October 22, 2017

Tentang Jodoh

Lama dah tak sentuh hal berkaitan hati dan perasaan sebab dulu kemarahan je triggered diri nak cerita kat blog ni.

Jom la kita bercerita tentang jodoh dan kahwin sebab tengah umur patut kahwin kan? Muahahaha Secara am-nya lah umur 25 tahun tu umur kena ready kahwin. Ada orang tak setuju tu kita paham lah sebab kadang pon aku rasa umur ready nak kahwin 30 tahun untuk perempuan. Untuk lelaki kau umur 50 tahun pun tetap laku so malas nak cerita. hahaha

Masa umur 20 tahun aku dah berangan nak kahwin umur 22 tahun. Berangan je lah. Nak 22 tahun sebab suka tengok mak mak yang sama membesar dengan anak dia. Boleh pergi beronok-ronok sesama jadi mak sporting gaya anak dara lagi. Mengarut. Hadoi tak matangnya! >.< 
Dah nama pun angan-angan Mat Jenin. Kita tahu kita tak mampu dan tak ready pun. Baru nak kenal dunia. Kemon laa weh. Sedar diri tu sikit eh?

Dah cecah umur 25 tahun ramai pulak kawan aku yang kahwin. Kawan yang kenal cenggitu je tak payah cerita lah. Ghamai! Tapi tak terasa sangat pun. Akan tetapi yeaa bila kawan besties buddy pernah tido sebantal, susah senang sesama (tapi ada la part susah senang yang tak sesama), gelak tak ingat dunia, tahu perangai tak senonoh memasing dah kahwin, agak terasa sebenarnya. 

Aku tertanya bila aku nak kahwin? Lagi-lagi bila Ainy duduk atas pelamin dan Shida pun bersuara, "Bila kita nak kahwin weh?" Aku terasa lonely forever. HAHA XD

Lepastu aku pikir, please la banyak lagi benda kat dunia ni. Bukan kahwin je. Pfft! (bengang kat diri sendiri)

Dulu aku berkenan kat orang tu bila cerita pasal kahwin kat dia, lari weh. Nak kahwin umur 22 tahun kan? Tu yang cerita pasal kahwin. Dia lari tu rupanya tak lama tu jodoh dia terjumpa jalan pulang. Kahwin dah dia. Alhamdulillah.. Bahagia abang sado tu.

Lepastu bila orang berkenan kat aku dan cerita pasal kahwin kat aku, aku yang menyepi. Masa ni sebab tiba-tiba macam tak cukup kenal dunia lagi. Macam laa kau tak boleh kenal dunia lepas kahwin. Dalam aku sepi tu rupanya yang ni pun jodoh dia rupanya kat sebelah dia je. 





Sekarang dah ready ke?
Kau rasa? 

Aku tak akan pernah ready. Pemilik diri ni je yang tahu aku dah ready ke belum.

So siapa, di mana, bila jodoh aku nak mai aku tak tahu. Kan rahsia. Bukan rahsia aku, rahsia Tuhan. Dan ada lagi 1 rahsia. Maut kita. Tak tahu yang mana sampai dulu. Apa-apa pun doa yang terbaik dan semoga kita dipermudahkan dalam segala hal In shaa Allah..




No comments: