July 30, 2011

Rumah Anak Yatim DaHikmah. 30 July 2011

aktiviti yang patut dilakukan semua orang yang nasibnya lebih baik dari orang yang memerlukannya. :)


seawal 7.40 dah kumpul dekat fakulti. supposed to be 7.30 tapi paham paham je lah en. =.='
dapat bfast nasi lemak!

abang senior kami tengah bekpes nasi lemak. ;)
makan nasi lemak ni seperti yang diketahui ramai orang, ia boleh buat mata rasa mengantuk. perjalanan ke Gopeng itu pula mengambil masa sejam. so, boleh sambung tidur kejap. haha.. :D

dalam bas tidur. so tiada gambar untuk ditayangkan. hehe.. ;P

sejam dah pun berlalu. masa untuk jalan kaki dalam 2km untuk sampai ke Rumah Anak Yatim Darul Hikmah. bas tak boleh masuk dalam atas sebab sebab tertentu. jadi sila rajinkan diri untuk exercise yeaa..tak perlu naek van yang disediakan tu. cewah cewahhh.. kat pertengahan jalan tu naek van gakk. huhuee.. :D

cantikkan permandangan dia. 
macam mak yang sporting bersama anak anaknya kan? =.='

naek van. lepastu poyo kat orang yang berjalan. haha :D
jahad betol.
tadaaa! sampai pun. :D
sampai je terus bergegas masuk sebab dah lari dari masa yang sepatutnya.
lepas je pengurus DaHikmah bagi ucapan tu tanpa melengahkan masa aktiviti diteruskan. melihatkan budak budak tu semua terus terasa yang diri ini takkan mampu handle budak tuu. so volunteer untuk bergotong royong je lahh. group yang lain main game indoor melayan anak anak yatim dan miskin kat situ.




selesai gotong royong, budak budak and fasilitator yang lain pun dah habis game indoor. so apa lagi. menyibok la tengok apa yang diaorang buat kat tengah panas yang terik tu. kesian budak budak tuu. then takkan menyibok tengok je en. game yang boleh kitaorang main, main lah. kitaorang main game tu lagi over tauuu dari budak budak tu semua. haha :D

apa bendalah yang depa buat tuu.. zoom in sikit.
ouh, fashion show guna surat khabar.

comelkan Afini nii. :)
duduk berehat perhatikan depa kat tempat redup jaa. 
membentuk bulatan yang besar.
main belon air mercun. -.-'
ada game fashion show, pas bola ping pong guna sudu, penuhkan air dalam botol guna susu *gila yang bagi idea game ni. ada game pas belon air ke belakang. yang ni kitaorang join. ;)

diaorang semua yang main game tu ada nama kumpulan. laici, naga, epal, jambu, macam macam lah. geng gotong royong pon nak gakk. kumpulan durian! ;)
lepas je dapat nama durian tu terus kitaorang diberi laluan dahulu untuk makan durian. DURIAN!! da lama kemaruk nak makan nih. punya lahh sedapp. tak paham macam mana makan durian tu boleh masuk Fear Factor. memang something yang menakutkanlah makan durian nii. lembik betul mereka. kuat betul kami. :)


nampak tak betapa pelahapnya kami? ;P
ajak kitaorang makan durian memang seronok sebab ada sesetenagh orang tu baru makan sikit dah berhenti. kitaorangg pulak,

"ehh, dah lah wehh makan durian nii."
ngap lagi sebijik.
"wehhh, aku dah tak larat la wehh.." "eh, yang ni kuning laa. macam sedap jee.."
sambung makan lagi.
"kenapa bukak lagi..aku dah basuh tangan ni. bak sini. ;P"
"nanti nak makan nasi lagi. berhentilah." sambut lagi durian yang dah dibukak. haha :DD

da makan durian, makan pulak lunch. nasi tomato. selamat nak puasa ni kann. tak perlulah beriya iya sangat konon nak diet. so marilah melantak habis habisann.

da habis makan masa untuk pulangg.

eh kejap. ada lagi satu benda belum dibuat.





tengah tunggu van. tak larat nak jalann..
sampai pun dekat bas. :)
sekejap je.

benda yang tak mungkin lupa. malam sebelum tu ada penghuni baru rumah anak yatim ni. budak lelaki 4 tahun. dijadikan sebagai anak angkat pengurus rumah tu. masa sibok sibok tu nampaklah pengurus dengan keluarga sampai naik kereta. dan budak lelaki tu nangis tak nak keluar dari kereta. rindukan ibunya mungkin. sedih gile tengok dia. baru je empat tahun. nak raya pulak tuu. and he lost both of his parents.  :'(

memberi peringatan kepada diri untuk menghargai mereka selagi mereka masih ada. rindulah pulak nak balik rumah.

bytheway, esok nak puasa dah kan. SELAMAT BERPUASA.. tak mo ponteng ponteng puasa dan peringatan untuk diri. jangan membazir nak beli semua dekat bazaar nanti yea Aqilah Lala.  :)

video

2 comments:

Eien Mohmad said...

alolorhh -,- comel momey jeahh dea bertudung kannn (:

Aqilah Lala said...

alahhh..malu maluuu.
haha! ;P eien lagi comel lah. :D