February 20, 2018

Update sikit 2018. Sikit je tak banyak.

Assalamualaikum dan haiiii!

Terakhir kali tulis dekat blog ni tentang post Pulau Langkawi Part 1. Part 1 baru. Mana Part 2? Manaa? Dah nak masuk bulan 3 2018 dah ni. Lupa langsung nak update yang Part 2. 

Maafin guwe dong kesibukan banget.

Sibuk dengan tiba-tiba buat perangai teringin nak tukar suasana bilik (deko bilik). Angin mana entah datang. Sedap betul beli itu ini. Itu pun banyak gak mak kita sponsor. Tu pun termenung 10 saat dekat machine ATM bila tengok balance duit simpanan acah2 untuk wedding of the year makin berkurang. HAHAHA! Tak tak. Kita kan dah promise kat diri yang penting nak jamu tetamu makanan Jawa yang sedap-sedap. k lapar.

Nak diikutkan mana ada pun melepak lelama dalam bilik yang sampai nak sangat deko bilik cecantik tu. Dannnn sampai sekarang bilik yang dah hampir 90% siap tu pun tak sempat lagi nak duduk bergolek dari hujung bucu bilik ke pintu. Serious sibuk tahun ni. Waktu cuti sentiasa ada hal. Cuti tak serupa cuti pun tapi terasa jugak lah hari cuti telah di-utilize-kan untuk perkara yang penting. 

Anak sulung memang macam ni eh. Lelagi anak sulung yang tak kahwin lagi. Mana group 'Sulung Bawah Ketiak Mak'? tolong jawab. Wakakaka suka sangat tanya soalan yang dah tahu jawapan. Sama macam bila shopping baju lepastu tanya pilihan antara nak pilih warna hitam favorite atau warna pink yang cantik. Obviously hitam yang favorite. Habis setengah jam kat situ. Lagi best bila last2 tak beli. Sakit hati gak dengan diri sendiri. Bukan kau je sakit hati kena teman aku yang susah nak buat pilihan. 

Post yang ni tak ada isi penting sekadar menulis realiti. Realiti yang bukan dongeng termasuk juga dengan realiti tentang tahun ni dah 26 tahun! Kalau tengok orang umur 26 tahun nampak kematangan yang utuh dekat orang lain tu. Tapi kita tetap feeling sweet 20.

Dalam ramai kengkawan aku mungkin tergolong yang paling lambat dalam semua benda. Dalam belajar, dalam hidup, dalam kerja takyah cerita. Mungkin sebab bukan jenis multitasking. Dah sibuk dekat hidup tak boleh nak catch-up bahagian kerja. 

Jangan lambat-lambat sangat lah! Takut terlambat je. 

Sekian kesian.

Pengalaman Umrah 1 | Persediaan

Dapat peluang yang tak pernah termimpi untuk dapat pada waktu umur tengah muda ni. Alhamdulillah doa Mama 3 tahun dulu dekat Mekah termakbul...