January 4, 2012

Kisah Skandal Dulu. 2

perut dah kenyang makan free lecturer belanja, rasa feeling semacam nak sambung cerita pagi pagi buta tadi. sementara tengah free ni kan. :)

tipu kalau kata tak ada hati dekat Abuuu bukan nama sebenar tuh.
aku rasa. aku rasalah. bukan senang aku nak rapat dengan manusia kat muka bumi ni. apatah lagi nak melayan. dia pulak dengan kepandaian memancing hati perempuan. no wonder kakak dekat office pun tak ambil kesah sangat pun pasal kitaorang. sekadar bertanya ada apa apa atau tak. tu je. then sakat sikit sikit.

berjela Abu hantar text kat aku. dia harap aku tak berubah dengan apa yang dah jadi tu. tak memaling muka bila jumpa atau buat bodoh atau tak senyum langsung.


memang sakit hati juga lama lama lepas lompat kegembiraan tu. tapi buat apalah nak macam tu. tak rugi apa pun kalau layan macam biasa. tapi dah tak macam sebelum ni lah. layan biasa biasa je. aku pun malas nak rapat rapat neh. buat apa? kejap lagi kena serang tak ke naya?

nesa is really a good girl. dia cakap elok elok dengan aku. comel je orangnya. aku jadi tak faham kenapa dia nak buat nesa yang cantik lagi comel tu macam tu. periang pula tu. aku ni? ahaks. jauh bumbung dari lantai. membosankan. plus gemok pulak tu.


beberapa bulan lepas tu aku masuk kolej then lost contact dengan dia. sebelum tu ada jugak texting.

memang aku maafkan. tapi untuk lupakan bukan senang.

kadang bila text dengan dia dan bila dia nak mulakan balik bunga bunga cinta dia, aku jadi macamm malas nak layan. nasib lah dia bila kena perli dengan aku. kalau perli pedas tu, adatlah. :) bukan aku tak boleh nak kawan dengan dia macam biasa. boleh. tapi kalau dia punyai niat nak start all over again dan kes ni pula melibatkan kesetiaan, aku macam..ummm. next time je lah. best of luck. :)

ouh yeah. pernah dalam setahun yang lepas dia ajak keluar. masa tu aku ada kat kolej. dia kata nak jemput keluar makan dengan family dia. aku tak ada hati pun nak join.
tak naklah gali lubang then silap hari bulan jatuh kat lubang tu.

sejak dari tragedi tu lah aku jadi lagi cepat meragui bila ada sesuatu yang tak kena walaupun sikit. dan ini juga memberi effect kepada relationship aku yang selepas itu. -.-'


tamat sudah novel pertama saya. tahniah yea pada diri sendiri. ;D harharharr..

sekian terima kasih.


kepada Abu. selamat berjaya yea dalam hidup. anda tu bukan muda lagi nak main main macam umur saya sekarang ni. kerja sungguh sungguh tau. :)

No comments: