February 9, 2012

Kahwin Muda.

Assalamualaikum.

terasa berbelah bahagi bila habis ceramah Kahwin Muda hari tu nak tulis sesuatu tentang ceramah tu.
kalau tulis, kejap lagi ada berkata aku dah gataii nak kahwin. -.-'
calon pon tak ada lagi wehhh. ceth.

ni melalui pefahaman aku lah sebab aku cuba concentrate seboleh yang mungkin while the others gelak ter kekek kekek sebab Ustaz tu punya ceramah memang kelakar tak henti.








kahwin muda or nikah muda tak ada hukumnya. tapi kahwin/nikah memang ada hukumnya which you should know about this sebab everyone supposed already have learnt this masa sekolah menengah dulu.



Hukum Perkahwinan


  • Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
  • Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
  • Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
  • Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.
  • Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.





hukum bagi nikah muda tak ada cuma digalakkan mengikut hukum yang telah ditetapkan. tapi kalau nikah muda banyak sangat kelebihan + kebaikan + pahala.

Daripada menjadi kekasih berpegangan tangan mendapat dosa, kalau nikah bila pegang tangan berguguranlah dosa dosa kecil dari celah pegangan tangan suami isteri tu.
boleh naik motor sama sama, boleh dating, boleh bertepuk manja. semua dilakukan tanpa dosa malah mendatangkan pahala.






“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.” (An-Nur : 32)




maksud ayat di atas ni adalah janji Allah s.w.t kepada kita. kalau takut kahwin sebab tiada harta, Allah beri kekayaan kepada orang yang sudah nikah itu.



Andaikata boifrennn duduk jauh or tengah belajar tapi ada niat nak bernikah. jangan risau, kita ada cara yang lain untuk selesaikannya!




Have you ever heard about nikah gantung?




nikah gantung ni ialah pasangan yang bernikah tetapi tinggal berasingan dan nafkah masih belum ditanggung si suami tetapi ditanggung keluarga. ni cuma akan berlaku bila ada persetujuan kedua belah pihak. bila dua dua pihak setuju makanya tidaklah perlu risau tentang nafkah zahir dan batin.


sebut tentang nafkah zahir dan batin.

nafkah zahir is nafkah yang everyone already know tuuu. tahu kan? tahu kan?

takk? -.-'  nafkah zahir yang bagi duit makan segala tu lah.



and nafkah batin adalah sangat interesting.  :)
boleh tak jangan pikiaq kotor?  =.='

nafkah batin is not all about tidur malam tu je wokehh. nafkah batin juga adalah bila si suami boleh menggembirakan hati si isteri.
isteri yang mengandungkan anak hang, siapkan makan minum hang, yang melayan hang. tak boleh ka hang memahami isteri hang dan mengembirakan hati dia? eh. lebih lebih lak si penulis ni.


sebab tu untuk berkahwin perlunya ada dua perkara and you will be happy forever with your hubby mubby lubelyy. 2 perkara je. tak banyak pun.




Akhlak


&

Ilmu





berkahwin dengan ada dua perkara ni Insyallah lebih banyak bahagia dari derita yang mendatang.

banyak sangat yang boleh diceritakan tentang kahwin ni dan kahwin ni sesuatu yang sangat sangat membahagiakan. bunyi macam pernah experience lah pula kan? -.-'

itu je. kalau sambung lagi memang tak habis.


ni semua sekadar berkongsi.
banyak sangat lagi yang kurang dalam ni dan kalau ada yang salah silalah beritahu saya yaa.. ;D

terima kasih atas kesudian membaca. :)
salam.

No comments: