April 27, 2012

Berbasi-basi Results Semester Empat Aqilah Lala.

saya kan suka bebel. mana cukup space kat facebook tu nak habaq pasai result. nanti kena view more. 
tak best, tak best.








weehhhh... dua semester lepas aku tak pernah cerita pasal pointer aku sebab jatuh sikit demi sedikit. aku duduk diam je kat rumah lepas tengok result. orang tanya aku tak jawab. kalau jawab pun jawab gitu gitu jee. almaklumlah orang malu poiter rendah. 

bila orang cerita dia dapat yang ni A, yang ni B aku senyap lagi. 
kalau aku nak becerita pun bukan aku hengatt pun aku dapat apa untuk subjek apa. malas nak ingat sebab duk terkenang pointer sikit tu. sabar je lah. 


tapi semester ni Alhamdulillah....
lepas dah jatuh terluka berdarah, dapat juga bangun balik sendiri. :')

terlega hati lepas tension pukul 6 pagi tadi nak check result tapi tak ada email pun yang masuk. rasa macam nak jerit kekecewaan tak dapat tengok result. stress stress
lepas dapat tengok tu terus rasa macam nak jerit kegembiraan pulak. yess yess! =.='

mungkin pointer tak tinggi pun. jauh sangat pun nak dean. tapi bersyukur sangat sangat tak ada yang repeat. bahkan pointer tinggi sikit dari semester dua. tak tahu nak cakap macam mana. :')



minta maaf sangat sangat kalau saya sedikit takabur dengan apa yang saya dapat. 


2 comments:

Ariff Mokhtar said...

hey congrats ! im proud of youuu ! ;)

Aqilah Lala said...

Terima kasih you! :D

Btw, dengar2 cerita you dapat dean. Tahniahh! :)