August 26, 2011

Hah ! Bilik Terkunci !!

perkara yang kelakar baru sahaja berlaku sebentar tadi.

duduk dalam bilik keseorangan. roommates semua dah balik rumah cuti raya. tinggal aku  melayan lappy di atas meja study sambil telinga dijamu dengan bunyi orang tarik tarik beg kotak nak balik kampung.

meh kasi sound effect sikit.




treeekkkkkkkkkkkk............






jeles jeles. ta boleh jadi. serius tak boleh jadi. keluarlah kejap. terus duduk dekat tangga menikmati angin sepoi sepoi bahasa. bahagia jee terasa sebab rasa sejuk nyaman. kemudian,





PANGGGG!





opocott. kuat gila bunyi pintu bilik tertutup. terkejut I.
sambung melayan angin dengan tengok orang tarik beg. err.. geram pulak tengok diaorang. masuk bilik layan movie lagi bestt.
pegang tombol pintu then pulas...



aa....



 okey. 



tak boleh bukak.




aku terkunci di luar.


keseorangan.





.....





tapi tak terasa gelabah pun walaupun phone pun ada dalam bilik. cewah cewahhh.. maybe sebab pernah tengok orang banyak kali bukak guna kad kot. masa ni lah nak test kepakaran pecah masuk bilik sendiri. jeng jeng jenggg. hehe ;D




okey. mana pulak nak carik kad nii. -_____-"






ni semua angkara orang tarik beg lah ni. jangan nak tarik beg sangadd la. jeles tahuu sampai aku terkunci kat luar di saat orang sedang gembira balik pulang beraya. haihhh..

anyway im the luckiest one sebab tanpa handphone di tangan untuk contact member, roommates semua dah balik kampung, jiran jiran tetangga pun dah balik, tak sampai 20 minit pun dah dapat masuk bilik dengan keberanian dan tolak jauh jauh rasa malu takot kena gelak dengan orang terus minta tolong jiran bilik depan. pengalaman pertama mencuba pecah masuk berhasil. terima kasih bilik depan.  :)

masuk je bilik terus gelak sorag sorang. bayangkanlah kalau semua dah balik tinggal aku sorang. habislah akuu..

tapi aku bayangkan aku pecah terus pintu bilik nii. heee...  ;P

Balik kampung berhati hati okey semua orang. Especially yang kena drive sorang sorang tu. Be careful. penad berhentilah kejap. okey. Take care.   :)

terima kasih baca walaupun sibok sibok nak kemas rumah untuk raya ni. tak pun yang baru sampai rumah tu terus capai lappy online then terpandang link aku ni.

Terima kasih okey.  :)


Ni baru salam.
Minta maaf zahir & batin next entry.
Insyallah..  :)



No comments: