October 31, 2011

Stew Ayam

Assalamualaikum.

Rasa macam nak tongkat je mata dengan pencungkil gigi sebab sekarang jadi budak baik yang suka tidur awal. eh. budak? lagi berapa bulan je nak masuk dua dekad dah kott. tapi jiwa masih kanak kanak riang maa. ;P

anyway, sekarang ni aku ada benda baru yang aku pantang. pantang nampak benda sedap mesti nak try masakk. mana tak gemuk kan. sikit sikit nak try tu la, ni lahh. macam orang batak baru first time jumpa dapur. semua benda nak masak. haha ;D
pathetic. -,-

mulanya penyakit ni datang masa tengok Desperate Housewives masa Bree bake Pineapple Cake Upside Down. rasa macam sedapp je. after that tengok Junior Masterchef bake Brownies. godaannya bukan main sampai terasa kat tekak. seminggu dua kali hah buat cake. bukan main lagii.

tak habis lagi dengan itu. jiwa ni sekali lagi tergoda dengan Stew Ayam yang terjumpa masa nak search resepi untuk ayam.



bila try resipi stew ayam tu rasa macam, wahh... sedap sedap! :) okey. perut tiba tiba berbunyi pada waktu pagi pagi buta ni. -,-

tertanya kenapa gambar stew ayam je ada? sebab both of cake yang aku bake tu tak teringat nak tangkap gambar. bila teringat je dah habis pun bendanya. jangan salah faham habis sebab sedap. kek habis sebab masing masing kelaparan jee. rasa cake tu hancurss. haha :D

kepada yang teringin nak cuba masak resipi ada kat bawah nii. serious senang lebih kurang macam masak sup ayam je actually.


Stew ayam

Bahan:
500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
2 tangkai daun sup 
2 tangkai daun bawang ] potong pendek
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
3 biji jagung muda [hiriskan nipis]
minyak [cukup untuk tumis]

Bancuhkan:
1 sudu kecil kicap cair
1 s/k tepung jagung
1/2 cawan air
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...

Bahan Tumis [hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga layu.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga lembut.
4. Masukkan sayuran kecuali daun bawang dan daun sup.
5. Bila dah layu masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata.
6. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.
7. Hidangkan dengan nasi atau roti.



tumis bawang biar sampai layu betul baru sedap. kalau ayam tak nak potong kecil make sure ayam betul betul dah masak sebelum masukkan sayur. sebelum tutup api silalah rasa dahulu. :)

selamat mencuba! ;D
salam.

No comments: