April 15, 2014

Keyakinan terletak pada gigi.

Tak boleh bangga lagi rasanya bila dapat gigi baru. HAHA dah berbulan gigi tak ada ni baru nak letak yang baru. Alhamdulillah.. malu tapi malas nak pergi klinik apa cerita? -.- tak payah tanya dah lah kan kenapa sebelum ni jarang nak berbual dengan orang? kenapa duduk jauh jauh je? kenapa? kenapa? so betul lah keyakinan diri tu amat penting sampai rasa tak nak keluar rumah dengan rupa sebelum ni yang langsung tak meyakinkan diri.

*I was thinking to put my pictures with my 'braces'. Tapi hodoh sangat so I changed my mind. :P *

besi tu buat rasa feeling feeling macam pakai braces. hahakks! braces lah sangat. orang pun ada yang tanya aku pakai braces ke? nak nangis rasanya masa jawab. doktor kata jangan makan benda keras tapi aku jenis pakai belasah. sampai kena tunggu dekat sebulan lebih nak bukak 'braces' tu. luka kat muka, bibir pecah semua kejap je baik. tang gigi tu yang perlukan kesabaran yang tinggi.



Dah ada gigi dah yeah! Boleh makan burger dah yeahh! tak ada rasa jeles dah bila tengok orang makan guna gigi depan. XD



*   *   *   *   *



Mungkin aku benar dah lupa
atau mungkin aku pura-pura lupa.
Mungkin aku gembira itu yang buat aku lupa
atau aku berlakon gembira supaya aku lupa

Kalau benar lupa kenapa masih ada rasa
rindu yang tak kenal erti luput terselit rapi di celah jiwa
Bezanya dulu rasanya benci dan sengsara
Kini hilang segalanya, yang tinggal hanyalah suka



No comments: