April 24, 2012

Sebilik dan Sebaris dengan Perompak.

Duduk dalam bilik Yana dengan Ainy tengok sat cerita Korea sementara tunggu nasi masak kat bilik.

Farra : Weh Qila ada kat mana? kat uptown?
Ainy : A'ah ada kat uptown.

Entah kenapa muka Farra cemas pluss penat semacam.

Farra : Jom wehh join. Tolong kejap jommm.
Yana : Tolong apa?
Farra : Pergi kawad cam.
Lala : Kawad cam buat apa? Ada apa? Kenapaaa?
Farra : Nak cam perompak kedai. Jomlah wehh tolong. Polis ontheway datang sini kejap lagi dia nak 10 orang.
Yana : Ouh, ingat kawad kaki tuh. Macam best jee. Jom jom.


bunyi je macam best pergi kawad cam.
kita tak ada kena mengena tiba tiba nak pergi cam penjenayah. tak pelik ke? kata Polis tapi kenapa van yang datang tak ada logo Polis? pelik kan? dengan tak ada sorang pun yang pakai uniform polis dalam van tu. muka paciks tu pulak muka yang agaks scary. ini adalah lebih memelikkannn.

kalau tiba tiba kena culik tak ke terpampang tajuk muka surat depan surat khabar esok,




10 student hilang diculik.





confirm femess sebelum sempat ditemu ramah.
Zatty kata dia dah check barang abang dengan pacik tu memang pistol lencana semua original. Nana kata pakcik guard pun suruh pergi. eh. maksud saya Polis Bantuan pun kenal dengan orang Polis tu.

ada orang menjamin tu Polis tapi still tangan dah seramm sejuk neh.
kalau ni sindiket penculikan tak pun sindiket pencurian organ badan camner?
tak sempatlah pakai baju raya tahun ni. -.-'


sekali memang betul paciks paciks tu bawa pergi IPD.


rupanya bukan kitaorang yang pergi cam orang jahat, tapi kitaorang yang kena berlakon jadi orang jahat. cisss. ada ke suruh kami yang muka suci suci belaka ni pura pura jadi orang jahat duduk belakang cermin and suruh pemilik kedai cam siapa penjahat.

hellooowww..... muka baik ni tau. muka baik. muka suci. lagi murni.


lastly penjahat sebenar dapat di cam. kami bebas. wooo!
dah kata kami muka sucii.
degil.

No comments: