July 27, 2011

Excited kena cucok! :D

Sangad excitednye! tersangad exciteddd!
boleh dikategorikan orang yang pelik mungkin aku ni.

tidak perlu membuang masa untuk berfikir. silalah membuang masa untuk membaca segala isi isi entry aku neyy. pasti boleh bukan. ;DD

kali pertama terpaksa beratur panjang. sebab kebanyakan yang buat benda ni semata-mata untuk stiker. so kali ni tak perlu pun beratur berjelaaa. dan niat pun tak terpesong. ;) *nak kata kau ikhlas lah neh? uwwekks.
apa bendalah si Aqilah Lala ni merepeks? ini pasal

DERMA DARAH.

habis kelas terus pergi menuju ke lokasi. lepas tu excited sampai balik je dari  isi sebeg plastik darah terus update blogg walaupun tangan yang kena cucok tu agak rasa sakit. =.='

cubalah dapatkan pengalaman kali pertama korangg. dah buat boleh lah eksen dengan member yang laen..

"aku dah derma darah dah. kau dah keee?"
*sambil buat muka berlagak tak bertempat.

stepnya sangat mudah. yang pasti mula mula korang akan di suruh isi borang kemudiann..

  1. jari korang akan dicucuk.
  2. darah korang akan diambil. sikit jee. tak banyak.
  3. diaorang akan test darah korang.
  4. tadaaa! tahu lah darah korang darah jenis apa.
  5. tekanan darah pula akan di uji.
  6. berat akan diambil.
korang cuma akan dibenarkan untuk menderma darah bilaa
  • darah tidak tercemar. itu sudah pastilah kan.
  • kepekatan darah adalah 12.5 ke atas.  
  • tekanan darah adalah stabil.
  • berat melebihi 45kg.
  • bagi perempuan bukan dalam period atau period hari ke lima.
itu sedikit sebanyak yang aku tahu.. :)

by the way, mentang mentang lah ni kali kedua aku derma darah, semuanya nak kena buat dua kali. mula mula masa check tekanan darah orang tu tanya

"kali pertama ke?" "tak, kali kedua."
"awak takut ke?" "eh, taklah. =.=' "
"tekanan darah awak tinggi." "hah?"
"awak rest dulu nanti check sekali lagi." "ouh..okeyy"

dugaan yea namanya itu.terlebih excited kot. tu tekanan darah tinggi. haha.. :D jeless tengok classmate yang lain da start kena cucok. *tak dapat kena cucok jeles? 

muka menyibok kat belakang. sapa suroh aku duduk dulu en. ;P
lepas tu dalam 10 minit kemudian cuba check sekali lagi.

tengah check tekanan darah. :D
dannn yesss! lepas!!! boleh dermaa!

kemudian datang pula rintangan setelah dugaan yang pertama tadi. tangan belah kanan dibius kemudian di cucok dengan jarum besar untuk salurkan darah tu.

nampak dia cucuk macam mana tuu..
then tiba tiba darah tak nak mengalir. apa maksudnya tu? kena cucok sekali lagi wehhh. jeles sangad kan tadi. hameekkk! tangan belah kiri pulak. best betul terasa.

terserlahkan muka excited.  ;P
baru berapa minit dah banyak segitu.
sungguh tidak mengerti kenapa.
nak penuh dahh. yes yes!
orang lain semua 300ml tapi aku 350ml.
tahu lah aku terlebih darahkan..
derma lemak ada tak?
yeay! kena cucok dua kali! kau adaa?  XD
Geylang si paku geylang,
geylang si rama ramaa..
Pulang, marilah pulang,
marilah pulang,
bersama samaa!
dapat ubat ni. tak pernah nak makan punn. ;P
ini hah buktinya. dua kali dah derma darah. hoho..
poyos ronoss bukan.
oleh itu janganlah tamak simpan darah sendiri je. jadilah se-excited macam aku. bermurah hati untuk derma darah. kalau bukan kuota derma darah 3 bulan sekali, terasa nak derma hari hari! ;DD

2 comments:

Anonymous said...

Qila nyanyi lagu Aishah nampak?HIhihi
-Ain

Aqilah Lala said...

siapa kata lagu Aishah. tu lagu kat program SPontan tu laa.. tak tengok yek. hihi ;P