January 30, 2013

Kahwin Muda Part 2.

Assalamualaikum. :)


Sebelum ni ada mengarang dengan amat panjang lebar tentang kahwin muda dan sekarang to make it more balance supaya tak adalah cuma memikirkan only the pro of getting married at a young age and forgetting the cons of it.

Sebelum ni aku terasa yang teramat excited after knowing pasal kahwin di usia muda ni. Terasa wahhhh tomey dan tweetnyewwrr.. *oh. sila muntah hijau dengan penggunaan huruf yang agak gedik pada perkataan yang tidak-bersalah tu.


Habis baca ni orang akan ingat aku tak de bf sebab tu dengki dengan orang kahwin muda ni. HAHA :'D sadis. Tak ada bf tu memang benar, dengki tu separa benar. HAHA lagi. -.-'



Sumber The Clicker Facebook.



My mum once ask me,


"Takutnya budak sekolah menengah dah kahwin. Nak makan apa dah beranak pinak nanti? Pasir?"


Bukanlah exactly macam tu she asking me when she saw the video of budak primary school kahwin tu. Aku saja tokok tambah sikit. ;P Mulanya memang tak boleh terimalah persoalan yang ditimbulkan tu sebabbb..



“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, 
dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. 
Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka
 dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya),
 lagi Maha mengetahui.” 
(An-Nur : 32)



Pernah letak ayat kat atas ni dalam entry tentang kahwin muda sebab tu macam menentanglah things that my mum ask me pasal, nak bagi makan apa? pasir??

Bila dah membesar bukan dari segi ketinggian tapi dari segi umur dan mungkin pemikiran *uwekk* dan duduk di rumah kadang tengah sidai kain ke, masak ke, lipat kain ke terfikir all the things pasal kahwin muda tu baru macam terasa betul apa yang dipersoalkan tu.


Marriage is not something yang boleh dibuat hanya dalam 5 steps.
  1. Falling in love
  2. Kahwin
  3. Bercintan habis
  4. Dapat anak
  5. Happily ever after


not simply like that dude. If it so then why there are so many of married couple berpusu pusu naik turun mahkamah syariah untuk cerai? This is a fact okay.





Jealous aku pada orang yang kahwin muda ni tahap debush debush nak babap kat mereka rasa mereka amat untung sesangat. Dan sekarang hilang sikit demi sedikit pada kahwin muda ni dan aku pun mula tertanya jugak, pasir sedap ke? ;P



Malu rasanya kan kalau nak kahwin cepat tapi parents yang sponsor everything masa kahwin termasuk pakai baju, makan minum anak bini nanti. Ni cerita untuk si laki dan si perempuan yang dua dua masih belajar menuntut ilmu dan duit dalam bank cukup untuk beli makanan masuk dalam perut sendiri je.


Insha Allah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki pada setiap mereka yang berniat untuk mendirikan masjid kerana Allah. Bagi lelaki terutamanya, bila dah dapat kerja, merasa duit gaji sendiri, boleh berdikari lepastu teruslah meminang kekasih gelap tu.

Memang kita tak sepatutnya susahkan perkara yang boleh dimudahkan. Kahwin ni bukan tentang nak pikir pelamin warna apa je tau atau nak pikir nama anak apa. Semuanya tentang tanggungjawab yang bakal dipikul selepas mendirikan rumahtangga.




Sumber The Clicker Facebook.


I didn't said kahwin muda salah bahkan memuji bagi mereka yang berkahwin muda demi mengelakkan setan gelak berdekah dan menangis bila anak muda kita bernikah. Acecehh.. anak muda tuu gelaran aku bagi kat geng geng yang lebih kurang umur aku. ;P Tak salah apa punn. Cuma selagi boleh di elakkan perkara perkara yang dilarang tu elakkan lah dan tunggu waktu yang betul betul sesuai untuk membina keluarga sendiri. Insha Allah kesabaran disamping kematangan dapat ditanam dalam diri.



No comments: