April 19, 2012

Benda Paling Tak Suka Sampai Bertukar Menjadi Pengganas.

bila dapat soalan, benda yang paling aku tak suka. aku fikir panjang.





. . . .


. . .


. .


.




macam tak ada.
tapi harini baru teringat benda tu. benda yang paling aku tak sukaa sekali. benda yang paling benci sangat sangat. bencinya tahap kalau dah kena tu rasa nak menjerit kuat kuat dan mengamuk persis HULK.

iaituu...



aku tak suka bila kena baling tepung.


benda paling pantang sekali.
first time kena masa birthday sendiri. tak kan nak mengamuk. beralah je lah. yang buat tu kawan kawan baru dan saya sayang mereka masa tu. :)  *muka suci
tapi sekarang kalau kena memang siapp lah. merajuk kunci pintu aku. MUAHAHAHA :D



macam mana boleh timbul soal ni tiba tiba?
sebab harini Hari Jadi Nor Farhana Baharudin. :)




HAPPY BIRTHDAY NANA! :) 


Tak ada bajet nak beli cake.
Anggap lah cupcake yang Puan Afni bagi macam cake bday.
>.<



asalnya cuma nak menonton je adegan diaorang baling baling tepung. duduk diam comel comel je dalam kereta. ahakss. ;D comel sangatlah kan?
tak mungkinlah dia nak baling tepung dalam kereta milik orang lain.
sekali hamekk! dia peduli hape. aku dah kena. elok je ayu pakai baju kurung tapi berbedakkan tepung pula.

alang alang tu sebab aku pun cam terbengang so bersekutulah dengan ketua idea, Farah yang juga rakan karibnya untuk merampas tepung dari tangan Nor Farhana dan mandikan dia dengan tepung.

Puass hati gua!

sedih.
saya tak pernah seganas itu.


HAHAHA XD
okay bye.
Assalamualaikum. :)

No comments: