June 1, 2012

Puding Roti Berlemakss dan Menyelerakan. ;D


Assalamualaikum.

Dah 2 hari berturut turut semalam dengan dua hari lepas kanak kanak riangg kat rumah ni yang sedang bercuti sekolah dan menjadi double and triple rianggg buat puding roti.

makanya saya pun tumpang sekaki, setangan, semulut dan seperut lepas puding tu dah siap.
lepas tu perut pun bernyanyi kegirangan sebab kekenyangan. XD






sejak cuti ni asyik update pasal resepi dan makanan je kan.
tertanam terkuburlah niat dahku untuk berdiet. mimpi lah nak jadi kuruih.
duduk rumah memang tak boleh nak cover makan sebab permintaan makanan yang sedap sedap oleh adik aku bila tiap kali tanya nak lunch apa.

tak apa. nanti bila start new se... eh. tak nak cakap apa apa. nanti tak jadi lagi. -.-'

okay, okay. mari berkenalan dengan puding roti dan memulakan operasi.







yang atas ni puding roti yang sama macam yang kat atas.
jasa aku dengan puding ni cuma susun roti tu dalam loyang konon nak nampak cantik lah en, dengan buat chocolate syrup tu je.
ada orang comment sedap. kembang semangkuk ceq tewrasehhh. haha :D




ni percubaan kedua. nampak dah kan beza permukaan dia. jangan lah tengok kehangusan dia. tengok permukaan roti tu yang disusun dengan kulit roti yang dah di potong. -.-'




dan yang ni disusun berselang seli dengan jagung dan mentega.

macam biasa bila dah tayang makanan yang dah dibuat mesti ada resepi kat bawah sekali.
selamat mencuba yeeaaa. ;D



BAHAN-BAHAN
  • Roti 
  • * 2 biji telur ayam
  • * 1 sudu besar butter - cairkan
  • * 1/4 cawan gula (equals to 50gram) 
  • * 235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh (aritu me guna fresh milk, sedap je..)

CARA-CARA

  1. Blender kesemua bahan yang ada bintang *. Cuba rasa kemanisan dia. Kalau kurang, tambah gula atau susu kalau nak melemakkan perut yang sedia berlemak.  jokingg ;D
  2. Potong tepi roti dan susun roti dalam loyang. Ikut lah creativity nak susun macam mana. nak koyak koyak roti tu ke or nak susun macam tu je ke. nak susun tinggi tinggi macam klcc pun bolehh.
  3. Setiap kali susun satu tingkat, jirus dengan bahan yang di blender tadi. Susun dan jirus dan susun dan jirus. Jirus bukan renjis yea. 
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180 C. Tengok lah warna dia cukup coklat dan cucok dengan lidi. Tak sure tunggu sampai hangus. Kompem sangat dah masak tu. -,-'
  5. Angkat, hidang dan ngap..hehehe..

kalau nak buat yang jagung punya tu, beli jagung dalam tin. separuh dari dalam tin tu blend kan sekejap dengan bahan yang di blend. yang selebih nya di seling selikan dan disapu mentega.


Coklat syrup tu paling senang di dunia!

Buat double boiled. Masukkan 
mentega secukup rasa, 
susu manis secukup rasa dan 
serbuk koko secukup rasa. nak guna coklat bar pun boleh tapi kalau coklat bar yang bersusu dah tak perlu tambah susu. 

aku ikut sesuka hati aku jee. letak serbuk koko campur nan milo. -.-'
Paling sedap bila makan dengan eskem. wahhhh! XD





No comments: