December 11, 2011

Social Network | Menyedihkan. Masih Lagi Ada Lelaki Macam Ni.

Dulu bila tahu je ada new social network, teros terkedek kedek nak buat account. lepas tu melambaklah email dengan notification friend request, birthday, game request and so on dari Myspace, Tagged, Friendster, Pagii dan of course Facebook. :)

kebelakangan ni Facebook semakin membosankan. silalah setuju dengan statement berani mati aku ni sebab ramai dah pun yang post status macam tu kat facebook mereka. so, daripada menghadap facebook yang penuh dengan orang yang hot hot belaka dan yang agak sombong *lagi satu statement berani mati* , aku pun beralih dan buka balik semua account kat social network yang aku ada.


Myspace memang tak akan berubah lepas kewujudan Facebook. lebih membosankan. okey, next!


Friendster. dari dulu aku tak reti nak main bendalah ni. friends pun ciput. tak best langsung. next!


Tagged. jeng jeng jengg. famous amos betol aku kat tagged. ececehh..perasan perasan. -,-
dann. penoh dengan lelaki yang 'kekurangan kasih sayang'. kalau single tak jadi masalah. panjang sikit list aku. tapi masalahnya perangai tak senonoh. gambar gambar yang membuatkan aku kena sediakan baldi awal awal tiap kali nak check friend request. bukan sebab tak handsome or seangkatan dengannya okey. ingat aku ni gila bajet hot ke Jah. ish ish ishh.. sesungguhnya saya tidak menuju ke arah itu. cewah cewahhh.. =.='

gambar mereka sangat 18XX. buta ke apa diaorang tu pergi add aku. tak nampak default picture aku ke. ke tersilap tengok default picture aku pakai short dengan tube. berlagak macam mat saleh sungguh nak bergambar macam haramm tuh.

lepas tu Senah. tak habis lagi niii gossip sakan. haritu bukak Myspace ada mamat mana entah hantar message yang mintak tapak kaki yang melekat dengan taik kucing. bila agak aktif dekat Tagged. agak banyak yang hantar message yang lebih extreme. ada satu message ni yang buat aku rasa tersangatlah bengang tahap bangang.


Az: awakk nk kiss hihi
aku : Assalamualaikum.
Az: wsalmmm
Az: awak ade pnglam s*** x nk kngsi ngn awak la
aku : benda kalau dah tahu dosa buat apa nak buat.
Az: tanye jer..


mengapa mengapaaa.. macam haram lah perangai. dah lah default picture nampak clear gila gila muka dia. berani dia tanya soalan macam tu. itu pun lepas bagi salam still lagi berani tanya soalan gila tu. nama je kerja engineer. pikiran letak kat lutut. sia sia je belajar tinggi . tukarlah ic tuh. jangan nak mengaku orang melayu. apatah lagi mengaku agama Islam. bangsa dengan agama tak rugi apa pun bila kurang orang macam tu.

sebab tu everytime bila orang tegur say Hye kat tagged aku mesti bagi salam. yang gambar tak senonoh tu free free je dapat message tazkirah pendek aku. saya memang suka sakitkan hati orang yang tak sedar diri tak berpijak di bumi yang nyata macam tu. kadang tu menunggu gak. ada tak yang berani nak lawan balik. kalau berani siap siap lah teguhkan hati dengan kata kata yang berdesing dari aku. dah terang tang tang salah, berangan nak pertahankan diri.

tapi tak semua orang kat Tagged macam tu. some of them tersangat baik. :) some of them macam yang aku tulis kat atas ni.

menggeleng kepala sampai naik teleng bila tahu ramai lagi orang orang macam tu. bila orang sibok mengutuk luaran orang lain, semua tak sedar ramai lagi dalaman mereka yang makin membusuk. terlupa lah tu letak kat mana 'malu' diaorang.

muka kalau tak boleh blah tak apa. asalkan ada adab. ni tak. dua dua hancur. -,-


dan. muka kalau HOT buat apa. baik cari yang hati 'HOT'.  :)

No comments: