April 2, 2014

Cuti cuti di Pulau Pangkor. | 44

Assalamualaikum. 
Perkara pertama dan paling seawal awalnyee nak bagitahu. Bersedia untuk menerima gambar yang sangattt banyak termasuk gambar selfie. kahkahkahh tak sabar nak bercerita dah ni.


Dari Melaka turun ke Shah Alam singgah lunch dengan macik Hidayah Idrus teruss balik rumah rehat and the next second day which is hari Ahad packing barang pang pung pangg sumbat beg dalam kereta terus pergi jetty Lumut. Tak sampai sejam pun kebetulan ferry memang nak bertolak pun terus dumm! *bunyik pinggang dilabuhkan kat kerusi ferry* haha tanda penat sangat tapi sempat selfie lepastu tangkap gambar keliling sebab teruja ferry kosong weyy. Orang lain esoknya kerja tak pun ada kelas kot. Ponteng. =3



muka kekonon pelik. jari besar. =.=





Dalam 20minit jugak tangkap gambar lepas tu test semua kerusi dalam ferry tu nak tahu mana sedap duduk sampai orang lain naik rimas tengok kemudian baru laa sampai.

Sampai je Pulau Pangkor tu dah takjub sangat dengan sekeliling dia yang cantek subhanallah. Ini kali ketiga sampai sini tapi kali ni betul betul menikmati kawasan situ. Baru satu dua langkah jejak kat situ dah puji memacam. Belum berpuluh langkah. *pengsan tersenyum*






Pernah tengok cerita Marsha Milan Londoh dengan siapa ntah pelakon endon sorang tu dalam cerita Pelangi I Love You. Kebetulan resort yang kitaorang buat reservation tu is the same resort yang deme shooting. but for sure lah dah tak ada orang shoot kat situ kan. Haha :D

Tengok cerita tu rasa macam ni bukan shooting kat Malaysia niii. Cantik sangat tempat dia but then ketuk kepala sendiri. Ada lagi okay tempat cantik macam tu kat Malaysia. :)

Meh promote sikit, Teluk Dalam Resort.






Pemandangan depan bilik

Paling best sekali bila dapat bilik yang berhadapan dengan jalan yang kalau pandang atas sikit nampak bukit. Pehh cantik cantikk!

Pantai dia pun cantikk sangat, swimming pool terbaik, makanan buffet dekat situ memang first class. Sampai sekarang orang yang tak minat daging kambing ni boleh suka gulai kambing dia.

Sampai bilik letak barang terus pergi pantai. tak sabar nak hitamkan kulit. bila dah hitam nanges. -.-













Puas pusing kat pantai terus tukar baju nak mandi laut dengan swimming pool. Alkisahnya tak reti pun berenang tapi gedik gedik nak jugak mandi so orang lain berenang menyelam dalam air, kitaorang berjalan dalam air. >.<









Senja


The very next day mama ajak pusing pekan menggantikan aktiviti snorkeling yang kitaorang cancel sebab kalah undi.









Nak pusing pulau ni kitaorang naik van sewa yang peramah gilee pakcik driver tu. Tapi paling konfius sekali bila nampak driver yang exactly the same muka dengan pacik driver kitaorang ni. Kulit gelap, beruban, kaca mata. Sejibik sejebon.

Dinasihatkan kalau nak shoppping kat sini jangan sakan sangat sebab dekat Lumut barang yang sama boleh dapat lagi murah termasuk satay ikan dengan baju. Tapi kalau dah suka sangat dengan satu barang tu better beli je takut tak jumpa lak dekat Lumut. Hihi :)











Balik shopping pergi lagi pantai. Bosan duduk dekat bilik lama lama. Dah datang pulau kena lah puaskan mata dengan hati tengok dan menikmati pantai pulau ni kan. Sampai dah balik tu pun tak puas lagi sebenarnya. Rasa nak duduk je situ.










Hari terakhir walau rasa berat hati kena jugak siap siap kan beg. Kemas. Pakai baju yang memang dah ready untuk hari terakhir. Menyempat gak pusing resort tu sambil selfie dengan family. Boleh tahan layan jugak satu family nak ber-selfie. -..-























Gambar bawah ni gambar yang tangkap masa dalam van.





















Dia kata 'JUMPA LAGI'. Nakkkk jumap lagi! for sure nak datang lagi. hehe insha Allah kalau ada rezeki di lain kali.

Balik Melaka dah ponteng kelas 2 hari rasa nak ponteng lagi sehari sebab badan rasa penat bila sampai rumah esok pagi pagi terus drive balik Melaka sorang sorang. Bosan okay. Mengantuk lepas tu terus nyanyi kuat-kuat nak hilangkan ngantuk. Sorang kan dalam kereta. Kalau ada orang lain memang tidak. tidak yea.

Pergi kelas dah ponteng kelas fyp dua kali terus blurr. Kerja terus dapat selonggok. Sabtu Ahad tu kekonon tekun buat kerja. Penat buat research. Terus rasa nak balik Pangkor lagi sekaliii! haha or at least balik rumah jumpa adik adik buli mereka. :')


Lepas ni tak tahu sempat update lagi tak. Ni pun tidur lambat sebab tak boleh tunggu dah nak cerita dekat blog ni. hihi jumpah gambar? 44 kalau tak silap. tahniah anda tak muntah dengan gambar selfie kami!


Semester 5 ni harap membuahkan sesuatu dan mudahkan lah tujuan dan niat dalam hati ni datang ke sini untuk belajar demi Dia. Untuk Dia. Aminn..


No comments: