May 8, 2015

Serius tak sedar.

Marah. Yea cik Aqilah ni dengan perkataan ‘MARAH’ memang tak boleh dipisahkan. Nak cerita…

Waktu sekolah menengah dekat rumah jenis baran cepat naik angin satu badan. Marah bukan marah biasa. Marah mengamuk. Adik jadi mangsa. Dah tahu kakak diaorang ni macam harimau kelaparan, lagi suka buat masalah. Budak-budak kan. Adik siapa kann. -_-

Pernah dekat kampung diaorang boleh test pakai contact lens cik peah ni punya. Bedebomm, mengamuk satu Batu Pahat dengar. Padan muka. HAHA  

Biasa sangat dengan tabiat ni sampai tak sedar pun aku ni cepat naik angin dengan kawan terbawa-bawa kat sekolah. Serius cakap, aku tak sedar. 
Macam penyakit, lama-lama makan diri.

Alhamdulillah diri ni dikurniakan kawan yang satu-satunya berani tapi takut-takut nak tegur perangai tak senonoh tu. Berani tapi takut-takut? Dia bagi surat. HAHA soo sweet muwit peewiittt lah. Bila baca memang terkejut. Nampak sangat tak sedar diri. Rasa nak ketuk kepala sendiri.


Nasihat yang seeloknya, nasihat tanpa memalukan. 
Berkesan dari nasihat bersulam perlian dan terang-terangan.


Lepas tu selalu beringat. Rasa nak marah je, diam. Tak suka sesuatu je diam. Tu lah yang jadi pulak penyakit lain. Penyakit suka berahsia. Sebab kita dah tahu, siapa suka orang yang tak habis nak marah.

Selalu beringat dan beringat. Marah tu syaitan suka. Lama-lama dekat rumah pun jadi kurang marah. Sampailah masuk zaman diploma terus kurangg. Masa degree langsung tak marah sampai classmates pernah request nak tengok aku marah. Peh! Memintak pulak. Memang tak mampulah nak bagi.

Pernah marah sekali waktu diploma sebab tak tahan kena bahan. Panas naik sampai kepala. Berasap je telinga. Bahan sesikit, bergurau-gurau tu faham. Bila tak henti kena cubit-cubit hati ni terus meletus terobek. Maaf nenek Day. Kau bahan pada waktu yang tak sepatutnya. HAHAHA  okay serius nak minta maaf.

Kepada kawan yang bagi surat tu terima kasihh sangat! Tak pernah rasanya ucap. Bersyukur ada kau sebagai kawan. Kawan yang banyak hikmah. 
Sekarang marah jenis mengamuk boleh kira setahun tu dengan sebelah tangan je. Tak suka pun sebenarnya. 


Sikap kita ni kena jaga. Sedar diri. 
Tanpa sedar, boleh mempengaruhi yang memerhati.


Nah sajak tentang marah.

Marah sumpah seranah, 
tanda hati mati. 
Sekian. 

Yea pendek je. 
Nak lebih, panjangkan langkah. 
Mari bersua. 
Kbye.

Tak banyak marah dah sebab dah tua. 
Sebenarnya. 
Bye lagi.