April 26, 2014

Sweet sangatt!

Aku tak pandai nak ber-sweet sweet ni dekat social network. dulu ada lah jugak sweet tahap sampai naik bulu roma dengan bulu hidung sekali bila orang baca. tapi bila tak jadi tu yang termalu sendiri wa cakap sama lu. Haha Pengalaman mengajar babe. Banyak mengajar.

curiosity menguasai diri? boleh korek entry lama. nak tips? 2011. okay tu je. yea saya tahu. entry 2011 ada 149. tu belum masuk yang dah di-private-kan. Haha tak boleh bagi lebih lebih nanti habis keluar cerita lama.



Cakap pasal cerita lama. Mama once told me, "cerita lama kita kalau orang tak pernah tanya tak perlu kita cerita." so lama-lama termakan jugak kata tu. kadang je terlepas cakap. hehe :P bersebab tuu bila Mama pesan macam tu dan bersebab jugak kenapa tiba-tiba boleh tercakap pasal cerita lama. lepas tu banyak pesan Mama lagi-lagi bila waktu budak mentah dulu bagitahu kat Mama, "Ada boyfriend."
budak mentah tu umur dia 18 masa tu. Nampak tak mentah dia jenis yang raw punya. rawrr? -.-

panjang email Mama bagi kat aku. Aku yang malu. bukan email ceramah tapii..adalah email pasal..adalah kan. rahsia ibu dan anak. ;P * cari balik email tu tak jumpa. :''| *





apa nak cerita sebenarnya? sungguh diri ni pun tak tahu.


Sweet? yes pasal sweet.
yea orang yang baca dari perkataan pertama sampai perkataan akhir entry ni sangat sweet sebab walaupun karangan aku tak ada flow macam report chapter 2 final year project aku tapi sanggup baca sampai habis. Sweet sangatttt! Nah tangkap flying carbonara *ganti flying kiss* saya belanja. HAHA tak habis habiss dengan carbonara aku.



Mesti curiosity menguasai diri lagi.
Ni dengan adik okay. Adik. 

2 comments:

Ariff Mokhtar said...

amboi :p

Aqilah Lalala said...

hai orang jauh!
bila nak balik haaa? >.<