June 19, 2012

Dekan, Hutang dan Gelisah.

sadisss sunggoh akak yang tak ada broadband ni. 
setiap minit menunggu wifi untuk connect dengan internet. 
sadis sadis... 

minggu ni baru minggu kedua tapi dah rasa macam berminggu minggu dah kat sini. bahana mengambil intersessi a.k.a short sem kot. nasib lahhh..

oh yea. jap. nak jerit kejap.


 yeaaayyyyyy!!!! XD 


akhirnya dapatlah merasa DEKAN even though cuma untuk semester intersessi tu. bangga gilaa tak terkira besarnya kembang kempis hidung ku. aww.. hahaha :D
Alhamdulillah. ingatkan tak lepas subject Network tu sebab sejam menjawab, dua jam termenung.
tapi lepas jugaa. legaa hati. :)


belum habis lagi tu.

terkejut mama kata dekat lejar student portal ceq ada hutang dengan kolej. bukan seratus atau dua ratus. tiga ratus pun bukan. tapi empat ratuss! campur kena tarik dengan kolej empat ratus lagi masa bayaran yuran, padahal yuran dah tarik dah. lapan ratus total kesemuanya. 
terkejutt sayerr. 


ulang alik pergi pejabat Bendahari. rupanya berlaku kesilapan teknikal. empat ratus dah dipulangkan. cuma hutang yang tercatat kat lejar belum padam. but still rasa fuhh..
dah lah tengah miskin tatkala ini. -.-


kegelisahan kurang commitment yang nak pergi Pangkor tu pun satu hal.
memang susah nak beri harapan dengan orang sekarang. lastly cancel plan, tukar plan lain.

sabar je lah hati. tenang je lah jiwa.
at least plan yang ditukar tu pun not bad. kitaorang still seronok and riang ria paddle pop.
orang sebok mandi manda, kitaorang joget joget kat cendawan besar, rebut dengan budak kecik main gelongsor. ;P
dah katakan. kalau dengan diaorang memang rasa macam budak budak. ada yang ingat kitaorang student part 1. aaaa.... haha -.-'




No comments: