June 8, 2014

makan fyp, minum fyp, tidur fyp

Masa diploma kalau tak tidur 1 hari tu alaa apalah sangat dik. sikit je tuu..tapi kepoh kemain sebab tak cukup tidur je. Sekarang dah degree baru merasa susah nya jadi student ni. lagi lagi jadi student fakulti science computer ni hamekk la kau kalau baru buat report je dah tak tidur 2, 3 hari sampai cuti pun duduk rumah menghadap computer. dah boleh kawen sangat dah dengan computer bila dah 24/7 berkepit macam belangkas. 

ni belum buat prototype. *die*

tak apalah susah sekarang. *sedapkan hati* 


Shoot video mandarin


sampai tanggungjawab sebenar, belajar pun dah terabai. tanggungjawab kedua jadi ketua rumah pun dah entah ke mana. bil sampai lupa nak bayar sebab dah plan nak dating berdua dengan final year project report setiap hari. alolooo sweet ya amatt! 

dah siap hantar report dekat supervisor dengan harapan yang tinggi moga tiada penambahan lagi perlu dibuat. sir cakap selagi tak present fyp ni, selagi tu akan ada pembetulan. rasa kena tembak ber das das dengan senapang patah dengar benda tu. 




okay. tak sabar nak tunggu 18haribulan lagi. :D




No comments: