June 23, 2012

Terlalu Penat Untuk Menerangkan.

Kadang kita terlalu penat untuk menerangkan sesuatu dan hanya mengiyakan segalanya walaupun ia adalah sesuatu perkara yang tidak betul dan walaupun ia boleh menimbulkan kebencian orang lain terhadap kita.

apa lagi yang boleh dilakukan..
saya terlalu malasss!
dan penat untuk melayan.



Assalamualaikum dan selamat pagii yang tersayang dan yang kurang disayangi.
tettt!

seronok macam apee dah ni dapat balik rumah. dapat breakfast french toast.
nama nak hebakk jeh. roti celup telur yang digoreng tu lahh. ahakss.


apa benda yang di bebelkan kat perenggan yang paling atas sekali tu?
bukan apa. ada orang bukan tahu situasi kita. tahu nak langgarrrr je.

yang dia nampak orang yang dia sebelahi.
yang dia dengar apa yang dikata sayangg dia je.
yang dia faham apa yang dia tafsir sendiri je.

tak apalah. beralah je. explanation kita langsung tak bawakk apa apa makna.


dia bukan pikir tujuan aku balik minggu ni sebab apa. dari sebulan yang lepas dah aku plan nak balik this week sebabbb............. though macam tak perlu je sebab.............. tapi dah niat nak buat, tu nak balik je. tapi dah kena langgar neh, buat terfikir dua tiga empat puluh puluh kali.
tak payahlah buat. saya kan ego. muahahaha ;D



the unique sense of identity we call INDIVIDUALITY


orang yang kenal kita sepuluh tahun pun belum tentu tahu apa favorite food kita.
apatah lagi orang yang cuma nampak kita sipi sipi jee.
yang tahu nak menilai dan menyalahkan dan membenci.
baiklah awak.

awak hilang kawan seorang je dan ada berpuluh lagi yang menyokong awak dari belakang. kannn.



terima kasih lah kerana membaca. 
yang terasa minta maaf zahir dan batin.

#nampak bebenor ketidak sabaran untuk beraya. -.-



June 21, 2012

Kishhtina Perri Selalu Kejut Pagi Pagi.

Assalamualaikum.


Everyday punya rutin would be like this.

bila dengar lagu suara Christina Perri je teros capai then off alarm pastuhh tidur balik. sambung mimpi tunggu 20 ke 30 minit baru bangun dari katil. itu pun punyaa lah lamaaaa wehhh duduk atas katil. -.- 
tunggu jee mesej masuk kata kelas batal. hahaha ;D  terok perangai.
kan dah kata, hangat hangat tahi ayam je semangat yang ada last week.

siap mandi wangi wangi, pakai encem encem, solat terus on lappy. line wifi penuh.
wahhhh! senyuman pertama terukir setiap pagi. :}
check facebook, read all the news feed, bukak blogg dengan wordpress. settle.

tunggu pukul 7.50 baru keluar bilik tunggu akaks akaks kitee yang macho kat tangga. tak nak tunggu awal awal. seriously cakap. tak nak tunggu awal. tolonglah faham kenapa. -,-


tengah duduk kat tangga.
Gambar semester 3.
terbukti memang itu kerja den dari dulu.


agak agak nampak sinar sinarr beg putih Day, pastu dengar gelak berdekah dia, Yana, Shida dengan Ainy. dah nak sampai lah tu maksudnya. turun tangga dengan senyuman. acecehh..padahal dalam hati. HAHA joking akakss! ;D



Lalala, Shida, Day, Ainy

Yana with Day-Kan


pergi kelas macam biasa. lecturer tengok kami, kami tengok lecturer. agak agak dah bosan boleh balik bilik. just kidding. ;P

balik kelas siapkan kerja apa apa yang patut lepas tu tak lain tak bukan on lappy.
ada line, facebook lah jawabnya.
tak ada line movie lah yang dihadap.
tak ada mood, game lah penemannya.

bosan en bosan en. lumrah hidup. semua orang cakap benda yang sama. bosan. tapi jarang aku rasa apa yang dibuat berulang ulang tu sesuatu yang membosankan. *tetiba terasa poyo semacam ayat den ni.

dan Alhamdulillah all this while saya tahu dan sedar di sisi saya ni, selalu ada yang meneman. Tuhan Yang Maha Mengetahui, tahu yang terbaik untuk hamba hamba-Nya. :')



terima kasih atas kesudian membaca. Salam. :)



June 19, 2012

Dekan, Hutang dan Gelisah.

sadisss sunggoh akak yang tak ada broadband ni. 
setiap minit menunggu wifi untuk connect dengan internet. 
sadis sadis... 

minggu ni baru minggu kedua tapi dah rasa macam berminggu minggu dah kat sini. bahana mengambil intersessi a.k.a short sem kot. nasib lahhh..

oh yea. jap. nak jerit kejap.


 yeaaayyyyyy!!!! XD 


akhirnya dapatlah merasa DEKAN even though cuma untuk semester intersessi tu. bangga gilaa tak terkira besarnya kembang kempis hidung ku. aww.. hahaha :D
Alhamdulillah. ingatkan tak lepas subject Network tu sebab sejam menjawab, dua jam termenung.
tapi lepas jugaa. legaa hati. :)


belum habis lagi tu.

terkejut mama kata dekat lejar student portal ceq ada hutang dengan kolej. bukan seratus atau dua ratus. tiga ratus pun bukan. tapi empat ratuss! campur kena tarik dengan kolej empat ratus lagi masa bayaran yuran, padahal yuran dah tarik dah. lapan ratus total kesemuanya. 
terkejutt sayerr. 


ulang alik pergi pejabat Bendahari. rupanya berlaku kesilapan teknikal. empat ratus dah dipulangkan. cuma hutang yang tercatat kat lejar belum padam. but still rasa fuhh..
dah lah tengah miskin tatkala ini. -.-


kegelisahan kurang commitment yang nak pergi Pangkor tu pun satu hal.
memang susah nak beri harapan dengan orang sekarang. lastly cancel plan, tukar plan lain.

sabar je lah hati. tenang je lah jiwa.
at least plan yang ditukar tu pun not bad. kitaorang still seronok and riang ria paddle pop.
orang sebok mandi manda, kitaorang joget joget kat cendawan besar, rebut dengan budak kecik main gelongsor. ;P
dah katakan. kalau dengan diaorang memang rasa macam budak budak. ada yang ingat kitaorang student part 1. aaaa.... haha -.-'




June 18, 2012

We Act Like A Kid. : Lost World of Tambun.

Assalamualaikum.

Terberhenti sekejap dari tengok running man bila dapat wifi coveraged.
yesshhh! boleh update blog. :D

plan asal memang nak sangat sangat pergi Pangkor. tapi tak ada rezeki.
terbatal hajat nak jalan jalan tepi pantai dengan angin sepoi sepoi pantai meniup kain. hahaha ;DD

so we changed our plan dengan harapan boleh meluahkan segala kegeraman, kekecewaan dan segala stress yang duk bersarang dalam hati.
Tambun menjadi pilihan though dah terbaca banyak comment orang tentang Tambun tapi berserah je lah.


begini alkisah cerita jalan jalan dua hari yang lepas.

janji nak tunggu kereta sewa pukul 8pagi. ceq dah siap siap pukul 7.15 tapi akak lagi dua orang tu tak siap siappp. suka sangat janji pukul 8, pukul 8 lah baru keluar bilik. -.-'


sempat beli eskem dekat Tesco kejap. ;D
tengoklah siapa yang duduk kat tempat driver.
lalalala~ ;P

       

nampak dah cahaya cahaya TAMBUN.










kawasan yang kitaorang concur masa mandi.
HAHA :D

naik benda ni sampai 4 kali.
kenapa 4 kali je? sebab yang last tu rasa macam nak muntah.
cepat cepat carik tempat nak muntah. joking!
carik kerusi je untuk duduk.

                              
say byebye to kuceng 'rock'.
rasa nak bawak balik jee.
memandangkan masa ada banyak lagi so cuci mata dekat JJ terbesar di M'sia.
n ak gak mention en. muohohooo.. ;D

having a lunch dekat Pizza Hut.
nak gak mention en. muahaha


Hari tu memang seronok. gilaa tak seronok. siap concur kolam untuk budak kecik. jadi pembuli jap. muahahahaaa *gelak jahat*

next time ada masa, ada rezeki kitaorang plan untuk second trip kat tempat lain pulaks. kalau ada peluang and poket tebal lah.
for sure ni memang masa yang sangat sangat memorable bagi kitaorang. lepas ni kalau orang tanya boleh poyos ronos sikit en. tak adalah duduk dekat perak tapi tak pernah pergi tambun. haihhh.. memalukan tau!


p/s: masa yang tak mencukupi, broadband tak ada and wifi dapat kejap kejap je so update pun ala kadar je.


June 11, 2012

Anak Datuk shopping memang cenggini.






Kadang kita bukanlah terlalu baikk untuk tak lepaskan orang untuk merasa apa yang kita rasa walhal perkara yang terbaik sebenarnya tidak membalas kembali perkara yang telah orang buat kat kita
Tapi ntah.





Jahat nyeewr, jahat nyeeewwrrr! 
(sambil pukul pukul orang kat sebelah dengan gewdiks nyee) -.-'





Assalamualaikum.

Penat dah tadi keluar dari pukul 11 pagi sampai 4 petang. 5 jam tu cuma hanya pusing pusing kat SI yang agak daif ni je wehh.

suara genit bersuara. "kecian keciann.." 

dalam kesian tu selalu gakk habis berpuluh hengget kat SI. beg shopping tu mesti nak kiri kanan penoh gak. tapi cuba kalau shopping kat Ipoh. tak de pun shopping macam kaya sangat ala ala anak datoks.


tadi sebab nak pujuk orang lain beli kasut, terpaksa beli beg yang bagakk untuk pergi kelas. padahal tak habes fikir lagi nak beli ke tak. disebabkan memang tengah tak ada beg langsong untuk ke kelas. beli lah jugee.
tapi Day, kasut tu memang lawaa! aku suke tengok kau pakai. ;D



cukup cukup lah tu update. mentang mentang dah tak reti nak termenung apa. mentang mentang dah gossip panas kipas kipas api marak dah habis, terus capai lappy baca setiap status yang ada kat fesbuk then update blogg.
nampak gaya macam hari hari je akan update. hohoho ;P

sila lah bermalas malasan untuk membaca blog ini sebab saya percaya anda pun tiada benda untuk dilakukan. ngehehe ;P



okay lah. nak tidur untuk ready hari pertama kelas esok.
Selamat malam.
tak boleh tidur kita kira biri biri sesama yehh. :)



 p/s: ada gaya macam sakit tekak je esok. :(

June 9, 2012

Cuti dah habis. Apa jadi?

Fenadd dah angkat beg masuk bilik, gosokk semua baju yang ada then pergi bilik kawan yang rasanya macam sepuloh batu jauhnya tu. -.-'

cuti dah habis dan dengan semangatnya balik kampuss pada hari pertama pendaftaran. ulang yea. hari pertama.

semangat kan, semangat kannn
muahaha ;D


harap bukanlah semangat yang jenis hangat hangat tahi ayam jee.
bila start belajar je mula penyakit malas datang berlumba. ubat rajin pun berlalu terkedek kedek macam itik. tapi memang selalunya macam tu. =.=



comment tentang cuti semester yang lepas:
"saya rasa cuti ni macam pendek sangat. harap boleh dipanjangkan lagi."

HAHA :D joking joking. dah aku amek short sem. memang lah pendek je cutinya. tapi sebenarnya cukup sangat cuti tu. sungguh cukup. cukup cukuplah masa yang diberi untuk mengepam diri.


permulaans shuti lepash short shem smemangs taks sberapa sbest shangat. *terbeliat lidah nak baca*
average je. langsong tak ada perkara yang membangkitkan semangat. 
nak kata bosan tak pun, sebab banyak sangat benda boleh dibuat kat rumah tu.

pertengahan cuti pulak balik kampung kat Johor.
masa tu barulah rasa cuti kali ni rasa seronok sangatt. mungkin sebab aku rasa macam aku mula sedar tentang banyak sangatt benda dari mula balik kampung sampai habis cuti. It was like a wake up call.

aku mula sedar yang

  • macam mana masam adunan kek tu, macam tu rasanya bila dah dibakar. -.-'
  • kita kena kosongkan perut sebelum nak pergi makan kat Tree steak House. haha :D
  • bilik akan kelihatan luas bila dikemas. :P
  • kalau aku jadi cikgu, mesti aku cikgu yang paling garang sekali.
  • kadang tak semua orang yang suka kita tu suka segalanya tentang kita.
  • tak semestinya orang yang kelihatan baik dan sweet talker boleh kita percaya.
  • bila kita ada untuk orang tu, kita sebenarnya mengharap orang tu pun ada untuk kita :')
dann banyak lagilah.




tentang permulaan semester ni rasanya macam tak berapa nak bagus sebab mama cerita tentang mimpi buruk dia kat aku pagi tadi. harap harap sangat semua tu cuma mainan mimpi je. :(.


anyway, harap dapat ingat nasihat mama which is jangan terlalu banyak berfikir benda yang tak sepatutnya. 


tiba tiba rindu nak panggil then kacau Didot. 
ayokk tak tahu. haha :D



terima kasih kerana membaca dan Assalamualaikum. :)





June 5, 2012

Cukup Tersentap?

It is not easy for keeping yourself things yang duk terngiang dalam hati bila tak ada orang untuk di ajak ber-gossip bersama sebab semua orang tengah BUSY SANGAT kan. 

aku pun macam dah lama tak sentap sentap dalam belogg yang kian suram ni.


last week aku ada post satu entry but then aku hide entry tu. 
terciptanya gubahan karangan (ohmaii ayat) tu sebab masa tu tengah dalam proses melupakan sesuatu yang before that ada melekat dalam kepala and I was thought it won't change anymore.
tapi terbukti takdir telah merancang sesuatu yang berbeza untuk diri saya. (ayat kau. again omg.)


rasa macam begitu terhina diri saya ini tewraserr diperlakukan sedemikian rupa. (propa melampau)
kemain lagi kann nak main hide and seek. 
anyone? cukop pedas chilli ni?



I was trying to keep my mouth shut so you wont get hurt for anything that I said.
kau pon tak cakap teros terangg apa yang kau nak sebenarnya. cakaplah suka si mulut murai. senang kan. nanti aku carikkan lah sekor burung murai. 

want to protect-lah, nak jagalah.
kononnya.


lepas tu nak fikir dulu lah, tak seiring lah. 

memang dalam hal ni kau je yang berfikir. aku duk rumah ni tak ada fikir apa pun macam orang tak tahu apa apa kannn. macam tak tahu apa yang jadi. macam tak nampak apa yang berlaku.




terlalu banyak menyimpan.
maybe this is the consequences.


it's okay. 
belajar dari pengalaman. 
lepas ni jadi Joyah lah kot.

June 1, 2012

Puding Roti Berlemakss dan Menyelerakan. ;D


Assalamualaikum.

Dah 2 hari berturut turut semalam dengan dua hari lepas kanak kanak riangg kat rumah ni yang sedang bercuti sekolah dan menjadi double and triple rianggg buat puding roti.

makanya saya pun tumpang sekaki, setangan, semulut dan seperut lepas puding tu dah siap.
lepas tu perut pun bernyanyi kegirangan sebab kekenyangan. XD






sejak cuti ni asyik update pasal resepi dan makanan je kan.
tertanam terkuburlah niat dahku untuk berdiet. mimpi lah nak jadi kuruih.
duduk rumah memang tak boleh nak cover makan sebab permintaan makanan yang sedap sedap oleh adik aku bila tiap kali tanya nak lunch apa.

tak apa. nanti bila start new se... eh. tak nak cakap apa apa. nanti tak jadi lagi. -.-'

okay, okay. mari berkenalan dengan puding roti dan memulakan operasi.







yang atas ni puding roti yang sama macam yang kat atas.
jasa aku dengan puding ni cuma susun roti tu dalam loyang konon nak nampak cantik lah en, dengan buat chocolate syrup tu je.
ada orang comment sedap. kembang semangkuk ceq tewrasehhh. haha :D




ni percubaan kedua. nampak dah kan beza permukaan dia. jangan lah tengok kehangusan dia. tengok permukaan roti tu yang disusun dengan kulit roti yang dah di potong. -.-'




dan yang ni disusun berselang seli dengan jagung dan mentega.

macam biasa bila dah tayang makanan yang dah dibuat mesti ada resepi kat bawah sekali.
selamat mencuba yeeaaa. ;D



BAHAN-BAHAN
  • Roti 
  • * 2 biji telur ayam
  • * 1 sudu besar butter - cairkan
  • * 1/4 cawan gula (equals to 50gram) 
  • * 235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh (aritu me guna fresh milk, sedap je..)

CARA-CARA

  1. Blender kesemua bahan yang ada bintang *. Cuba rasa kemanisan dia. Kalau kurang, tambah gula atau susu kalau nak melemakkan perut yang sedia berlemak.  jokingg ;D
  2. Potong tepi roti dan susun roti dalam loyang. Ikut lah creativity nak susun macam mana. nak koyak koyak roti tu ke or nak susun macam tu je ke. nak susun tinggi tinggi macam klcc pun bolehh.
  3. Setiap kali susun satu tingkat, jirus dengan bahan yang di blender tadi. Susun dan jirus dan susun dan jirus. Jirus bukan renjis yea. 
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180 C. Tengok lah warna dia cukup coklat dan cucok dengan lidi. Tak sure tunggu sampai hangus. Kompem sangat dah masak tu. -,-'
  5. Angkat, hidang dan ngap..hehehe..

kalau nak buat yang jagung punya tu, beli jagung dalam tin. separuh dari dalam tin tu blend kan sekejap dengan bahan yang di blend. yang selebih nya di seling selikan dan disapu mentega.


Coklat syrup tu paling senang di dunia!

Buat double boiled. Masukkan 
mentega secukup rasa, 
susu manis secukup rasa dan 
serbuk koko secukup rasa. nak guna coklat bar pun boleh tapi kalau coklat bar yang bersusu dah tak perlu tambah susu. 

aku ikut sesuka hati aku jee. letak serbuk koko campur nan milo. -.-'
Paling sedap bila makan dengan eskem. wahhhh! XD