May 28, 2013

Percaya #TrueStory


Selalu berfikir positif.
Positif, positif, positif.

Rasa ragu selalu di kabur dengan  hal yang manis.
Bukan pada kata tapi pada kelakuan.
Menggantikan kerut pada dahi dengan senyuman.

Yang kelakarnya aku sendiri geli dengan kata jiwang.
Geli sebab kata kata tu tak pernah memberi makna.
Tapi dalam geli bila orang minta percaya,
aku percaya.
Aku pegang tu sampai tiba waktu mungkin akan terlepas genggaman.
Aku tak meminta, jauh sekali berharap.
Tapi cuba buktikan tekaan aku salah.
Dan buktikan ini semua,
bukan mainan.





Terpengaruh dengan puisi dalam cerita Ada Apa dengan Cinta. Rindu sebenarnya nak dengar puisi sajak yang dekat pada diri. HAHA aku rasa diri aku ni dah makin rapuh dan usang. Tinggal kena tiup angin je terus jatuh







May 25, 2013

Malam

Malam itu sepi
Tidak berteman 
Sesepi diri ku duduk memeluk diri

Termenung nun jauh mengingatkan rindu
Bertandang wajah mu tersenyum diri ku
Namun berkalih hati ku pilu 
Pilu kerna kau yang jauh dari ku

Andai mampu diroboh jurang waktu
Andai boleh ku capai bintang mengerlip
Tetap tidak sama kalau bukan kau di sisi
Juga berbeda kalau bukan engkau bintang itu





Sri Iskandar, Perak here we come! | Konvokesyen

Assalamualaikum. :)

Semua orang dah letak gambar konvo merata rata sampai berpuluh berbelas. Aku je yang tak letak padahal ada orang dah request dah suruh letak. Pemalas betul. :P

Nak tiba hari konvo tu agak jauh kaki ni berjalan. mana taknya kan, kena balik Sri Iskandar, Perak yang tersayang. :D few moths before the day memang dah berjanji janji nak balik Perak sama-sama dengan kawan lepas tu siap dah booking dah nak tumpang rumah Liyana. Plan untuk berjimba pun dah siap. Tak habis habis dengan berjimba. -.-'



So when the day has come, thanks to Azrul for sent us dekat station bus seksyen 17. feeling nak pergi konvo memang plain lagi masa tu. cuma seronok dapat balik Perak first time ramai ramai. hehehee

Sepanjang menumpang rumah Liyana which this is my first time tidur rumah kawan, merasa jugak feeling feeling rasa duduk kat kampung walaupun rumah dia bukan rumah kampung kayu. and this is our first time jugak duduk satu rumah sesama untuk few days. masa ni lah gelak sesama, begaduh bertumbuk, merempit, masak ramai ramai, menggemukkan diri bersama, tidur terbongkang together gether. eh. :P


Ni hasil bergambar bersama lepas ambil Jubah.





Having soo much fun dengan Jubah Konvo and we do take lots of pictures. Gambar selca tak payah ceritalah kan. Semua mesti ada punya including me. :P
The third day dekat rumah Yana hari pasif. Yang aktif cuma kitaorang masak sesama. Semua pedas pedas tu yang tak boleh tahan tu. Main masak tak fikir dulu. Lepas tu semua bibir macam Angelina Jolie. =.=


Ikan Sawadikap, Ayam Sambal Thai, Kangkung Belacan, Gulai Pisang, Ketam & Udang Lipan Masak Lemak Cili Api.
Slrrrpppppppppp!

Hari yang di tunggu akhirnya tiba. Tak sangka pagi tu lepas siap tacap pakai lawa lawa boleh rasa macam pagi Raya. :')

Skip dengan perjalanan dan penungguan yang bukan main lama kesian dekat keluarga yang datang kena tunggu 2 jam kat dalam dewan and kitaorang pulak bergambar lagi, lagi dan lagii...








Sebab malas nak letak padahal melambak lagi gambar so, ini je lah yea gambarnya. Yang lain buat koleksi peribadi saja.

mengada. haha :P

May 12, 2013

Genting Highland trip! :)

Assalamualaikum.. :)

Lepas dah lamaa sesangat menyimpan hasrat nak hanging out together to some places finally we made it. Sebenanrnya kalau ikutkan memang macam lepas sorang, sorang yang busy. But then we use this trick, tentukan tarikh dan beli tiket siap siap. Bial macam tu tak mungkin ada yang sanggup burn duit macam tu je tak jadi pergi kan kann.. hehehe ;P



Pukul 5pagi semua dah mula bangun terjaga mandi dan siap siapp so tinggal solat Subuh je lepastu terus gerak tunggu bas 630 pergi seksyen 2 and then naik bas U80 pergi kl sentral. Itu apa yang dalam fikiran lah pada mulanya. Pada mulanyaa yeaaa... Nak dijadikan cerita, lain plan lain jadinya.

Semua dah siap and then ada yang tertinggal barang pergi amek kejap bila otw pergi bus stop, bas dah jalan pukul 6.30pagi. Errr... Tiket bas pergi Genting H. pukul 8.30. Memang habis lah kalau tak pergi cepat. 
Ternampak teksi tanya harga and zupp terus pergi seksyen 2. Pacik teksi tu serious baik hati teramat sangatt. Tanya nak pergi mana semua and then dia bagi idea, why don't kitaorg naik ktm je pergi kl sentral and semua, "A'ahh laaaaa...." -.-' Nampak sangat tak pernah pergi kl sentral sendiri guna public transport. hewhewhewww.. :P

Dalam ktm yang ngantuk take a nap, yang malas nak tido bercerita tak sudah pastu gelak sakann. cuba lah teka siapa yang sembang gelak tak sudah tu kan. hihii ;D

Sampai kl sentral tengok jam awal lagi ada dalam sejam, nampak sesuatu yang menyelerakan maka dengan itu terus pergi makan breakfast kenyang kenyang so sampai sana tak ada sibuk lapar. Lagi 10 minit bas nak bertolak terus kelam kabut carik bas and selamatlah kami naik bas. Dalam bas sembang lagi punyalah seronok dan sedar sedar dah sampai Genting H. Tak sampai sejam pun gilee laju bas ni bawak. =.= 






Naik skyway excited habis. Tapi tak best tak boleh nak sembang sebab tak boleh nak lawan orang belakang rancak bersembang. Bagilah cann sebab kitaorang pun dah banyak bersembang kan. XP

Lama betul dalam skyway tu lepas tunggu dengan penuh kesabaran finally sampai jugeeee!

Bawah ni ada few pictures of us. Tak berapa clear tapi mungkin cukup untuk buat korang jeles dengan kami. HAHA gurau gurau. :)





















Pasal game kat situ recommend sesangat kalau pergi situ korang naik Space Shot dengan Flying Coaster untuk extreme. Menakutkan tapi bestt! Wajib main of course Space Shot kalau pergi situ. Hihihii XD
Game yang buat terasa diri ni bodo is the one yang no scream zone tu. Seriously terasa diri ni sangat buduss. Please lah cuba join game tu and you will know my feelings. -..-
Dah penat tak nak extreme sangat cuba Flying Dragon. Best! best! naik sampai dua kali. Ada orang tu sampai empat kali. Nampak tak keseronokkan nyee di situ.

Kitaorang main semua game kat situ sampai semua penat tak larat sakit kaki. Baru rasa diri dah tersangat tua. Dulu main yang macam buaian tu tak pening sampai naik bebanyak kali. Tapi semalam main pening menangkap kepala. Adess..


Genting Highland. Tempat yang banyak sangatt memory dan semalam create lagi another memory. Kami seronok! :)

Lain kali insha Allah poket tebal, ada masa nak plan pergi keluar lagi sesama release all the tension and having fun buat rasa diri macam bebudak balik.



May 9, 2013

Hati mu dan ku tersakiti. *Poyo betul.

Sekarang ni facebook aku tak aktif, blog apetah lagi. Bukan tak nak aktif tapi sebab aku online guna phone pastu line punya lambat terkedek kedek macam itik pulang petang bila bukak facebook. Dari hati tersakiti *ayat tak nak kalah letak tajuk lagu* so terus tak mo pandang dah facebook. konon merajuk bajet macam facebook tu paham aku. heh. -..-


Sebab simcard broadband dah masuk phone tak kan aku nak buang duit yang dah bayar tiap bulan tu macam tu je. Salah satu option untuk merasa duit tu tak rugi, twitter jadi pilihan. Akibatnya aku tweet benda yang meraban raban sampai ternampak kejahilan dan keterukan aku di situ.


Aiyoo maaa. Pikir pikir balik memang itu one of the point why aku tak nak pun aktif twitter sebelum ni. Tapi benda dah jadi. Tak payah nak nyesal hantuk hantuk dahi sangatt lah. Ubah diri tu hah kurangkan tweet cik lala. okeng?

Lagi satu, social network bukan untuk aku pun sebenarnya. benda benda camni yang buat aku pasif.
tak suka.



Tak patut betul orang sebok pasal politik tapi aku sebok pasal twitter. apakejadah.
nak tahu comment saya pasal politik awok boleh tanya saya secara peribadi. harharharr..nyampah! ;P



hoh. Posing macam peraga baju brand Polo padahal tshirt free.
Gambar ni tak de niat nak timbul angin politik.
Nak bagitau je, "I need a stability in my life." Serious.