February 1, 2012

2012 Kiamat. Sejauh Mana Kebenarannya.

Asslamualaikum.

Minggu ni dengan minggu depan memang banyak sangat ceramah yang sangat menarik perhatian tajuknya. jadi malam semalam pergi ceramah dari Imam Muda Ashraf tentang '2012 Sejauh mana Kebenarannya.'
Secara jujurnya aku pun tak tahu apa tajuk ceramah malam tu sebab terlalu banyak ceramah yang dianjurkan sampai aku jadi konpiuss. -.-'

selagi masih ingat lagi tentang apa yang diperkatakan oleh Imam Muda kita, izinkan saya kupas selapis demi selapis tentang isu ni. cewahh. ada gaya lah kan?


.............................................................................................................................


Ustaz Ashraf kata tajuk ni agak berat, bukan berat apa. takut cuma 5 minit je beri ceramah...dot dot dott.

faham ke idak? takut baru 5 minit beri ceramah lepas tu ki.. haihh.. tak mampu nak jelas secara terang terang. buat buat faham je lah.



bila semua orang sibuk perkatakan tentang kiamat terjadi pada 2012, lagi lagi dengan iklan syampu yang macam har....  tu aku macam ambil masa sama ada nak fikir benda tu betul akan terjadi atau pun semuanya propaganda semata mata. lastly aku pegang pada satu benda je. ni berlaku sebelum pergi ceramah lah.

menilik ni one of the way to predict what would happen in future. sedangkan menilik sudah terang terang dikatakan haram dalam Islam. apatah lagi kita nak kata Kiamat akan berlaku pada tahun ni, 2012 pada tarikh sekian sekian. tapi tidak pula aku menidakkan berlakunya kiamat pada tahun ni. kita tidak mengetahui.

sedangkan Rasulullah s.a.w. yang mengetahui dan champion kepada segala perkara ghaib tidak mampu nak menjawab tentang persoalan kiamat. apatah lagi kita walau sebesar semut pun tak setanding dengan Baginda.


kiraan di buat pada kitab rujukan kita, Al-Quran yang seolah menunjukkan pada satu tarikh yang ada pada tahun ini dan Ramadhan kita jatuh pada hari Jumaat juga tahun ni. banyak andaian yang dibuat tapi semua tu, wallahualam..



“(Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah al-A’raf, ayat 187).



Semestinya, sesuatu yang mustahil bagi manusia membuat kiraan untuk mengetahui tarikh sebenar bila berlakunya hari kiamat.


Ustaz kata, untuk apa kita sibuk sibuk untuk semua itu? buat apa kita terlalu sibuk tentang Freemason dan dajjal. Ramai sangat yang obses dengan benda tu semua. dari sibuk tang tu semua, elok pertingkatkan iman sebab kiamat kita tak tahu bila tapi mati itu pasti.


nak tahu lagi banyak?


semua ni di karang ringkas untuk dikongsi sambil kita saling mengingatkan dan memberitahu kepada sesiapa yang masih tertanya tanya tentang 2012. itu sahaja.

terima kasih atas kesudian membaca.
Salam. :)

No comments: