June 17, 2011

Kerja ++ = Tidur --

nak mengadu ni. sudilah menyinggahkan mata di setiap huruf yang digabung menjadi perkataan, ayat, peranggan dan lastly menjadi cerita. perlu ke aku panjang sangad introduction-nye en.

tengah sedih sekarang. sedih sangad sesangad tersangad bersangad.. siapa kenal aku especially roomates aku lah. aku tak sukee tidur lambat atau kurang tidur! selalu yang sampai london dulu aku lah. yang laen naek train ke-3, ke-4.

pada aku yang tak suka tidur lambat ni. tidur pukul 12 malam. itu dah kira lambat dah tu. tak perlu terkejut sangat lerr. siang mata kena bukak besau besau tengok keayuan dan ke-handsome-an lecturer. sebab tu tak suka tidur lambat. style aku macam budak sekolah. tidur pukul 10 malam. kalau tak ada kelas memang bantai tidur pukul 2, 3 pagi online takpun tengok movie.

kebelakangan ni memang busy. assignment dah siap satu ditambah lagi satu.

assignment Java harapan jadi debu tiap kali buat. nak belaja c++ balik la woi. lagi senang. syntax pun pendek. dah macam bahasa aku la bahasa c++ tu. java ni macam bahasa tutt hah. aku buat sebijik dekat nota tu. error tak ada tapi tak boleh output gak. hwaa!
(sorry kpd yg tidak belajar bahasa komputer. kompem tak paham apa yang aku merepek.)

assignment Islam in Science and Technology. terbaekk. dapat tajuk nasionalisme. da search tapi tak baca pon apa yang dah di search tu.

Calculus 2 assignment dah siap. terima kasih. :)

dapat assignment pertama multimedia, buat kad raya. punya lah aku pandang remeh. kena buat guna illustrator. alahh.. kad raya je weh. tak mencabar langsung. tapi bila da start buat tu...


hamekk kau. action sangat.

tiap kali lukis, tiap kali tu cursor asyik lari.
geramm!

aku kerat 18 baru kau faham erti penyesalan!


da lah kena original segala benda. tak bole copy paste corak or gambar yang sedia ada yang cuma tinggal search kat google tu je. semua kena lukis sendiri, idea sendiri. macam kad raya budak budak da ha aku punya. memang standard budak kecik yang buat lah. jual pun tak laku. tapi yang penting 100% maa by Aqilah Lala. ceh. poyo. haha!
Bahagian Luar.
Bahagian Dalam.
dapat lagi assignment multimedia siap kena buat storyboard dengan proposal da macam nak intro kat company product baru dah ni. kena buat video. kat kepala awal awal dah dapat idea tapi takut gila tak menjadi. harap harap jadi sebab dah lama teringin nak buat benda tu.

assignment BEL pun malas gilee nak buat. sehari kena ngadap sampai 3 jam. memang tak lalu lah aku. harini hari Jumaat and aku ada kelas BEL dari pukul 3 sampai 6 petang.

eh, nak pukul 3 dah. okey. i have to go. toodles!  :)

No comments: