September 26, 2013

Tak sikit. Tak banyak. Ada lah juga sesuatu untuk diberitahu.

Bersyukur tiba tiba sampai cahaya hidayah nak update. Sekejap hilang sekejap ada. Kadang rasa selesa tak update sebab tahu ada punyee orang yang skodeng. Kadang rasa rindu rasa sayang dengan blog ni yang macam macam benda ada. Entah bila nak sedar diri ni tak sebesar kuman pun dalam dunia ni.



Seronoklah sebab saya dah semester ke-4! :D Empat tau. EMPAT.
Alhamdulillah syukur tak terkira. :')

Menangis nangis lepas jawab soalan sebab tak boleh buat elok elok semester lepas. Haha gila rasa mengada ya amatt. dah jawab paper tu senyap je lah kan. nak nangis nangis. cengeng. tekad kalau fail nak benti duduk rumah tunggu orang masuk minang. ini lagi burok macam kain burok punya perangai. okay gurau. jangan rasa aku serius sangat sekarang ni. kalau dah lepas waktu tidur aku memang suka merepek meraban.


Untuk semester baru sebab dah title budak degree jangan nak mengada sangat lah kan berharap dapat kolej. tapi jauh di sudut hati memang mengharapkan sesuatu yang ajaib begitu berlaku. tapi malangnya walaupun aku tak dapat duduk kolej masih tetap rasa sungguh hoorayyy! Alhamdulillah.. Horay dan bersyukur sebab dapat satu rumah dengan kawan baik yang awesome. *kelip kelip mata* XD

Gilaa tak suka dapat duduk dengan orang yang dah bersama tika gelak merajuk nangis naik angin masa diploma kat Perak. pengalaman yang tak boleh beli kat mana mana.

seriously I know and I realize I won't be me now if it's not because of them. this people. a bunch of crazy macik nenek akaks adiks yang menjadi reason for who I am. this is how a good good friend say thank you to their friends.


Selongkaq dapuq pepagi bute,
Terima kasih laaa kawan kawan ku yang cun cun belake.
Cari makanan tersorok tersimpan,
Kenangan dan pengalaman takkan ku lupakan,

Sekian.


Apa ke fail sangat pantun. dah lah tak sedap. tergantung pulak tu. memalukan diri. please nak sorok muka sekarang ni. tapi pantun ikhlas macam ni tak boleh dapat mana mana okayy. Ahakss.
Banyak bendaa nak cerita tapi dah lapuk nak cerita. jadi tak best dah. harap post yang tak best kali ni tak merosakkan mood sesapa. kalau rosak habaq kat ceq. orang kata berkongsi cerita boleh meringakan beban. hehehe

Assalamualaikum..