April 5, 2012

Sambal Goreng Jawa!

Tiap tiap hari kena fikir nak masak apa untuk makan tengah hari. asal dah siap je masak untuk lauk haritu, kena pula fikir lauk apa untuk esok.
waduh, waduhh..

Jadinya pagi tadi bila abah suruh goreng tempe. lepas tu baru dapat idea nak masak apa. >.<



Sambal Goreng Tempe

siapa orang jawa yang tak suka makan tempe jangan tergedik gedik nak mengaku Jawa. HAHAHA :D
yang asal nun jauh nak dekat siam pun boleh terjebak ketagihan tempe apatah lagi orang Jawa kan.

makan sambal goreng ni hari hari sumpah tak jemu!
tapi tadi buat langsung tak ingat resepi nenek so cari je lah kat internet. nanti balik kampung kena catat semua nenek punya resepi. mungkin kemudian boleh pula buat blog resepi NekYam kan kannn? >.< rindu pulak kat nenek. :')


buat ni memang terlebih dari senang. cuma kena rajin sikit lah sebab kena goreng satu persatu. ini resepinya,






Bahan-bahan:

  • Tempe (dipotong nipis dan digoreng)
  • Ubi kentang (dipotong nipis, kecil dan digoreng)
  • Kacang buncis/panjang (dihiris nipis)
  • Cili merah (dipotong nipis)
  • Suhun dan pucuk (direndam, dipotong sederhana)
  • Udang kering/ikan bilis (dikisar)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • cili kering (dikisar) kalau nak pedas lebihkan
  • Santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit air asam jawa
  • Minyak masak untuk menumis


Cara-cara:

  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau, goreng sehingga garing
  • Masukkan pula, air asam jawa, garam, gula dan kicap manis. Gaul rata
  • Masukkan santan sikit demi sedikit ikut suka rasa. Kalau tak nak pun tak apa sebab santan untuk melemakkan rasanya sahaja.
  • Akhir sekali, masukkan tempe, ubi kentang, kacang buncis, suhun dan pucuk. Gaul rata. Masak sehingga kering
  • Sedia untuk dihidangkan. :)


Itu sahaja segmen masak memasak kita harini okay.
Assalamualaikum. :)

No comments: