah pastu shopping dengan mama. mama recommend aku dengan makanan dalam tin Chef Wan. memula tak berkenan langsung. lepas tu tadi baru teringat nak bukak. kari ayam wohh. yummyyyy... meleleh lah air liur korang tengok aku mkn kari ayam. tapi mkn dengan biskut je. bhahaha.. first time aku buad. kalu makan dengan roti tu normal la en. biskut??? agak pelik sedikit di situ. not bad lah kari ayam tu. cube try.

so dah makan kari ayam tu dengan lahapnye, haha. nipu. ta de lahap pon. still saket pale neh. gara gara paper Algebra tadi la nie kott. ish ish ish....

tadi kemas baju baju
kasut, iron, water heater, 
baju, buku buku, 
hanger, baju lagi, seluar, 
carpet, beg, pinggan, baju sekali lagi,
cawan, fail and again baju.
hehehe..

selesai suda pack barang. ta terasa pun nak balek. tapi nak balek. nak goyang goyang kaki kat umah. haha! memang tak lah aku nak goyang kaki. banyak kerja kerja yang menanti ku di rumah dengan setianya..  :)
ouh yeah. im hoping to meet with all my friends. na jumpa! na jumpa! tu je. fin.  ;D

April 25, 2011

what i need?

when i saw you..

saw you for the first time when i was in 'pasar maLam'. it should be called as 'pasar petang' sebab seawal pukul 4petang pon dah ada gerai yang di buka. so when i saw you i was like,

"Eh, handsome whattt mamat tuh."

i said to my friend. im saying like that because i already saw ur picture before that. you walk with your friend. i assumed, maybe you just return from your class.

so i thought it will be just like that.. 
i saw you, i continue buying my meal and going back to my room.
tu je lah kan kan.

but then i saw you for the second time kat uptOwn. you wearing ur kemeja. even for the first time i saw your picture, you are wearing white kemeja, blazer without arms (i dont know what they call it) , with red tie. haihh.. anak siapalah itu. hee..  i really like it when you wear your kemeja. you already knew that kan kan. that was the second time kat uptown. i thought u didn't realize me.  :)

for the third time is when u being MC for your sports day. it's a Very bright day. you are too busy and you looks like didn't care about my presence. apahal lah en. dah nama pun busy. at that time, what else to do. so, the third time ta amek port pon lah.

after that for the fourth time finally we're officially meet each other.

we talk and talk, and talk and talk

actually not 'we', but you. huhuee.. saya bukannya malu. saya cuma segan. *seganlah sangad. sampai sekarang still tak banyak cakap padahal realitinya mulut ney suke bertutur kata. the fourth time meeting i begin to likE you.

starting from that day, we meet almost every day. only God know, ouh i forgot my roomates, and also my roomates know how do i look everytime i want to see you. senyum dan sengih tak ubah macam kerang busuk. haha...  ;D

second by second, minute by minute, hours by hours, and so on lah kan. 

we busy with our assignment and after that busy with our final exam which we're in examination week now. we rarely meet each other. dapat webcam dah kire bertuah.

sampai lah tadi petang i saw you while i want to buy my lunch pukul 5 kat uptown. uh, lupa na cakap. arigato' roomates yang disayangi meminjamkan duet sebab diri ini terlupa nak bawa dompet. continue back. sampai  lah tadi i saw you lepas tu cakap cakap kejap, and then you walk away and until you lost from my sight and then


i started missing you 
as soon as we said 
goodbye.


selalu macam tuuu.. susah kalau dah dapat penyakit 'kronik' neh. macam nak karate je but i rather to have that 'kronik' diseased so i will always remember that i have a handsome pakwe. yeah yeah i know you will said you are not but at least dari mata ini ya.

if you realize... ta realize? gi carik pi. hehe.. memaen je.. everytime we meet we got an alphabet that when we combine it becomes this word.

L O V E

setelah sekian lama, saya terlupa saya neh golongan penulis-tak-berhati-perot-terhadap-pembaca. so rasa mual ke, rasa nak amek baldi ke silakanlah. i just want to said to my boyfriend that I love him and miss him.


 Muhammad Ikram Bin Othman.
:)

April 21, 2011

berdansa dansa.



I found this video while selongkar all my pictures dekat web. Aisha is really good in dance when she was a little. and she looks tembam. :)

aku dikira lucky sebab rajin upload gamba dekat intenet for public and private view kire maseh banyak lagi gambar aku yang terselamat. ouh. untuk pengetahuan anda lappy ku telah diformat dan segala gambar masa sekola dulu dan gambar ku bersama bf ku telah hilangg. tiada 1 pun yang terselamat. :'(

April 20, 2011

a moment to remember.

have u ever watch this korea movie title 'A moment to remember' ? ta penah lagi ? cerita nie dah lame, 2004 tapi baru haritu aku tengok. this movie really really touch me and i want to watch it again but i have to study so terpaksa tangguhkan. camne yek nak terangkan apa yang tersentuh sangad dengan cerita nie. korang try la tonton sendirik. baru paham. :) memang lah tak de mamat korea ensem and comel dalam cerita nie tapi mesej yang korang dapat dari cerita nie teramat mahal value-nye. bagi aku mahal lah and aku tak pernah tengok lagi kisah macam nie. aku  tengok nie pun secara tak sengaja. ingat cerita ape lahh en. naseb baek bestt and sweet sangad.

Paper dan fatwa terbaru.

apakah yang sedang anda lakukan? online pada minggu peperiksaan dijalankan? apakah yang telah terjadi? oh oh tidak tidak... *tak tau nape aku guna ayat kamus dewan. rindu BM kot. ;D

first paper aku calculus. baru jeah pagi tadi. first time aku rasa takot and risau nak amek exam. spm dulu tak de pon nak risau. selamba badakk jeah aku masuk dewan periksa tu. patut lah result aku pun selamba badakk jugak en. semua huruf ade. baru aku tahu. hehe.. masa amek exam tadi aircond direct kena dekat aku memang terbaek. sejuk sampai kebas jari jemari ku ini. macam mana aku nak jawab calculus dengan keadaan macam tuh? salahkan aircond kalu aku fail ! haha.. alasan semata. bole terima tak agak agak alasan tu? umm.. adek aku pun bole jawab dgn pantass tanpa pikir. ish ish ish.. kalau dah salah sendiri aircond pon boleh dijadikan alasan.

i found this article and agak terpelik bila baca. first time aku dengar fatwa macam tuh.

Haram hukumnya bagi seorang muslim lelaki untuk menikah dengan gadis satu kampung.
Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?
Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat,
apalagi satu kampung...

April 18, 2011

Sukaa balik tapi..

jumaat malam aku sampai rumah and today i have to go to perak balikk. memang seronok balik. seronok sangadd !  hari sabtu baru buad 2, 3 soalan mama dah panggil ajak kuar. since i didnt go home almost 2 months, so banyak benda yang mama nak buad tertangguh because of me. so we have to settled it that saturday. ahad pun sama jugee.

tapiii... still i will checked both phone yang aku pegang every second. new message? aha.. tak de. missed call ? lagi lah tak dee. its okey. i do understand. busy. sorry if im not like someone that u know this before since what i've been through. i became over-sensitive and i dont know why. both of us have our own problem and i try to shared with u this before but i feels like i didnt get the response. anyway,

i just miss you. thats all.

April 13, 2011

diduga sekali lagi.

to those who read my last post. i'm sorry for making korang rase suspen. :)

okey. back to my current mood. sedih sangad. ta payah cakap lah sedih macam mana since berlakunya kejadian yang teramad tidak dapat diduga. while writing this actually im not feeling well. dengan badan rasa penad gile sebab kena 'torture' dengan coach baru. dah habes jogging 1 U and doing some exercise for 2 hours. habes pukul 7ptg, tapi aku baru minum air pukul 10mlm tadi. itupun baru teringad nak minum. *3 jam pon kau nak kecoh Aqilah Lala.

habes kelas koko petang tadi aku start rasa excited nak amek paper calculus malam nie. then aku seluk beg aku nak amek phone, dalam hati nak call buah hati. tapiii... phone tak ada. hilang. to make it more worst, it's not my phone. since my W508 tengah gilee. rosak dalam erti kata laen. so i borrowed my roomate phone because there many thing that i have to settle. i need to call people to settle my work. and this Friday insyallah i will go home so i need phone to contact with mama. tapi macam nie pula jadinya. kiranya aku amek paper calculus tadi dengan kepala rasa serabot. aku rasa aku dapat 0 lah. aku tak tahu apa yang aku jawab tadi. kepala duk pikir macam mana aku nak bagitahu roomate aku tu and pikir macam mana nak ganti balek phone kawan aku tu. kerja la kot. ouh. lupa nak bagitau. bukan aku cuai okeyy. phone tuh kena curik and my other friends ada yang hilang duet.

kenapa lah berlaku time aku nak final nehh. haihh.. okey qila. cool down okey. kenapa aku diduga begini? anggap je lah dugaan dan adanya hikmah disebaliknya.

pelik. perut sakit. sebab lapar ? baru lepas makan. but still sakit ? *macam macam penyakit betol macik neyy.

April 12, 2011

mengapa diduga begini?

dia yang menjadi peneman ketika aku sunyi dan bosan. sentiasa gembirakan aku dan dia juga pernah menyebabkan aku menangis. tapi aku tak kisah  langsungsebab aku sayang sangad sangad dekat dia. aku dikenalkan dengan dia tahun lepas beberapa minggu selepas aku masuk semester pertama di U.

haritu dalam hati aku dah berniat nak meluangkan masa dengan dia. gembiranya bukan kepalang. excited aku nak balek dari kelas. sepanjang perjalanan dari kelas ke bilik aku tersenyum memanjang. since kerja aku pun tengah melambak. so aku plan nak buad kerja aku dengan dia. dia selalu tahu bagaimana nak selesaikan assignment aku. aku suka. tapi atas sedikit kesilapan, dia menjadi sakit dan tidak lama kemudian dia terpaksa aku hantar masuk ke wad..  sedihnya aku tidak dapat diungkap dengan kata kata. risaunya aku tidak seorang pun dapat memahami. cuba untuk mengharapkan pertolongan tapi semua kelihatanya tidak endah dengan keadaan aku.  :'(  aku redha sahaja. dia, D bukan nama sebenar.

2 minggu kemudian kenalan aku sebelum aku masuk ke U turut sakit. aku mengetahuinya ketika aku berada di dalam kelas. aku jadi tidak tenang untuk belajar. aku jadi semakin sedih. susah untuk aku menjalani hari hari aku tanpa dia di sisi. dia halwa telinga aku pabila aku bosan dan ketika aku sedang belajar. roommates aku pernah berkata aku macam orang tak betul ketika belajar sambil mendengar dia bersuara. tapi aku hanya tersenyum mendengar itu. sekarang aku jadi rindu sangad dekat W.

mengapa aku di duga begini? D sudah pulih tapi dia tidak seperti dulu lagi. dia berbeza sangad. orang kata dia sama sahaja. tapi aku tahu dia dah lain dari D yang aku kenal dulu. tapi tidak mengapa. aku tetap gembira dengan kehadiran dia di hari hari aku.

W aku tidak tahu apa aku perlu lakukan sekarang. aku harap cepatlah pulih dan kembali kepada W yang aku kenal dulu. tolonglahh bersuara kepada aku kembali seperti dahulu W508 !

ouh yeah. selamat kembali Dell ku sayang !

April 10, 2011

normalkah?

rasa macam tak normal. tapi ramai yang kata normal. kadang kadang wajar untuk rasa begitu. walaupun dengan memikirkannya sebentar saja hati akan rasa sakit. dan kemungkinan untuk orang itu rasa sakit hati juga ada tapi apa boleh dibuat apabila ia sukar untuk dinyatakan. ada yang kata tidak ada apa yang perlu di risau tapi.. bukan risau yang dirasai. sebab percaya benda buruk tidak berlaku cuma rasa tidak tenang bila ia selalu disebut atau terlihat. mungkin semua itu untuk beri kefahaman kepada diri aku sendiri tentang apa yang dirasai orang laen tatkala aku yang melakukannya.

April 9, 2011

GemuKolesterol dan KuruSangat?

perhatian! post kali ini amat panjang. *pernah ke post aku tak panjang? timbul kemusykilan di situ.

tahu tak orang kurus tak semestinya sehad? tahu. okey. then mesti lah tahu en orang yang gemuk tu tak semestinya tak sehad. kenapa? kenapa? sebab..  mai ceq habaq kat hangpa semuaa naaa..

did you know fat dalam badan kita sebenarnya tak pernah hilang atau dibuang atau berkurangan jumlahnya. tapi sebenarnya ia berpecah menjadi kecil dan kecil. contohnya bila kita exercise or jogging. ouh. dah tahu ke. okey okey.

bila disebut lemak selalunya ia akan diiringi dengan perkataan gemuk. banyak makan so gemuk lah. macam mana orang yang banyak makan tapi still kurus jeah. sebenarnya tu lagi merbahaya. lemak tak bahaya pun pada manusia melaenkan ia adalah lemak yang terdiri dari kolesterol yang jahad or nama saintifiknya LDL, Low Density Lipoprotein dan kolesterol yang baek or HDL, High Density Lipoprotein pula melarutkan LDL korang. kalau ada antara korang yang suka sakit kepala lah, migrain lah. banyak kolesterol jahad lah tu. LDL yang banyak menyekat pembuluh darah korang dari sampai ke kepala sehingga menyebabkan korang jadik saket pale.

i always telling my friends that daging ayam beribu ganda lebih baek daripada telur. putih telur tak pe. jangan kuning telur yang ada 2000mg kolesterol. dan ayam pula hanya ada 50mg je kolesterol. jaoh bezakan? telur actually is one of my favorite gak. sedak kottt. sandwich telur, telur masak sambal, makan nasi buh kicap dengan telur pun boleyy. haha.. okey. enough enough. kurangkan makan telur. lagi lagi telur burung puyuh. nampak je comel, kecik tapi 3640mg kolesterol yang terkandung. how about chocolate? baek kot untuk kesihatan. tapi cokelat yang pahit lah. bukan yang manis tuh. naseb baek aku suka cokelat pahit. hehe..

this is list of my favorite drink and food yang dpt turunkan kadar kolesterol:
  • cokelat pahit
  • barli, air barli.
  • walnut, badam.
  • bayam, tomato, brokoli
  • tempe
  • teh
  • anggur

  • jus avokad 
  • tuna, sardin, salmon, kembung
  • whole-oat cereal
  • yogurt


itu pasal kolesterol. macam mana dengan kurus nak jadik berisi? pegi gym lah. exercise. one of my friend have tried this before but he said semua tu tak berkesan. exercise and gym yang berkesan ada peringkat peringkat nya dan perlukan masa dan cara yang betul. bukan boleh berkesan terus. contohnya nak kurus jadik gemuk. harini makan burger 5, 6 lapis esok boleh gemuk teros. betul ke? memang tak laa..

ramai lelaki yang nak badan berotot sebab girls sukee and nak showing off. ouh puh-lesss ! hehe..memaen je. kalau tahu fungsi alat and machine kat gym tuh tak cukop langsung. nak dapat 6 pads, lengan berotot, sasa. semua ada caranya. nak tahu search lah kat internet or u can ask me secara face-to-face. cewahh. memaen jee lah ! tak tahu. tak tahu. :P sedangkan ada yang buad sit up pon salah gaya. sit up yang betul boleh korang rasa kesannya dekat dada. bukan tangan yang sakit semata mata.

panjang aku membebel pasal kesihatan harini. aku tak terer pon bab bab nie tapi ilmu untuk dikongsi bukan. :)  

ouh yeah. merokok menyebabkan berlaku halangan aliran darah ke jantung. so, smoke is BAD. jangan merokok. berhenti merokok. cuba berhenti. 

April 8, 2011

balek rumah. jelesss !

selesai quiz for calculus, all my classmates dah kecoh kecoh sebab nak balek. aku neh still tak balik balik umah. untung lah mereka mereka termasuk ada orang tu en sebab dapat balek. siapa siapa? who else if not my boyfriendd. so after solat jumaat, sekali meneman atie shopping aku pun amek kesempatan untuk tengok si dia naek bas. even though we didnt get the chance going back to kl sama sama but its okeyy. its me yang tak dapat balek minggu ney atas arahan pihak atasan iaitu mama. shes told me to go home next week.

hwaa.. ta dapat jumpe muhammad ikram this weekend. sedih nyee. both of us sangad busy this lately. weekend is the time for us to meet and chit chatting. but at least dapat jumpa tadi and also malam semalam. kejapp je kot since he got work to do before he go home. ouh yeah. im sorry for cannot helping you and yein to finish up korang punyer argument essay tu. the thing is i am not good in english and second is my head is too heavy to think about what point i should give to korang for the essay and i dont have mood. mood untuk ku memerahkan otak. i have done that topic when i was in high school. tapi tak ingad. hehe.. sorry again. menunggu je yein semalam aku keluarkan idea. sorry sorry.

we also talk about jealousy last night. i always jealous with you actually. thats the fact. maybe it is because you are soo friendly and im quiet. ouh. lagi 1 perbezaan between us. yeay ! haha ! but that is Ikram. people know you because of that. because u are friendly. thank God atie is already have a bf. kalau ta abes aku. its a good thing about ur friendly tuh. that is why i just keep it by myself. perempuan. benda kecil pun boleh pikir bukan bukan. okey. okey. tolak tepi semua tuh. anyway, i have a good night with you yesterday. I miss you muhammad ikram ! i'll kill anyone that trying to steal you from me. tolong paham. and thanks for the note. tu je. hehe. :)

April 5, 2011

Project coding.

1.09 am
it almost 1 am when i start typing this post. I just finished edit the power point, slideshow for my structured programming assignment in partner presentation. amboihh.. panjang kauu. hahaha.. :D sahaja je.. slide show tu partner aku buad, tapi aku betulkan la apa yang patut.

i'm using my roomate lappy to updating my blog now. so, i cant type too long like i used do this before. =(

wondering where the heck my lappy? ouh. sangad sedih untuk tuan hamba keutarakan. so, hamba don't want to story mory about it now. laen kali lah after i get my lappy back.

11.00 am
okey, i continue writing my post using the computer kat lab yang telah disediakan oleh fakulti untuk memudahkan pelajar-pelajar membuat kerja coding mereka. bukan meng-update blog. =.='

my final report still tak siap. ouh, lupe na tambah. i believe my final report is still not finish yet. since i already doing the coding from the  # include until the last function. budak cs je paham. haha... so i leave the final report to do by her. and sekarang she's not very unwell and seiring dengan itu ada BERITA BAIK aku baru calling orang yang betulkan lappy aku and lappy aku dah siap. mesti selekeh je kerja dia. risau aku. tengok la nanti. melayang lagi duet. mama siap anta email pesan suroh jimatkan duet. haihh.. bejalan sorang sorang la aku nampaknya pegi amek lappy. pastu kena ngorat dengan pak guard. haha! lepas amek lappy, study algebra then amek quiz malam nie lepas tu bertungkus lumus siapkan project. yup. chayok ! chayok ! you can do it Aqilah Lala !

final da dekat! dan emosi makin tak menentu. kejap sedih, kejap okeyy, kejap key-oo. musuh manusia makin galak berbisik ke telinga untuk tidak study dan melengahkan perkara perkara yang perlu di lakukan. berdoa kepada Dia ditenangkan dan ditabahkan hati dan dilapangkan fikiran. aminn..