January 26, 2013

Babak berpindah sekolah.

Assalamualaikum. :)

Baru haritu post pasal Ain nak balik bercuti lepas pindah sekolah teknik tapi tak ada apa apa update pun tentang pergi sana. Sooooo... dengan harapan hati akan berkobar kobar sikit untuk update blog,  makanya marilah memulakannya dengan bismillahh..


The very first time bila dia tahu dia dapat sekolah teknik seremban dia tak berapa nak gembira sebab kawan yang dia berjanji nak sekolah sesama tak dapat pun sekolah tu. Dia kata hati berbelah bertolah bertambah ber-square root ber-lambda berbahagi nak pergi ke tak. hah kau. ada pulak macam tu pepandai menokok tambah. ;P but then sebab dia dah pun pindah sekolah sana of course lah the final decision dia pergi jugak teknik.

Menjadi orang pertama dalam adik beradik yang pergi sekolah teknik so the preparation yang kena buat tu memang agak tension, lagi lagi aku yang diarah orang utusan, Bos Mama kena pergi sekolah lama dia settle kan fail fail segala. Jumpa pengetua tak ada, nak penolong kanan pun tak ada yang ada penolong kiri. eh?

skip skip skip semua tu akhirnya tibalah hari menghantar adik aku yang tinggi lampai dan baik budi pekertinya itu pergi sekolah baru dia. :D dan faham fahamlah dengan perangai aku yang semacam budak kecik sibuk nak mengikut ke sana dan ke mari. :P



So say hello to Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar!










Nampak tak dewan besar kat atas ni. Parents semua kena stay kat dewan tu je while anak anak murid baru semua kena daftar diri sendiri instead of berdiri kat belakang mak bapak mengintai mak bapak buat semuanya untuk diaorang. Bagus kan idea sekolah ni. hohoo :)  tapi kalau dah kat dewan ni faham fahamlah apa yang kitaorang kena tempuhi while budak budak tu daftar sekolah.



Taraa! Inilah dia. Ucapan oleh pengetua yang penuh dengan semangat membara bara. :P


Student baru SMTTJ tengah melalui proses daftar diri.





















Laa ni muka happy kah kan. muehehee


Kawasan luar dorm puteri.


Ni dorm cik Ain kita yang diberi almari besau sorang satu.
Jealous terasa disitu. Untunglahh..







Baldi baldi senior. Tetiba rindu kolej.  ;)










Lepas dah make sure semua benda dah settle dari semua benda termasuklah meng-usha toilet, bilik gosok baju, bilik bagasi dan sebagainya dan tahu semua lengkap akhirnya ditinggalkan juga Ain di situ dan dia pula melambai dengan hati penuh sayu.





Hati sedih kena duduk jauh dengan keluarga buat kali pertama tu memang normal sesangatlah sebab tak payah cakaplah kan siapa yang dah melalui tu semua. hehee.. bila tanya kenapa nangis masa tepon haritu? dia kata,



"bukan nangislah! homesick!"



expression kitaorang pulak macam aaaaa.... nangislah tu maksudnya kan. -..-'

No comments: