March 16, 2013

Dah 2 minggu. SA! :)

Assalamualaikummmm. :D

Yes saya happy! Entah berapa lama tak boleh nak tulis blogg sebab tak ada internet. Bayangkan lah kat sini yang tengah tengah kota ni tak ada strong wifi connection. Kalau nak hotspot kena beli 10 hengget seminggu dan yang paling best line terputus putus. Terasa nak tongkat dagu sambil hidung kembang kempis depan pejabat kolej tu. Nak sangatt lah kan buat macam tu. ;P

Tapi lepas dah buat kisah sedih kat Mama terus dapat broadband. Sejak sambung belajar ni, drama sebabak selalu memberi kesan yang mendalam pada pendengar. i loikee! >.<


So yeah. Masuk minggu ni dah dua minggu berhempas pulas memaksa kaki mendaki bukit dan meniti tangga yang tinggi dan kecik untuk belajar. Fuh! boleh cerita kat cucu cicit ni betapa kuat semangat nak  pergi ke kelas untuk belajar setiap hari. Sangatt..

Baru dua minggu kat sini tapi banyak perkara yang jika dikira memang agak extreme yang jadi. Kalau dah macam nak nangis pastu tak boleh berhenti bebel setiap saat tu tak ke extreme tu?? Tapi at least ramai orang kat sini yang aku kenal berkongsi cerita susah payah dan gembira yang sama dengan aku. :')

Jap. Cerita yang aku karang ni dah rupa macam aku duduk kat sini bertahun. Walhal baru dua minggu weh!

Menunjukkan betapa jauh kaki ni dah berjalan. Aceceehhh =.='








Apa lagi jadi lepas ni memang tak akan tahu tapi harap sangat semua tu untuk pelajaran dan kebaikan pada diri pada masa akan datang. Aminn..