October 7, 2011

Kita kawan kan? :)

malam ni terasa nak dengar radio ERA je. tak nak tukar tukar siaran dah macam selalu. kebetulan la pulak semua lagu favorite belaka. lagu zaman kecik kecik duluu. wahhh.. suke suke! :)

teruja melebih malam nii.  XD  mungkin banyak sangat benda yang aku imbas malam ni. mulanya teringat semester pertama menjejakkan kaki dekat kampus yang tak pernah pun aku terbayang akan melangkah kaki ke kelas setiap hari.



jumpa lagi bermacam jenis kawan. seronok je yek masa tuu. tapi dunia sentiasa berputar meletakkan kita kejap kat bawah, kejap kat atas.



sekarang ni tengah imbas balik kawan lama yang almost 8 years tak jumpa. kawan yang pernah bikin jam wa putuih sampai aku nangis. grrr.. HAHA  XD  dia kata berjam jam aku nangis. itu tak betol okeyy. anyway, it's soo funny bila flash back. tengah online fesbuk tiba tiba ternampak dia chat dekat group sekola rendah. teros usha gambar and yeah. he soo different. ye laa. kita semakin membesar bukan? termasuk lah aku. bagai di pam pam. =.='

i don't know how many times i will post the same thing again and again. macam lagu 2PM tuh. rasa sangat sangat bersyukur pernah kenal dengan kawan yang sedia ada ni.  :')


Tadika Mustika (1997-1998)
SK Seksyen 24 (1999-2004)
SMK Puncak Alam (2005-2009)
Computer Science Courses (2010-now)





dan untuk orang istimewa sayaa. terima kasih awak!   :)

siapa siapa? kemain lagi orang istimewa. cam geli je kan? korang lah yang always menjenguk blogg yang best sangat sangat nih kan. -,-  hah. cakap lagi geli. angguk lagi iya kan jee kan. padahal korang. ahakss :D  *jahadnye aku malam ni.

harap masa akan datang menjadi masa yang lebih baik untuk di isi dengan memori yang lebih baik untuk dikenang kenangkan bila dah tua nanti. mesti luruh jugak la air mata kalau ingat balik. hahah.. emosi terlebih. XP  I cannot ask for a better memory than I had now. Even though some of it didn't ended with really good ending but I'm trying to remind myself,

setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

cuba dengan lebih baik untuk ingat semua tu sebagai penguat hati nak harung masa yang susah bila tiada siapa di sisi sebab kadang kadang ada certain benda diri sendiri tak berapa gemar nak kongsi. susahkan hati orang lain angkara susah hati diri sendiri.


p/s: hobi mengingat lembar cerita yang lama buat diri ingat siapa diri kita dulu. tak mudah lupa diri. terima kasih atas semua itu. nak tidoo! nak create lembar yang baru pula esok! :)

No comments: