July 20, 2013

Cuti Wesak Jauh Melangkah. :) Pahang, Terengganu, Kelantan. Part 2

Sebelum memori mula membeku, elok sangatlah mula ingat balik cuti cuti pergi Utara last holiday yang dah banyak kali tangguh nak update. Update! update!!

Secara jujurnya Kelantan memang ada pantai yang cantik tapi kalau bab shopping dinasihatkan at least tahu slang Kelantan bila nak bertanya harga or else akan rasa hampa dengan harga barang yang bila ditanya dengan bahasa Melayu tanpa ada slang. Bukan kali pertama terkena. Masa pergi Kelantan rombongan meminang sepupu tu pun kena macam tu.
Luckily kak Wani bakal isteri sepupu yang dipinang tu was there and suddenly the price for the same thing at the same gerai when she asked with Kelantan slang bertukar ke harga yang sangat rendahhhh!
Songih je lah yang mampu.

Kelantan tunggu dulu.
Ada beberapa gambar yang tak letak haritu sebab terlampau banyak so kali ni letak sekali. :)




Gambar pemandangan dekat Pahang.






Keropok lekor dengan air kelapa dekat Terengganu memang nampak menggoda tekak untuk rasa.
Kalau pandai pilih gerai memang sedap kot but so far keropok lekor gerai tepi pantai tu tak berapa nak sedap di tahap sepatutnya. I mean, makan keropok lekor dekat Terengganu so the expectation for the taste of course high kan? Banyak ikan, kurang tepung and the sauce shouldn't taste like cuka semata mata.







Dan bersediaa untuk Kelantan!

Mama did booking earlier dekat pagoda.com kalau tak silap untuk dekat Kelantan ni and she choosed Ridel Hotel. Berhadapan dengan tasik, ada scenery yang cantik. Dekat situ tengah bandar yang dikelilingi tempat tempat menarik utnuk dikunjungi macam Muzium Islam, Muzium Tentera and so on. 

Nama muzium tu semua main taram tapi basically itulah yang ditunjukkan dalam Muzium muzium yang ada kat situ and we only managed to go only to two Muzium sebab langit yang semakin gelap dan Master bersama Madam duduk dalam kereta yang agak jauh dari keberadaan muzium tu. -.-













Tukar kedudukan katil sebab nak dapat pemandangan macam ni.
Hehe :P
Ada sebab pilih hotel tengah bandar. 
Tak perlu menempuh traffic light yang banyak untuk pergi tempat tempat menarik yang cuma dalam jarak 2km je dari bandar. Seriously. 

Pemandangan depan hotel pada waktu senja.
















Tempat shopping kalau nak banyak pilihan semestinya tempat dibawah ni.








Maka dengan itu tamatlah percutian di Utara.
Nak pergi bercuti dekat 3 negeri ni memang plan kena baik punyaa. Terima kasih dekat Madam yang buat plan dengan baik walau kami tersasar banyak kali sampai terkeluar dari jadual asal.

12.15 malam dan mata dah mengantuk. Tak sepatutnya update waktu ni tapi nak tunggu bila lagi kalau bukan sekarang. So, goodnight buddies and have a nice dream.
Assalamualaikum. :)


Untuk entry yang pertama, Part 1









July 3, 2013

Sinopsis Sependeknya Tahun Pertama Degree di SA.

Terjebak sekejap dengan penulisan blog. Kata nak buat second part untuk ekspedisi menjelajah negeri utara (ekspedisi lah sangat!) tapi tak menyempat lagi. Di butai dengan benda lain bila ada masa free. Maaf untuk itu.. *nanges*

Okay dah jangan berdrama sangat. Sekarang tengah minggu exam untuk budak budak degree termasuklah orang yang tengah study ni nak bayar bil tapi tersangkut di pertengahan jalan sebab online banking traffic dan terus gatal nak berbelog kejap.


Saya melalui minggu minggu yang sukar pada permulaan masuk ke degree. (sopan sesangat guna saya untuk ganti diri. :P) Permulaan melangkah ke dunia pembelajaran yang berbeza di tempat yang berbeza agak sukar yee, tapi dalam bahasa mat salleh orang kata, 'All the beginning is difficult'. Kesimpulannya memang normal lah kalau susah sebab nak kena adapt diri dengan suasana baru.

Masuk pertengahan semester jadi sukar jugak sebab problems with love and stuff. Apparently I can't separate my emotion dan boleh rasa perbezaan pada diri dan kesian dekat kawan jadi mangsa. Haha Sorry babe. I just can't hold it. Terima kasih sesangat pada dia yang tetap di sisi walau emosi ku bercampur baur dan dia jadi mangsa. Ehemm.. Dia di sini adalah kawan saya. Yang si dia lagi satu telah ku lepaskan bebas di belakang.



Dann sampailah sekarang tup tup tengah final exam for my first year in degree. :)
For now memang tak ada rasa berdebar. Tapi tunggulah bila exam untuk final semester. Confirm berdebar debar sampai nak terkeluar jantung bila nak amek exam.



Banyak sangat dah mencoret dalam blog yang kian tidak dikunjung ini. Sebab exam pun tak habis lagi dan maaf lah kalau terlambat, dekat bawah ni ada doa untuk orang yang nak ambil peperiksaan.
Insha Allah bila terasa lagi nak update, next post tentang cuti cuti Malaysia tu na.
Till then. Assalamualaikum. :)



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.