October 1, 2017

Tiada Nombor IC | Tak Sah Taraf

Capai list name budak untuk kelas Smart Talk nak masuk dalam sistem terus nampak nama sorang budak ni sama macam aku tapi tak ada IC.

Berlawak dengan Kak El,
"Eh budak ni nama sama Qila tapi tak ada nombor IC. Qila letak IC qila lah eh. Hewheww"
"Oh budak ni. Tak ada IC."
"Eh? Tak ada IC", aku dah pikir budak ni bukan warganegara ke.
"A'ah. Anak tak sah taraf. Mak dia tinggalkan dia."
"Berapa umur dia kak? Dia kena tinggalkan dah besar macam tu ke?"
"Tak lah. Kena tinggal masa baby depan rumah pengasih."

Sebelum ni selalu dengar tapi tak pernah terfikir masa depan budak yang kena tinggal bulat2 macam tu tak ada surat beranak.

Ya Allah sedihnya rasa. Terus terpikir macam mana dia sekolah tak ada surat beranak. Tak boleh sekolah kerajaan kena masuk sekolah swasta. Sumpah kesian. Nanti dah besar lagi nak kahwin. Wehh macam mana dia nak tahu yang dia kahwin tu Halal untuk dia nikah.

Kak El kata nanti dia dah cukup umur dia dapat IC warna merah. Terus teringat drama TV3 tu bila tahu bakal menantu anak tak sah taraf terus reject. Ada pernah tengok rancangan tentang anak tak sah taraf ni jugak. Nak dapat kerja susah lepastu jadi homeless. 

Mak bapak dia punya pasal anak jadi mangsa.

Allah tu sentiasa bersama adik. In shaa Allah Dia selalu permudahkan perjalanan adik di dunia ni. Kalau buka dekat dunia, dekat akhirat nanti. Dan Dia akan bantu adik. 😢

Cuba kau buat sesuatu kat dunia ni permudahkan orang lain. Jangan susahkan orang.

Kak El sambung,
"Lepastu akak tanya orang yang handle Smart Talk tu kalau dia nak guna PC macam mana? (Nak guna PC kena masukkan nombor IC). Dia kata bagi nombor IC orang yang handle tu kalau dia nak guna. Tapi kan Qila. Budak tu tak guna pun. Dia tengok je budak-budak lain guna PC"

Agaknya dia nampak kena masukkan nombor IC bila dia nak guna tu yang dia tak jadi sebab dia tahu dia tak ada IC.

😭😭😭

.     .     .

Bersyukur Ya Allah aku ada Mama dengan Abah yang sayang aku. Aku tahu wujudnya mereka di depan mata aku dan aku boleh salam dan kucup tangan mereka. Nikmat yang Allah bagi. Ramai yang lalai sebab mereka ni ada depan mata.

No comments: