April 15, 2019

Pengalaman Umrah 1 | Persediaan

Dapat peluang yang tak pernah termimpi untuk dapat pada waktu umur tengah muda ni. Alhamdulillah doa Mama 3 tahun dulu dekat Mekah termakbul. Dapat kami satu keluarga buat umrah akhir bulan 2 haritu. :D

Dijemput Nya tak tahu nak expect apa.
3 minggu sebelum tarikh flight baru travel agent bagitahu ada tempat kosong. Parents pun tengah terkejut jugak sebab semua dapat tahu memang last minute. Tahu 4/3/19, hari Isnin terus ambil cuti untuk esok. Selasa buat passport untuk 7 orang dengan visa, rabu apply cuti umrah sebab dah dapat surat umrah.


Persediaan?

Nak pergi kursus umrah memang tak sempat.
Bila tak sempat pergi kursus, berkursus sendiri je la dengan youtube. Ada waktu free memang tengok kursus umrah tu fokus habis habisan, bila ada kerja sambil buat kerja sambil dengar. Tak berani pun nak ngelat untuk skip sebab takut tertinggal yang penting.


Pakaian seorang beli satu persalinan jee plus mini telekung. Banyak baca blog dengan tengok youtube pengalaman orang pergi umrah. Pergi tak payah la bawa baju banyak. Betul sangat! sebab sampai sana at least mesti nak beli baru. Luggage pun kebiasaannya travel agent akan bagi luggage, hand luggage dengan beg silang. Sila tanya travel agent free gift luggage, buku umrah tu semua.

4 hari dekat Madinah, 6 hari dekat Mekah pakaian cuma bawa:

+ 2 jubah
+ 2 tudung
+ 1 telekung mini, 1 telekung biasa
+ 3 tshirt
+ 3 seluar
+ stokin & kasut umrah (depends on cuaca for material of kasut)

Tu je! Oh dengan 1 persalinan putih untuk buat umrah sebab nak dapatkan sunat. Terpulang sebenarnya untuk perempuan pakai apa asal menutup aurat dan ihram bagi lelaki kecuali tawaf sunat :) Ni pun sebenarnya banyak jugak. Kalau dekat sana musim sejuk bawa lah coat dengan double kan baju. Jaga kesihatan dekat sana memang penting macam yang selalu dipesan untuk mereka yang ke sana.
Setiap kali mandi terus cuci baju. Kalau malas boleh je hantar dobi tapi dobi sana harga tak pakai berat. Dia kira 1 helai baju 1 harga (usha dekat Mekah terus tak jadi hantar dobi)


Keperluan lain?
- ubat ubatan (panadol, sakit perut, strepsils, selsema, batuk bawak je semua)
- vitamin
- losyen badan (tangan/kaki kering), vaseline (penting! penting! bibir confirm kering), moisturiser muka
- 2 sabun badan buku untuk cuci baju (1 buku dekat Madinah, 1 buku dekat Mekah)
- hanger untuk gantung baju dah cuci
- gunting untuk tahalul (simpan dalam luggage pleasee kalau tak kena rampas)
- selipar (baca rabbi yassir walatu'assir rabbi tamim bil khair setiap kali simpan selipar masuk masjid in shaa Allah kekal ada kat tempat yang sama. aku tak baca. lesap selipar 1 family XD)
- tuala kecil pengganti sejadah bila tak dapat solat atas karpet dekat masjid (tak payah bawak sejadah sebab buat penuh beg silang pluss nanti boleh beli sejadah baru dekat sana :D)
- spray wuduk (supaya tak perlu berebut/cari toilet untuk ambil wuduk. cabaran paling mencabar untuk wuduk adalah kentut. Dari Maghrib nak ke Isyak niat beriktikaf elok dah jap lagi tak boleh tahan kentut. Elok la beli 1 je cukup untuk 4, 5 orang sebab ambil wuduk wajib sahaja)
- buku umrah, buku nota, pen untuk doa yang dikirim dan untuk catit plat bas tiap kali pergi miqat ataupun ziarah luar. malas boleh tangkap gambar je.
- pencil box/dompet yang simple untuk simpan duit (jangan sumbat je duit takut tercicir bila ambil barang lain)


Ni semua sumbat dalam beg silang dengan phone, tuala kecik as sejadah

Untuk perempuan yang risau sangat kena period waktu umrah, tiap kali lepas solat doa minta dekat Allah untuk percepatkan period supaya dapat buat umrah tanpa halangan dan dipermudahkan. In shaa Allah sama ada period datang awal takpun period lepas balik umrah. Ni mengikut pengalaman aku sendiri dengan adik adik perempuan 3 orang. Awal awal pesan dekat diaorang untuk doa cepatkan period, alhamdulillah aku yang sepatutnya kena waktu dekat Madinah tapi kena seminggu awal sebelum flight. Adik yang lain yang sepatutnya kena kat Mekah, lepas balik umrah baru kena period. :') happy tak terkata sebab doa dimakbulkan


Mental? Fizikal?
Tak prepare langsung. Except satu benda  je. Jaga mulut, jaga hati dari duk mengata orang. Ustaz kat youtube kata (hahaha pun boleh) bila pergi sana jumpa bermacam jenis orang, bermacam gaya, bermacam cara so jaga hati tu. Memang betul. Baru naik flight dah jumpa. Memang tak mengutuk tapi cuma terdetik, ''eh kenapa dia macamm.." cepat2 istighfar weh. Semoga berterusan sampai bila bila. Kata nak jadi baik. Tak sesudah dari dulu

Sebenarnya persediaan paling penting ilmu. Ambil tahu apa yang penting untuk umrah, yang wajib, yang sunat. Dekat sana memang banyak kali kena tegur dengan Mutawwif sebab masa Saie sibuk baca doa ikut buku. Hehe Tak payah pun sebenarnya, tak wajib tapi aku yang nak. Lelama cuma tengok buku untuk baca yang wajib je.

Paling seronok kalau dapat baca balik Sirah Rasulullah sebelum pergi supaya feeling lebih sikit la bila buat lawatan dekat tempat bersejarah. Memang Mutawwif akan petik balik kisah bersejarah tu cuma feeling tak lebih. Lelagi bila sampai dekat Thaif kisah Nabi Muhammad SAW di baling batu sampai menitik darah ke kasut Baginda. Paling sedih kisah yang ni :'(


Gedebak gedebuk 22/3/19 flight!

Semua kulit tengah cerah sebelum pergi XD
Missing Abah & Haziq. Girls onlyyy
Acah merenung tepi pose dengan hand luggage jap.
(Hand luggage dengan beg silang tu free gift dari travel agent.
Beg silang/any bag mudah utk bawa tu penting untuk simpan barang keperluan.)

Awal awal sepupu, Abang Jerah dengan Pak Tang (pakcik) dah kata nak hantar pergi klia. Terima kasih sangat sebab siap ambil cuti nak hantar! Datang pun awal pagi. :') Terima kasih juga dekat Pak Ndak dengan Mak Ndak yang datang tengok kitaorang nak pergi sampai habis, sampai hilang kelibat kitaorang diaorang tunggu siap rakam semua. :DDD



Mak Ndak dengan Pak Ndak yang datang ;D

Okay sambung balik. Alhamdulillah tak ada nak pening pasal transport. Pergi balik dah ada yang hantar ambilkan kat airport.
Settle luggage, settle cari barang lagi sikit dengan jajan sebab tak breakfast langsung harapkan lunch dalam flight je, dengar taklimat macam biasa mesti dekat sebelah mcd klia, peluk cium sedara yang datang, nampak Ajak dengan Atu dalam flight yang sama, take a nap, lunch, tidooooooooooo, early dinner and touch down! Penuh perut sebab dah la tak bergerak lepastu makan je. Lapar sangat en. Makann makannnn!

Lunch
Dinnerrr
p/s: tak dapat post kat ig story kena la post kat sini
Dapat seat tepi tingkap! :')







Tu la sedikit dan sedikit persediaannya dan a peek of my experience ziarah dan umrah. Ni semua persediaan yang aku buat. Kalau ada salah ke, terkurang ke minta maaf awal awal.

Tak tahu bila sambung in shaa Allah rajin banyak lagi nak cerita :)

March 4, 2019

Short gathering | Laman Grill Steak & Barbque #shidayanaqilainy

Sebagai seorang yang suka mengira berapa ramai kawan rapat yang pernah sampai rumah semestinya lah aku cuba pujuk Yana yang the only one tak pernah sampai tu untuk mendaki Puncak Alam ni. Maka itu bermula lah promote homestay free dekat Yana sebab dia nak pindah Johor dari Perak. Tak tergoda juga kita duduk peluk je lah kaki kat bucu dinding mengenang homestay tak laku.

Plan memula nak beronok ronok dekat iCity mengimbas masa belajar diploma dulu jenjalan kat situ dengan boyfriend Yana yang sekarang ni dah jadi laki dia pun hahaha tapi lepas bincang, tukar2 plan bagai apa semua we stick to the plan of layparking dekat cafe hipsturr Kajang sebab Day yang duduk paling jauh.


The day!

Bertolak pukul 6 petang. Haru weh. Jem teruk. Bukan sesaja keluar pukul 6 tu tapi sebab orang Perak baru sampai so no choice. Tu baru permulaan dugaan nak keluar makan sama-sama. Keluar makan je ye.

Sebelum bertolak dah whatsapp owner cafe sebab nak double confirm cafe bukak. Cuba call tak dapat. Tapi dia boleh bagi bluetick je. Sabar dulu. Sampai je ikut waze sampai dekat tepi semak XD aku of course la cuak sebab yang cari cafe tu aku. yang cadangkan cafe tu aku. cuba call whatsapp je terus baru dapat. Cafe dah tutup! tak tahu nak marah ke nak gelak
Day yang pergi asing merempit tu dah call pehal dia sampai kat tepi semak XDD

Cari tempat makan lain dalam google maps. Pandang gambar makanan macam sedap gile. Ok pergi je terus. Dah sampai rupanya gerai tepi jalan je XD apakahhh salah kuuu boleh je nak makan kat situ tapi ada baby so macam kesian dan tak proper ok

Lastly Shida je yang cari dan sampai laaa dekat Laman Grill Steak & Barbque
Alhamdulillah we found the most great places to eat kot! Chef Zubir punya restaurant wehhh
Excited gila! Harga makanan standard Secret Recipe punya harga except untuk steak sebab ye la steak kot. Portion makanan pun puas hati. eh 5/5 lah bagi!

Dalam dugaan tu ada sinar sinarr bahagia gittuu

Okay nah belanja gambar



Okay 1 je gambar kitaorang XD

Gambar makanan tepek banyak sebab sumpaa sedap!







Makanan semua sedap! Tengok gambar ni pun rasa teringin nak pergi makan lagi :'(

Siapa nak cuba boleh lah google Laman Grill Steak & Barbque. Ni dekat Kajang dan dapat tahu ada lagi dekat tempat lain selain Kajang.

Boleh la candle light dinner ke, celebrate anniversary ke, celebrate birthday ke, dinner for the last time ke untuk confess nak break up ke kan!

K bai.


February 18, 2019

Tersedar sesuatu

Pernah tak tiba-tiba kau tersedar sesuatu?


*           *           *


Sedar tak sedar ataupun aku yang tak sedar diri.
Punya ramai yang pada tekaan aku menyimpan rasa sakit hati kat aku.

Semua gara-gara tergerak hati nak menelaah kepingan dan helaian lama.

Untuk aku tiba-tiba meminta maaf selepas berkurun tidak menegur, terasa setinggi gunung ego tu menapak kukuh.

Lembutlah hati ini.
Terbitlah rasa ikhlas dalam hati untuk menyesal sehabisnya.
Gerakkan lah hati ini untuk meminta maaf pada semuanya.

Pengalaman Umrah 1 | Persediaan

Dapat peluang yang tak pernah termimpi untuk dapat pada waktu umur tengah muda ni. Alhamdulillah doa Mama 3 tahun dulu dekat Mekah termakbul...