March 25, 2012

Senyum dalam mimpi.

sebelum tidur kita senyum sambil bisik sendiri.
kita nak bangun penuh dengan semangat, kita kata pada diri.
kita nak lupakan segala yang berlaku pada masa yang lalu.
kalau orang lain boleh buat kenapa pula kita tak mampu?

esok paginya kita bangun kita cuba panggil semangat.
tapi yang datang menyahut..
cerita yang lalu.
senyuman tak menjadi, hati pula jadi sayu.

kita tutup mata semula,
kita lena sekali lagi.


dalam mimpi kita senyum kembali.
kita dapat mimpi bahagiaaa sekali.


kita bangun, senyum mengikut sekali.
tapi kita fikir kembali.
kenapa cuma dalam mimpi?

senyum...
tak sanggup bertahan lama lagi.

kenapa kita cuma senyum dalam mimpi?
kenapa bahagia cuma dalam mimpi?


macam kita terbang dalam mimpi.
itulah dia.
dia mimpi. dia bukan realiti.

No comments: